Cinta Monyet: Percaya atau tidak?

Cinta monyet bukan cinta monyet kepada monyet atau monyet bercinta sesama monyet tetapi istilah cinta monyet digunakan merujuk kepada cinta ketika kita kecil yang tidak boleh diletakkan 100% harapan terhadap cinta ini. Ada juga cinta monyet yang mampu berakhir dengan ikatan perkahwinan namun jarang-jarang kita dengar. Waktu pertama cinta monyet boleh berlaku ketika zaman persekolahan lagi.

Cinta memang indah, cinta adalah naluri dan lumrah kehidupan manusia yang ingin menyayangi dan disayangi. Segala jasad dan roh diserahkan sepenuhnya kepada cinta monyet sehinggakan gagal dalam hidup disebabkan cinta monyet ini. Merujuk kepada cinta monyet adalah cinta zaman persekolahan, cinta ini kadang kala membawa kemusnahan kepada hidup pelajar itu.

Zaman persekolahan kini telah berubah, pelajar semakin "maju" dan pelajar semakin berpengetahuan. Kadangkala pengetahuan yang diterima membawa kebaikkan dan kadangkala pengetahuan itu membawa keburukan. Hakikatnya cinta tidak pernah berubah, cinta tetap cinta yang pelajar terdahulu merasainya dan pelajar kini juga merasai cinta yang sama. Bezakan pembawakan maksud cinta dahulu dan kini amat berbeza.

Berbalik kepada cinta monyet, baik pelajar lelaki atau pelajar perempuan, mereka akan menjadi tarikan utama dan menjadi buah mulut setiap pelajar di sekolah. Ingatkan media masa sahaja memainkan peranan gosip-gosip hangat, sebenarnya di sekolah pun gosip ala-ala artis ini amat laris di pasaran. Siapa yang bercinta, dengan siapa bercinta, siapa 'break' dan siapa 'clash' semuanya mereka tahu. Ibarat berita paling hangat gosip-gosip cinta monyet ini memesongkan sedikit sebanyak objektif utama pelajar ke sekolah. Namun ini tidak dapat dielakkan kerana pelajar terlalu naif untuk mengelakkan penangan cinta monyet ini.

Jika dikenang kembali cinta monyet kita, semuanya tampak indah. Berjanji sehidup semati, ke hulu dan kehilir berpasang-pasangan seperti belangkas dan pasangannya, memudahkan kata, seperti pinang dibelah dua. Bermulanya cinta monyet ini, pelajar belasan tahun yang "muda dan garing" ini mengenal erti berpegangan tangan, ada juga mula mengenal sentuhan berahi dan lebih teruk lagi mengenal apa itu hubungan dewasa dan lain-lain lagi. Masya Allah!

Semua itu bagai dihalalkan jika mahu dijadikan contoh mencium tangan kepada kekasih cinta monyet ini ibarat perkara yang biasa. Sedangkan artis yang belum berkahwin pun mencium tangan kekasihnya walaupun tiada ikatan perkahwinan yang sah dengan alasan yang berbagai. Hal ini menjadikan cinta monyet adalah medan pelajar belajar mengenal perkara yang tidak sepatutnya jika kebebasan yang ditonjolkan oleh "mereka" yang menjadi idola remaja yang masih bersekolah.

Lebih malang lagi, akibat cinta monyet ini, lahirnya bayi-bayi yang suci yang menanggung akibat perilaku aksi cinta-cinta "monyet" bajingan ini. Subhanallah!

Cinta monyet tidak boleh dijadikan alasan cinta sejati kerana peredaran masa akan menentukan sebaliknya. Mempercayai adalah satu kerugian. Menjadikan ianya cinta monyet yang baik untuk mengenal erti cinta sebenar adalah faedah sampingan. Namun jika difikirkan balik melalui cinta monyet ini kita mengenal hati budi seorang manusia. Apapun alasannya kebanyakkan cinta monyet adalah cinta palsu dan janji-janji kosong!

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon