Ruang Iklan

5 Perkara Penting Untuk Wanita ke Syurga

5 Perkara Penting Untuk Wanita ke Syurga
Wanita [maksud] adalah insan yang sangat istimewa bagi lelaki apabila bergelar isteri kepada lelaki. Dengan sesungguhnya, suami mahukan isterinya menjadi salah seorang bidadari yang akan menemani mereka di syurga seperti yang telah dijanjikan Nya. Kerana itu perkongsian di bawah ini adalah panduan bagi wanita untuk menuju ke syurga dan apa pun keputusan akhirnya adalah hak milik Sang Pencipta, Allah SWT jua. 

Sebagai seorang hamba Allah SWT juga tentunya syurga adalah impian semua wanita di dunia ini. Jadi perkara di bawah ini tentunya memberi manfaat kepada anda. [Sumber]

Pertama - Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat bu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah. 

Kelima, berbuat baik dan banyak sedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian, sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon