Ruang Iklan

Apa Perlu Aku Dibuat Jika Aku Mangsa Rogol

Perkara perlu dibuat jika dirogolSaban hari, macam-macam kes yang kita sering dengar di dada akhbar. Itu baru akhbar, belum dikira lagi di blog-blog atau laman portal seumpamanya. Mungkin anda perlu tahu sebelum terkena atau anda mungkin tidak mahu tahu sebab yakin anda pasti bukan mangsanya.

Namun tips berikut boleh sedikit sebanyak perlu diketahui oleh wanita bagi mengelakkan perogol-perogol ini terlepas begitu sahaja. Jadi anda mungkin rugi dikemudian hari, rakan-rakan anda mungkin rugi, sanak saudara atau orang yang rapat dengan anda. Apakah langkah yang perlu di ambil sekiranya telah dirogol?

Perkara pertama yang perlu anda tahu, siapa yang merogol anda. Itu yang paling penting. Namun ada kemungkinan anda langsung tidak mengetahui siapa yang merogol anda. Tetiba sahaja anda dirogol. Bunyi pelik namun kejadian seumpamanya memang berlaku. Kemudian anda perlu tahu bagaiamana polis mengesan perogol selain daripada tangkapan rambang dan melalui proses pengecaman. Seringkali jika mangsa rogol panik, dilema [Dilema wanita dahulu dan kini] atau berduka lara namun anda perlu menegakkan keadilan. Jadi langkah dibawah amat penting bagi memudahkan anda mendapat pengadilan sewajarnya.

Selepas anda dirogol, pastikan anda tidak kalut dan catatkan seberapa banyak maklumat yang penting semasa kejadian tersebut berlaku. Lokasi, masa, keadaan perogol (jenis kulit, saiz badan atau tanda-tanda penting yang dapat anda cam pada perogol).

Usah buang masa berduka dengan kejadian yang menimpa anda. Pastikan laporan polis dibuat dengan kadar segera bagi memudahkan pihak polis melakukan siasatan seterusnya menangkap durjana ini. Anda telah dirogol! Kenapa perlu menyembunyikan kejadian tersebut. Jika anda panik maklumkan kepada orang yang anda sangat percaya. Mudah-mudahan anda akan diberikan jalan penyelesaian oleh orang itu. 

Pemeriksaan perubatan yang pantas oleh pakar perubatan mampu memberikan cukup bukti kepada anda untuk mengheret perogol ke muka pengadilan. Jika anda rasa anda perlu mandi untuk membuat pemeriksaan supaya anda tidak nampak selekeh, anda silap! Jika anda mandi bukti di badan anda boleh dimusnahkan.

Jika  orang yang merogol anda itu ialah keluarga anda, teman rapat anda, kekasih anda, jangan sesekali membela perogol tersebut. Ungkapan janji, amaran atau ugutan hanya untuk menutup tembelang si perogol. Jika anda berdiam diri, pastinya anda akan dirogol di lain hari.

Jangan bertindak sendirian dengan melulu. Jangan marahkan nyamuk seekor, habis satu kelambu dibakar. Percayalah pada undang-undang. Serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Dapatkan biro guaman kerajaan sekiranya anda tidak mampu untuk membayar kos guaman yang mahal.

Perkara yang selalu difikirkan oleh mangsa rogol adalah hinanya setelah dirogol a.k.a hilang dara tanpa rela. Ingatlah masih ramai simpati dan menyokong anda. Jadi positifkan minda anda dan hadapi dunia dengan tabah. Walaupun satu negara tahu anda telah dirogol kelak, perogol perlu mendapat balasan yang setimpal atas apa yang dilakukannya.

Semua ini adalah takdir Ilahi. Kita tidak mahu menjadi mangsa, tetapi jika berlaku anda perlu menegakkan keadilan. Biar sesiapapun yang merogol anda, jangan pula anda terjun daripada bangunan untuk lari daripada masalah anda. Berhati-hati para wanita. Tutupkan aurat yang terdedah adalah sebaik-baik langkah pencegahan yang mudah. Sekian.

6 Comments

blog yang menarik.. post yang menarik pembaca :)

Terima Kasih.. Teruskan menyokong ye.....

sepatutnya begitulah,tapi kebanyakkan mangsa jadi trauma,keliru,takut,itu yg menyebabkan mereka lebih suka berdiam diri

Betul tu Hayati Harun... Bila berdiam diri mudahlah terjadi kejadian ke-2, ke-3 dan seterusnya oleh orang yang sama....

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon