Ruang Iklan

Tips Melembutkan Hati Suami Panas Baran

Tips Melembutkan Hati Suami Panas BaranBila tiba waktu rehat, mulalah saya membelek-belek dokumen lama yang tersimpan dalam "Hard Disk" saya. Biasalah tiba-tiba rasa rajin mahu menyusun fail-fail yang makin lama makin banyak dalam 'Hard Disk'. Dalam ketekunan saya menyusun fail, terjumpa pula tips yang telah tersimpan sekian lama. Saya pun tidak mengingati lagi dari mana sumber tips ini.

Saya pun mula membaca sepintas lalu untuk mengetahui apa isi kandungannya. Saya rasa baik dikongsi dalam blog ini Bila Lelaki Berbicara untuk tatapan pembaca. Mudah-mudahan ianya dapat digunakan kearah kebaikan. Bacalah dan ambillah segala kebaikan ilmu ini. Semoga ianya membantu para isteri dalam mengharungi cabaran dalam berkeluarga.

Untuk melembutkan hati suami yang garang dan menurunkan kadar suhu ‘panas baranannya’ amalkan seperti: (Tips: Bila Isteri Merajuk)

  1. Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.
  2. Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - “Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)… sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud”
  3. Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
  4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir "Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati. 
Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:(Tips: Hargai isteri anda)

  1. Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."
  2. Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
  3. Begitu juga, amalkan Surah Toha ayat 1-8, surah Ar-Rahman ayat 1-4 dan surah Al-Insyirah.
Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini: (Tips: Semasa Isteri Mengandung)

Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka."

Ya Allah sesungguhnya, Aku lemah tanpa petunjukMu, Aku buta tanpa bimbinganMu, Aku cacat tanpa hidayahMu, Aku hina tanpa rahmatMu. Amin

2 Comments

Alhamdullilah..terima kasih atas tips2 ini kerana ia akan manfaat kepada isteri2 yang memerlukan dan mengalami suami seperti berikutnya.

Terima kasih... Alhamdulillah...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon