Rahsia mendapat anak

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/11/rahsia-mendapat-anak.htmlMempunyai anak adalah impian bagi pasangan yang baru berkahwin. Allah SWT menganugerahkan anak kepada manusia sebagai penyeri dalam keluarga. Namun tidak semua pasangan yang telah mendirikan rumahtangga mendapat anak yang diidam-idamkan. Walaupun pelbagai cara yang telah diusahakan namun seringkali gagal. Pernahkah anda mengetahui apakah punca kegagalan tersebut selain yang dimaklumkan oleh doktor?

Rahsia mendapat anak lelaki atau perempuan adalah bukan menjadi rahsia lagi. Mendapat anak bukanlah sesuatu yang rahsia. Ianya telah diketahui sejak dahulu lagi.

Adakah hanya berserah kepada Illahi sudah cukup untuk menjawab soalan-soalan "Sudah berapa ramai anak kamu?". Pasangan yang diajukan soalan tadi kadangkala mampu menyinggung perasaan anda. Ketahuilah bahawa pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.

Salah satu kaedah yang mudah dilakukan adalah dengan berjumpa dengan pakar perubatan. Nasihat yang diberikan penting dalam mencari penyelesaian secara saintifik. Sama ada doktor mencadangkan pengambilan ubat menguatkan rahim (bagi yang mudah gugur), pemeriksaan kemandulan (lelaki dan wanita), penyelesaian hormon (menstabilkan hormon wanita) boleh diusahakan. Namun jika gagal juga, pasti ada cara yang lain. 

Sebelum itu anda perlu mengetahui bagaimana proses persenyawaan dan kehamilan itu berlaku. Ianya memudahkan anda memahami perkara yang terjadi sebelum anda disahkan hamil. Ketahui juga punca kehamilan gagal. Contohnya bentuk badan yang terlalu gemuk juga boleh menidakkan anda hamil. Hal ini kerana peratusan berjayanya proses menempel di dinding vagina perempuan akan berkurang disebabkan lemak berlebihan. Jika berjumpa dengan doktor pastikan anda menjadi seperti "murid yang sangat aktif didalam kelas". Tanyalah seberapa banyak soalan supaya anda benar-benar faham.

Hal yang kedua juga jika perempuan yang mengamalkan tabiat merokok, minum arak memungkinkan anda gagal hamil. Sila berhenti daripada tabiat buruk ini. Kemudian kurangkan juga aktiviti-aktiviti lasak pada masa jangkaan 4 bulan pertama kerana jika anda berjaya mengandung, kandungan belum cukup kuat untuk berpaut pada rahim ibu. (Para suami juga perlu mengetahui adab ketika isteri mengandung)

Urutan tradisional juga boleh diikhtiarkan oleh anda. Pastikan urutan dilakukan oleh pakar dan bukan bomoh. Saya juga telah diberitahu oleh isteri saya tentang rakan-rakan beliau yang telah berjaya hamil setelah berurut dengan seorang bidan setelah lama berusaha. Peranakan akan diatur dan dibetulkan oleh bidan tersebut.

Kawal pengambilan ubat-ubatan. Pengambilan ubat oleh wanita biasa dan wanita "mungkin" hamil atau wanita hamil adalah berbeza. Seringkali wanita hamil dinasihatkan supaya tidak memakan panadol (paracetemol) yang melebihi 500mg. Maknanya, jika anda tidak sihat pastikan anda hanya makan 1 biji panadol walaupun farmasi menyuruh anda makan 2 biji panadol seperti wanita biasa. Ketahui juga makanan dan minuman yang boleh menyebabkan kehamilan gagal. (Nenas, air berkarbonat)

Akhirnya, anda tidak perlu risau jika anda tidak hamil jika anda disahkan sihat sepenuhnya oleh doktor kerana Tuhan masih tidak menetapkan anda mempunyai anak lagi. Berdoa adalah jalan terbaik. Jika anda tertekan dengan keadaan anda yang tidak mempunyai anak, sokongan moral dan psikologi di antara pasangan amat penting. Selagi ada kudrat, usaha dengan cara yang betul pasti Tuhan akan mengurniakan kamu seorang zuriat. (Tips: Isteri bersalin suami buat apa?)

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon