Program Lawak: Astro perlu lakukan sesuatu

Program Lawak: Astro perlu lakukan sesuatu| Baru-baru ini, saya berpeluang menonton pelbagai program Lawak edisi tahun sebelum-sebelumnya memandangkan Astro memberikan siaran percuma yang berakhir pada 18 September 2018. Terima kasih kepada Astro. Banyak juga siaran drama lain, filem dan sebagainya telah ditonton bersama keluarga kecil saya sepanjang siaran percuma tersebut. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang tidak sesuai ditonton oleh anak saya menurut pandangan peribadi saya. Ianya sesuatu yang perlu saya ulas di sini agar menjadi persoalan kepada diri kita semua, "Sejauh ini mampu mereka persembahkan kepada penonton?".

Penggunaan bahan terlarang produk murah

Penggunaan bahan terlarang produk murah| Istilah produk murah merujuk kepada produk-produk yang terdapat di pasaran, dijual kepada pengguna, dibangunkan tanpa kajian mendalam dan mengabaikan aspek keselamatan kepada pengguna serta ketidakpatuhan kepada perundangan sedia ada. Selain itu, punca utama lambakan produk murah di pasaran adalah kerana dicipta dengan tujuan mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan betapa bahayanya risiko dan kesan jangka panjang kepada pengguna. Produk murah boleh terkait apa jua produk yang terdapat di pasaran tempatan, namun pada entri kali ini, saya hanya fokuskan kepada produk murah yang melanggar peraturan farmaseutikal sahaja.

Berusaha untuk bangkit dalam hidup

Berusaha untuk bangkit dalam hidup| Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Tidak dinafikan, perasaan janggal untuk mendapatkan rentak menulis semula mula timbul tatkala entri ini ditulis. Biar apa pun kisahnya, saya perlu menulis juga walaupun tidak sekerap seperti dahulu. Kekangan masa pada saat ini membataskan sedikit usaha menarik pengunjung agar berterusan membaca blog ini. Mungkin tidak keterlaluan jika saya menganggap, saya agak terkebelakang dengan beberapa isu hangat dan terkini di negara ini.

Impian menghasilkan blog dan imbasan ringkas 7 tahun

Impian menghasilkan blog dan imbasan ringkas 7 tahun| Siapa sangka saya sudah masuk 8 tahun dalam dunia blogging. Walaupun pada arkib blog saya hanya mempunyai artikel sejak tahun 2012, sebenarnya ia telah bermula lama sebelum itu. Artikel dari 2010 hingga 2012 sudah dipadam. Mengapa saya padam entri tersebut? Jawapannya saya catat di bawah. Melalui beberapa peralihan dalam fasa membuat blog, kini ianya sudah semakin stabil dan konsisten walaupun kadang kala ada waktunya idea untuk menulis menyusut dan terkusut, Alhamdulillah ianya masih mampu bertahan sehingga kini selagi hayat dikandung badan.

Digi Postpaid Plan 38 Review| Kecewa

Digi Postpaid Plan 38 Review| Kecewa - Rasa berminat mahu bertukar ke Plan Digi Postpaid RM38? Baca pengalaman saya terlebih dahulu. Entri ini tidak dibayar oleh mana-mana pihak dan apa yang tercatat di sini adalah berdasarkan pengalaman saya dan isteri semata-mata bergantung cara penggunaan pelan data internet kami berdua kerana mungkin cara penggunaan data internet anda berbeza.

Ciri-ciri perempuan ego

Ciri-ciri perempuan ego| Tanda perempuan ego tinggi mungkin lebih kurang sama dengan ciri-ciri lelaki ego tinggi yang pernah saya ulas sebelum ini. Bagaimana kita mampu mengenal sifat ego seorang wanita atau dalam entri ini saya akan lebih menggunakan perkataan perempuan justeru kedua-duanya membawa maksud yang tetap sama.

Percutian ke Ho Chi Minh. Aku datang!

Percutian ke Ho Chi Minh. Aku datang! Ho Chi Minh adalah salah sebuah bandar utama di Vietnam. Jangan tidak tahu, nama Ho Chi Minh diambil sempena nama pemimpin Vietnam Utara semasa perang dengan Amerika tercetus. Beliau dilahirkan pada tahun 1890. Pada entri kali ini, saya bukan mahu bercerita berkenaan sejarah Ho Chi Minh tetapi cerita pengalaman percutian ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Tips membeli barang online: Pro dan Kontra

Tips membeli barang online: Pro dan Kontra| Membeli barang secara online: Shopping online Malaysia sangat memudahkan pembeli memilih barang yang diinginkan tanpa perlu membayar kos lebihan akibat pengangkutan dan sebagainya. Walaupun kadang kala pilihan untuk membeli barang online agak terhad dengan kapisiti barang tidak seperti di pasaraya biasa, terdapat beberapa barang yang sangat berbaloi untuk dibeli apatah lagi dengan lokasi pembeli yang jauh untuk mendapatkan stok barang tersebut.

Cara sekat anak daripada main game seusia kecil

Cara sekat anak daripada main game seusia kecil| Beberapa hari yang lalu, Naufal asyik duduk ditepi saya melihat saya main game di telefon. Saya tahu dia berminat. Berulang kali bertanya. "Game apa ayah? Pandai ayah main game". Saya sedar dia menanti giliran. Dengan harapan saya akan beri peluang dia merasai kenikmatan bermain game. Tapi ayah main game taktikal perang. Agak sukar untuk mengajarnya. Lambat. Saya diam.