Ruang Iklan

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Adab suami ketika isteri sedang mengandungPerkahwinan adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi seorang lelaki dan perempuan. Kesetiaan dan kejujuran diterjemahkan dalam bentuk ikatan akad nikah yang sah. Sebuah mahligai rumahtangga yang dibina atas dasar cinta dan diredhai oleh Allah S.W.T memang dituntut oleh agama bagi menjaga kelangsungan keperluan agama yang menuntut umatnya memperbanyakkan zuriat.

Bahkan bagi agama selain Islam pun barangkali menggalakkan perkahwinan bagi mengukuhkan kekuatan sebuah institusi kekeluargaan dalam masyarakat. Bagi pasangan muda yang mula bertatih dalam berumahtangga, banyak perkara perlu dipelajari daripada tips yang berkesan untuk meniti perjalanan yang  berbeza.

Ketika selesai sahaja majlis persandingan, tiba pula saat pasangan bermadu asmara, anda boleh baca panduan tips  bagaimana mendapatkan anak lelaki atau perempuan. Tips tersebut amat berguna bagi pasangan yang ingin berusaha memiliki jantina anak yang dikehendaki. Perlu diingatkan sekali lagi, ianya adalah usaha dan Tuhan akan tentukan apa yang terbaik bagi kita.

Setelah disahkan isteri anda mengandung, anda juga boleh baca amalan suami semasa isteri mengandung. Ianya amat berguna bagi memberi sedikit panduan kepada bakal suami yang kurang pengetahuan tentang apakah persediaan yang terbaik bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kemudian, ketika isteri mengandung juga, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung:

  1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. 
  2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. 
  3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. 
  4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. 
  5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim" 
  6. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Isteri sedang mengandungkan anak hasil daripada benih seorang suami dan sepatutnya seorang suami menjaga adab-adab semampu yang boleh demi isteri yang sedang mengandung.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon