Wednesday, December 12, 2012

Kecuaian ibubapa punca anak kemalangan

Ibu bapa cuai terhadap keselamatan anak-anakMalang tidak berbau. Lebih hina lagi sekiranya kemalangan anak-anak kecil kita disebabkan kecuaian ibu bapa sendiri sebagai penjaga. Kemalangan memang tidak boleh dielakkan tetapi kemalangan disebabkan kecuaian ibu bapa akan dikesali selama-lamanya. Redha dengan takdir adalah perkara kedua, yang penting pastikan keselamatan anak lebih utama. Isu keselamatan nampak mudah tetapi sedikit kesilapan membawa padah.
Read More

Cinta Monyet: Percaya atau tidak?

Cinta monyet bukan cinta monyet kepada monyet atau monyet bercinta sesama monyet tetapi istilah cinta monyet digunakan merujuk kepada cinta ketika kita kecil yang tidak boleh diletakkan 100% harapan terhadap cinta ini. Ada juga cinta monyet yang mampu berakhir dengan ikatan perkahwinan namun jarang-jarang kita dengar. Waktu pertama cinta monyet boleh berlaku ketika zaman persekolahan lagi.
Read More

Monday, December 10, 2012

Senarai 8 tingkat syurga

Jenis-jenis syurgaIlmu ini diperolehi daripada sumber e-mail yang dikongsikan untuk tatapan bersama. Kongsilah ilmu ini untuk tujuan kebaikkan, sebarlah naskah ini untuk peringatan dan usahalah agar anda mendapatnya. Menjadi impian setiap umat Islam untuk menghuni salah satu syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT dan ianya adalah benar dan wajib dipercayainya. Selain daripada usaha mendapatkannya, bacalah apa yang telah Allah SWT janjikan untuk makhluknya.
Read More

Monday, November 26, 2012

Rahsia mendapat anak

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/11/rahsia-mendapat-anak.htmlMempunyai anak adalah impian bagi pasangan yang baru berkahwin. Allah SWT menganugerahkan anak kepada manusia sebagai penyeri dalam keluarga. Namun tidak semua pasangan yang telah mendirikan rumahtangga mendapat anak yang diidam-idamkan. Walaupun pelbagai cara yang telah diusahakan namun seringkali gagal. Pernahkah anda mengetahui apakah punca kegagalan tersebut selain yang dimaklumkan oleh doktor?
Read More

Thursday, November 22, 2012

Tips Melembutkan Hati Suami Panas Baran

Tips Melembutkan Hati Suami Panas BaranBila tiba waktu rehat, mulalah saya membelek-belek dokumen lama yang tersimpan dalam "Hard Disk" saya. Biasalah tiba-tiba rasa rajin mahu menyusun fail-fail yang makin lama makin banyak dalam 'Hard Disk'. Dalam ketekunan saya menyusun fail, terjumpa pula tips yang telah tersimpan sekian lama. Saya pun tidak mengingati lagi dari mana sumber tips ini.

Saya pun mula membaca sepintas lalu untuk mengetahui apa isi kandungannya. Saya rasa baik dikongsi dalam blog ini Bila Lelaki Berbicara untuk tatapan pembaca. Mudah-mudahan ianya dapat digunakan kearah kebaikan. Bacalah dan ambillah segala kebaikan ilmu ini. Semoga ianya membantu para isteri dalam mengharungi cabaran dalam berkeluarga.
Read More

Wednesday, November 21, 2012

Kenapa orang itu asyik pandang aku jer

Mengatasi pandangan orang yang tidak dikenali"Adoi! Kenapalah mamat@minah ni tengok aku je.. Bencinyer!!!" Sentap didalam hati. Mungkin anda kurang faham ayat di atas atau mungkin anda faham dengan cara begini. Ketika anda sedang duduk bersendirian anda terperasan seseorang melihat anda dengan pandangan yang tajam atau sinis atau mungkin anda tidak tahu apa maksud sebenar pandangannya itu. Sekarang anda sudah faham? Jika tidak faham lagi... maknanya dot..dot..dot... (Dah tak boleh tolong nampaknya...)
Read More

Tuesday, November 20, 2012

Apa Perlu Aku Dibuat Jika Aku Mangsa Rogol

Perkara perlu dibuat jika dirogolSaban hari, macam-macam kes yang kita sering dengar di dada akhbar. Itu baru akhbar, belum dikira lagi di blog-blog atau laman portal seumpamanya. Mungkin anda perlu tahu sebelum terkena atau anda mungkin tidak mahu tahu sebab yakin anda pasti bukan mangsanya.

Namun tips berikut boleh sedikit sebanyak perlu diketahui oleh wanita bagi mengelakkan perogol-perogol ini terlepas begitu sahaja. Jadi anda mungkin rugi dikemudian hari, rakan-rakan anda mungkin rugi, sanak saudara atau orang yang rapat dengan anda. Apakah langkah yang perlu di ambil sekiranya telah dirogol?
Read More

Friday, November 16, 2012

Tips mendapatkan pasangan hidup bagi wanita

Tips mendapatkan pasangan hidup bagi wanitaPernahkah wanita terfikir, apakah perkara pertama yang dilihat oleh lelaki pada tubuh fizikal seorang wanita. Mungkin juga wanita tertanya-tanya apa sebenarnya dalam fikiran seorang lelaki apabila berhadapan dengan seorang wanita. Oleh itu saya senaraikan beberapa perkara yang mungkin wanita tidak tahu supaya wanita boleh belajar dan meningkatkan kualiti serta populariti di kaca mata lelaki agar memudahkan kaum wanita untuk memiliki pasangan hidup. Tips ini adalah panduan yang boleh digunakan oleh wanita dengan menggunakan sumber yang telah sedia ada.
Read More

Dilema wanita dahulu dan kini

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/11/dilema-wanita-dahulu-dan-kini.htmlWanita zaman kini telah mengalami begitu banyak perubahan sama ada dari segi gaya, fesyen, pemikiran malah tindakan juga yang kadangkala tidak masuk akal bagi seorang lelaki. Apa yang tersirat dan apa yang tersurat dalam diri seorang wanita hanya kaum wanita sahaja yang tahu.

Namun dari sudut pandangan seorang lelaki, mungkin wanita juga perlu mengetahui apakah dilema yang dialami dan mungkin tidak disedari oleh mereka sendiri.

Read More

Thursday, November 01, 2012

23 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Tahu

Fakta Mengenai LelakiSantai-santai baca blog sambil 'BlogWalking' banyak informasi yang saya dapat. Setiap blogger mempunyai pandangannya yang tersendiri dan tentunya ada sesuatu yang bermanfaat boleh kita pelajari dan dijadikan panduan. Tertarik dengan satu artikel daripada sebuah blog tentang 23 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Tahu, memang banyakkan fakta tu? Jadi saya senaraikan fakta tersebut yang mungkin gadis-gadis, wanita-wanita atau perempuan-perempuan perlu tahu untuk mengenali lebih mendalam tentang seseorang berjantinakan lelaki.

Read More

Wednesday, October 31, 2012

Isteri Bersalin? Suami Buat Apa?

Perkara penting ketika isteri sedang bersalin.Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses menjaga kehamilan isterinya, saat kelahiran bayi dan memberi sepenuh perhatian terhadap isterinya. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar. Di samping itu juga, suami harus memperbanyakkan berdoa, beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Read More

Tuesday, October 23, 2012

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Adab suami ketika isteri sedang mengandungPerkahwinan adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi seorang lelaki dan perempuan. Kesetiaan dan kejujuran diterjemahkan dalam bentuk ikatan akad nikah yang sah. Sebuah mahligai rumahtangga yang dibina atas dasar cinta dan diredhai oleh Allah S.W.T memang dituntut oleh agama bagi menjaga kelangsungan keperluan agama yang menuntut umatnya memperbanyakkan zuriat.
Read More

Friday, October 19, 2012

Amalan suami semasa isteri mengandung

Amalan suami semasa isteri mengandungSebelum anda "berjaya" melalui malam pertama bersama pasangan anda, pastikan anda membaca tips bagaimana mendapatkan anak lelaki atau perempuan sebelum melakukan persetubuhan. Perlu diingatkan ianya hanyalah tips mendapat anak dan bukan pasti mendapatkannya. Kita cuma berusaha dan bertawakal. Apa yang saya kongsikan adalah amalan kaedah menurut Islam. Amalan yang baik ini adalah salah satu cara untuk kita membuktikan bahawa kita telah berusaha kepada Allah SWT.

Read More

Thursday, October 18, 2012

Bagaimana mendapatkan anak lelaki atau perempuan?

Cara mendapatkan anakSetiap pasangan yang berkahwin tentunya mengharapkan dikurniakan rezeki anak secepat yang mungkin kerana ianya adalah anugerah yang paling ditunggu dalam rumahtangga, Ada pasangan yang cepat dan ada juga yang lambat. Namun sebagai hamba Nya, usaha dan tawakal berterusan memohon anak adalah sebaiknya.

Bagaimana mendapatkan anak lelaki atau perempuan?
Read More

10 sebab mengapa perlu menghargai isteri anda

Cara menghargai isteri andaIsteri adalah mutiara yang paling bernilai. Selain daripada harga mas kahwin yang telah dibayar oleh anda, tiada harga yang mampu membalas setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh isteri anda. Segala apa kebaikkan yang telah dilakukan oleh seorang isteri adalah saham akhirat bagi mereka.

Saya kongsian 10 sebab mengapa perlu menghargai isteri anda lebih daripada diri anda sendiri.

Read More

Wednesday, October 17, 2012

Kenali Orang Melalui Jenis Darah

Mengenal orang melalui jenis darah
Secara psikologi [maksud], personaliti seseorang dapat dibaca dan dilihat melalui kumpulan darah. Hal ini terkait dengan hasil keputusan kajian ke atas kumpulan sampel dan menjadi asas bagi kita untuk menilai serba sikit personaliti manusia tentang perilaku, mental dan sebaginya. Seperti kebiasaannya perkara ini terlalu subjektif dan bukan fakta. Jadi tidak perlu ambil serius terhadap perkara di bawahnya.
Read More

Tuesday, October 16, 2012

Ingin Tahu Rahsia Tahi Lalat Anda?

Rahsia Tahi Lalat AndaSebelum anda membaca apa yang saya kongsikan bawah ini, pastikan anda sediakan sebuah cermin besar dan catatkan kesemua lokasi tahi lalat yang anda ada untuk memudahkan anda untuk melihat firasat tahi lalat. Apa yang saya kongsikan ini bukanlah bentuk kepercayaan dari sudut agama dan tidak perlu dipercayai 100% tanpa penilaian dan pemahaman sendiri. Ini hanyalah ringkasan daripada kajian ahli-ahli bijak pandai psikologi yang telah menjalankan kajian secara rawak, purata dan kesamaan serta ketidaksamaan sifat-sifat manusia.
Read More

Monday, October 08, 2012

Bila Wanita Merajuk - Merungkai Apa Yang Tersirat

Bila Wanita Merajuk - Merungkai Apa Yang TersiratWanita adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Selembut-lembut hati seorang wanita, sifat ketabahan & kesabaran seorang wanita melangkaui sifat ketabahan & kesabaran yang ada pada seorang lelaki. Ianya memang diakui oleh saya sendiri. Kadangkala, apa yang tidak mampu dilakukan oleh soerang lelaki, mampu dilakukan oleh seorang wanita dengan baik sekali. Namun kelembutan wanita ada hadnya. Sesekali hati wanita yang lembut itu boleh terguris sama ada lelaki sedar atau tidak.
Read More

Friday, October 05, 2012

5 Perkara Penting Untuk Wanita ke Syurga

5 Perkara Penting Untuk Wanita ke Syurga
Wanita adalah insan yang sangat istimewa bagi lelaki apabila bergelar isteri kepada lelaki. Dengan sesungguhnya, suami mahukan isterinya menjadi salah seorang bidadari yang akan menemani mereka di syurga seperti yang telah dijanjikan Nya. Kerana itu perkongsian di bawah ini adalah panduan bagi wanita untuk menuju ke syurga dan apa pun keputusan akhirnya adalah hak milik Sang Pencipta, Allah SWT jua. 

Sebagai seorang hamba Allah SWT juga tentunya syurga adalah impian semua wanita di dunia ini. Jadi perkara di bawah ini tentunya memberi manfaat kepada anda.
Read More

Thursday, October 04, 2012

20 Fakta Menarik Antara Lelaki dan Wanita

20 Fakta Menarik Antara Lelaki dan Wanita 20 Fakta Menarik Antara Lelaki dan Wanita yang perlu anda tahu. Info menarik untuk kita semua tentang lelaki dan wanita. Sama ada fakta ini betul atau pun tidak terpulang kepada pemahaman anda semua. Boleh baca dan nilai dengan sendiri. Namun bagi saya, ada juga yang fakta di bawah ini memang benar-benar terjadi kepada saya. Saya kongsikan 20 fakta menarik antara lelaki dan wanita.

Read More

Wednesday, October 03, 2012

Susahnya Mengucapkan Maaf

Tips mengucapkan permohonan maafManusia memang tidak lari daripada melakukan kesalahan sama ada kecil atau besar. Kesalahan kepada Tuhan, manusia dan benda hidup lain di dunia ini, kadangkala kita terlupa untuk memohon keampunan. Tapi bagaimanakah cara untuk kita meminta maaf bergantung kepada pendekatan kita untuk memohon maaf. Namun seringkali kita berfikir ianya sesuatu yang remeh dan tidak masuk akal bahawa kita perlu meminta maaf atas apa yang kita buat disebabkan EGO? Maruah? Harga diri?
Read More

Thursday, September 06, 2012

Anak Sakit Kuning? (Jaundice)

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/09/my-baby-jaundice.htmlBeberapa minggu lepas isteri saya telah selamat melahirkan anak. Jadual seharian memang mula sibuk dan meletihkan. Waktur tidur juga bukan tentu. Tambahan lagi, anak bujang lelaki masih kecil lagi. Jadi memang sangat mencabar kewibawaan saya untuk menguruskan masa. Maklumlah di peringkat usia muda perkahwinan tentu banyak perkara kehidupan perlu dipelajari. Kebetulan pula musim perayaan, keadaan trafik jalan raya sedikit sesak. Nasib baik saya tinggal di kawasan bukan metropolitan. Jadi keadaan masih lagi terkawal untuk urusan menghantar isteri ke hospital. Selamat tiba di hospital dengan jayanya. Alhamdulillah.
Read More