Amalan suami semasa isteri mengandung

Amalan suami semasa isteri mengandungSebelum anda "berjaya" melalui malam pertama bersama pasangan anda, pastikan anda membaca tips bagaimana mendapatkan anak lelaki atau perempuan sebelum melakukan persetubuhan. Perlu diingatkan ianya hanyalah tips mendapat anak dan bukan pasti mendapatkannya. Kita cuma berusaha dan bertawakal. Apa yang saya kongsikan adalah amalan kaedah menurut Islam. Amalan yang baik ini adalah salah satu cara untuk kita membuktikan bahawa kita telah berusaha kepada Allah SWT.

Sekiranya anda berjaya mengandungkan isteri anda, maka seeloknya fahami perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung. Semoga dengan amalan baik yang dilakukan oleh suami mampu mendapat manfaat dan keredhaan daripada Allah S.W.T. 

12 perkara berikut adalah panduan bagi bakal-bakal suami tentang apa yang patut dilakukan semasa isteri anda mengandung.
  1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
  2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. 
  3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. 
  4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
  5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
  6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh. 
  7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri. 
  8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba. 
  9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. 
  10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. 
  11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. 
  12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Perkara- perkara diatas adalah baik diamalkan oleh para-para suami disaat isteri sedang mengandung, semoga dikurniakan anak yang soleh. Namun lagi bagus jika diamalkan ketika hari-hari, sewaktu isteri tidak mengandung sekalipun kerana perkara yang baik tidak perlu ada batasan waktu. InsyaAllah.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon