Membuat pilihan: KELUARGA atau KERJAYA?

Pilih keluarga atau utamakan kerjaya.Dalam hidup yang penuh mencabar ini, kadangkala kita tersepit dalam membuat keputusan yang terbaik dalam hidup di dunia. Sama ada anda lebih mengutamakan keluarga ataupun anda mementingkan kerjaya. Rezeki memang ada dimana-mana. Namun memiliki keluarga adalah impian dan memiliki kerjaya adalah jaminan. Mana satu yang menjadi keutamaan? Jika memilih keluarga, anda hilang pendapatan yang mampu digunakan untuk masa hadapan. Jika memilih kerjaya, mungkin ianya mengguriskan hati pasangan masing-masing.

20 ciri-ciri wanita idaman LELAKI

Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi tentang 20 ciri-ciri lelaki idaman wanita. Sehubungan dengan itu, pada kali ini saya kupaskan sedikit ciri-ciri wanita idaman lelaki dibawah tajuk entri 20 ciri-ciri wanita idaman lelaki.

Citarasa manusia memang berbeza-beza. Namun kebiasaannya lelaki pasti menginginkan memiliki seorang wanita yang sempurna. Sekurang-kurangnya berjaya menambat hati untuk dijadikan teman hidup. Persoalan pertama ketika ingin mendapatkan teman hidup adalah "Apakah ciri-ciri wanita yang ingin dimiliki?" atau juga "Adakah si dia memiliki ciri-ciri seperti yang saya inginkan?".

Babi boleh menguruskan badan

Tips menguruskan badan, badan langsing, tips berdietMacam-macam petua yang saya dengar daripada adik saya. Babi boleh menguruskan badan? Betul atau tidak apa yang saya dengar belum dapat dibuktikan lagi. Hanya petua. 

Petua ini diberitahu oleh pekerja warga Vietnam di tempat adik saya bekerja. Mereka memberitahu bahawa sejenis cacing yang terdapat di dalam babi membolehkannya memakan lemak berlebihan di dalam tubuh seseorang.

Tips 2: 7 cara berbincang dengan suami

Cara berbincang dengan suami, isteriPada entri sebelum ini saya telah berkongsi Tips 1: 5 Cara berbincang dengan suami. Manakala pada kali ini saya akan berkongsi 7 lagi cara sebagai tambahan untuk isteri dan bakal menjadi isteri untuk panduan pada masa hadapan supaya perbincangan yang berlangsung dalam keadaan yang sangat baik. 

Komunikasi dua hala yang berkesan antara suami dan isteri penting untuk mewujudkan suasana muhibbah di dalam keluarga serta mampu mencapai satu kesepakatan dalam membuat keputusan.

Salah faham tentang wang hantaran

Kadar wang hantaran, berapa wang hantaranBaca tajuk pun anda mesti sudah faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Wang hantaran dengan makna lain duit belanja yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kenapa salah faham tentang wang hantaran banyak berlaku? Jika pertanyaan diajukan kepada ibu anda "Waktu dahulu [Dilema wanita dahulu dan kini] masa mak kahwin, berapa jumlah wang hantaran yang ayah bagi?" Secara spontan mak jawab "RM500 je..". Anda pasti menyambung "Aih.. Sikit nye!".

Dahulu wang hantaran ditetapkan sekadar yang mampu. Mungkin juga nilai RM50.00 pada zaman dahulu tidak sama dengan nilai RM500.00 pada masa sekarang. Tetapi jika berbeza pun kita boleh anggarkan nilai RM500.00 dahulu bersamaan RM5000.00 zaman sekarang atau kurang.

Mengapa saya kata salah faham tentang wang hantaran.?

Ramai orang beranggapan nilai anak mereka mengikut taraf pendidikan. "Adik, jiran sebelah sekolah sampai SPM je tu pun orang tu bagi RM7000.00, ni pula kamu nak letak RM5000.00 je?". Kalau ada ijazah? Ada Master? Ada PhD? Perlukah harga yang tinggi sehingga golongan ini yang paling banyak mencapai taraf andartu.

Ramai orang berpandukan harga semasa semasa meletakkan harga pada anak mereka. "Pak cik ni bukan apa nak, rasa-rasa pak cik lah harga standard di Johor paling cikai pun RM7000.00, kumpullah duit ye nak.." Dengan muka selamba je pak cik ni.

Ramai orang tidak sedar nilai pelaburan yang paling dikehendaki lelaki. "Apalah punya bakal bapak mertua, letak harga tinggi-tinggi, anak masak nasi pun tak tahu, tak berbaloi langsung". Harga cecah puluhan ribu ringgit, lepas dah kahwin makan kedai jugak. Mana asasnya letak harga tinggi-tinggi?

Ramai juga mak orang sekampung/setaman tak sedar konsep "Sharing is loving". "Abang RM3500.00, sayang RM3500.00, cukuplah RM7000.00. Bolehlah abang buat wang hantaran". Dah letak harga tinggi-tinggi, kalau dapat lelaki setakat kerja kontrak (contoh bukan menghina), sampai bila pun tak dapat kahwin kalau tak perempuan juga yang bantu.

Ramai orang tak tahu fungsi wang hantaran dalam perkahwinan. "Duit yang Aiman bagi tu, bapak bukan nak buat apa, nak wat beli barang masa majlis kamu Minah. Kalau banyak dia bagi, tak payah la bapak topupkan". Lelaki kena sedar, wang hantaran bukan mas kahwin (Hak isteri).

Walau apapun definasi wang hantaran pada pendapat anda, trend meletakkan harga yang sangat tinggi seperti RM55555.55 atau beratus ribu memang telah banyak terjadi. Harga tinggi-tinggi kalau malas pun tak guna, harga tinggi-tinggi tapi masak semua hangus. Jadi dimana mahalnya sifat kewanitaan anda?

Letak harga tinggi-tinggi, VVIP je yang mampu. Sebab itu banyak VVIP yang kahwin 4 [Syarat mencari bini muda] sebab poket berterabur dengan duit. Kalau tak disambar pun, sampai tualah tak kahwin-kahwin. Ingat satu perkara, berkahwin ikut sunnah Rasulullah SAW. Jadi jangan salah faham tentang wang hantaran. Biar pelaburan yang dibuat berbaloi.

Tips 1: 5 cara berbincang dengan suami

Cara bincang masalah dengan suamiSoalan begini pernah juga dilontarkan oleh isteri saya "Bila masa yang sesuai untuk kita berbincang bang?". Mungkin disebabkan saya berkata "Nanti kita bincang.." [Bila lelaki kata nantilah] atau "Kejap lagi kita bincang". Sebab itu terkeluar ayat pertanyaan isteri saya. Mungkin perkara ini berlaku kepada setiap isteri di seluruh dunia yang barangkali mengalami masalah untuk berbincang dengan suami dan tidak tahu bagaimana cara memulakan perbincangan dengan suami tersayang.

8 tips meredakan kemarahan

Cara meredakan kemarahan, cara atasi perasaan marah, marahSetiap manusia memang tidak dapat lari daripada sifat marah. Jika tiada sifat marah memang pasti la dia seorang robot ciptaan manusia. Allah SWT menjadikan manusia untuk mempunyai perasaan dan akal. Itu yang menjadikan manusia terlalu istimewa. 

Bagaimana meredakan kemarahan? Marah dan panas baran [Tips melembutkan suami panas baran] sesuatu yang berbeza. Marah bersifat sementara dan panas baran adalah sifat marah yang tidak terkawal dan boleh kekal dalam diri seseorang. Situasi menyebabkan anda marah boleh terjadi dalam banyak keadaan.

Bagaimana menguji kesetiaan kekasih

Dalam melayari episod percintaan bersama kekasih, kadang-kadang kita merasa ragu tentang kesetiaannya. Jadi bagaimana menguji kesetiaan kekasih anda dengan cara yang tidak mungkin disedarinya?

Nampak sukar kerana anda tidak mahu dilabel sebagai meragui kesetiaannya. Ada juga anda pula dimarahi kerana merasa syak terhadap keikhlasannya. Malang pula jika niat baik anda menjadikan hubungan anda renggang seketika.

Bila lelaki kata nantilah

Alasan lelaki melambatkan perkahwinan, pertunangan,Mungkin wanita pernah mengalami situasi begini. "Bila awak nak masuk meminang saya?". Dia menjawab "Nantilah, belum masanya lagi". Tahun depannya pula kamu tanya semula "Bila kita nak kahwin?". Dia jawab "Nantilah, saya belum bersedia". 

Jawapan yang diberikan oleh lelaki membuat wanita tertanya-tanya. Apakah maksud kepada jawapan "Nantilah" yang diberikan oleh lelaki apabila wanita mengajaknya berkahwin atau bertunang?

Adakah kekasih kamu benar-benar ingin menjadikan kamu pasangan hidupnya ataupun sebaliknya. Apakah maksud bila lelaki kata nantilah?

Disebalik mandi bunga

Mandi bunga? Apa yang anda fikir tentang mandi bunga. Tahukah apa disebalik mandi bunga? Mungkin bagi mereka yang belum pernah mandi bunga pastinya mengatakan mandi bunga itu mengarut. Mengarut ke amalan zaman dahulu kala?

Kebiasaannya mandi bunga dilakukan oleh orang yang ingin mendapat jodoh [Tips mendapatkan pasangan hidup bagi wanita] ataupun kononnya "membuang sial" atas arahan pakar perubatan tradisional. Kadangkala kita tidak mengetahui apa maksud disebalik mandi bunga itu. Hanya menurut apa yang disuruh lalu kita pun mandi bunga.

Suami cemburu buta

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/03/suami-cemburu-buta.htmlBetul ke ada suami cemburu terhadap isteri? Ingat isteri sahaja yang cemburu? Suami pun sebenarnya cemburu buta. Kadangkala lebih teruk daripada cemburu si isteri. Mengapa suami cemburu buta? Bunyinya nampak pelik. Kadangkala rakan-rakan mempersoalkan sifat cemburu suami apatah lagi jika suami cemburu tidak bertempat.

Makan sedap makan sihat

Himpunan makanan dengan rupa, rasa dan warna berbeza memperlihatkan keunikan Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Setiap kaum menyumbang kepada variasi makanan yang terdapat di Malaysia. 

Berbekalkan makanan tradisi kaum masing-masing yang diwarisi turun temurun menjadikan industri makanan di negara ini sentiasa mempunyai ruang untuk menambah pendapatan apabila diminati oleh kaum lain.

Rahsia kejelitaan isteri

Setiap wanita menginginkan dirinya kelihatan cantik dan jelita di mata suami. Bagi mereka, jika dirinya tidak "jelita" suaminya pasti akan mencari yang lain. Betul ke semua lelaki begitu? Ada wanita yang sanggup mengeluarkan belanja beribu-ribu banyaknya semata-mata untuk menjelitakan diri. Sama ada untuk alat kosmetik, makanan tambahan, alat senaman dan lain-lain. Semuanya dibuat hanya dengan tujuan yang satu "Menyerlahkan kejelitaan kepada suami agar dirinya sentiasa menjadi pilihan suami".

Tips menghilangkan sakit kepala

Tips menghilangkan sakit kepalaSakit kepala bukan kepalang lagi. Mulalah mencari ubat untuk menahan sakit. Satu rumah digeledahnya. Tapi tak jumpa walau satu biji panadol pun. Kepala makin sakit. Nak tidur pun tak boleh. Pusing kiri pusing kanan. Tak tahan lagi.

Mungkin anda pernah mengalami situasi seperti di atas. Atau lain-lain situasi yang menyebabkan anda tidak ada mood, tidak boleh buat kerja akibat daripada kesakitan kepala yang amat sangat.

12 situasi wanita bertudung

Cara memakai tudung, fesyen tudungFesyen bertudung berkembang sangat pantas di negara ini. Saban tahun macam-macam gaya yang diketengahkan oleh penggemar fesyen tudung. Tidak kira artis ataupun kalangan wanita biasa, kadang kala masa yang diperlukan untuk memakai tudung lebih lama daripada membeli tudung.

Kenapa wanita taksub terhadap fesyen tudung selain daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah? Pemakaian tudung telah digariskan dalam Islam namun bertudung dilihat sebagai bukan tuntutan tetapi trend, fesyen dan aksesori. Sebahagian wanita pula menganggap bertudung adalah wajib bagi wanita. Alhamdulillah.

Ramainya kaum wanita di neraka

TERDAPAT hadis Nabi s.a.w yang menceritakan keadaan di neraka, antaranya ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat seksaan disebabkan dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Rahsia skandal terbongkar

Skandal di pejabat, Merujuk kepada artikel bertajuk "10 sebab berlaku skandal di tempat kerja" yang telah saya post sebelum ini, fary meminta tips untuk menghadapi rakan sekerja yang terlibat dalam aktiviti skandal. Jika melihat kepada komen yang dihantar (gambar dibawah), ternyata orang yang melakukan skandal itu adalah seorang lelaki.

Fary merasa kasihan terhadap isteri rakannya itu dan saya berusaha membantu melalui tips membongkar rahsia skandal bagi menghalang usaha skandal di tempat kerjanya berlarutan sehingga tidak dapat dikawal.

Bahagiakah rumahtangga anda?

Membina keluarga bahagia, rumahtangga bahagia.Rumahtangga adalah syurga dunia bagi sepasang suami dan isteri. Rumahtangga juga boleh menjadi neraka bagi suami dan isteri. Bahagiakah rumahtangga anda? Bagaimana pula anda ingin menilai sejauh mana anda bahagia bersama pasangan anda? Perbezaan pendapat tentang kebahagian rumahtangga adalah hak individu. Ada orang mengatakan bahagianya rumahtangga terletak pada kewangan yang kukuh. Ada juga orang mengatakan rumahtangga yang bahagia tiada pergaduhan yang berlaku.

Perlukah wanita menggadai dara

Dara wanita, Apa itu selaput dara wanitaTetiba hari ini saya rasa nak bermadah. Entah madah apa pun saya tak tahu. Terlintas dalam kepala ini lantas dengan kadar segera menghulurkan tangan dikeyboard. Maklumlah jika idea sudah tiba dalam minda jika tidak dicatatkan di mana-mana mesti hilang idea tersebut. Moga ianya mampu menyampaikan mesej yang berguna. Untuk wanita dengan tajuk artikel pada kali ini "Perlukah wanita menggadai dara".

Tips membeli keperluan bayi

Isteri bakal bersalin? Baru pertama kali? Tak tahu barang apa nak beli? Macam-macam soalan. Jika anda singgah dalam blog ini pada hari ini dan seterusnya anda mungkin bertuah. Dapat hadiah? Hehe... Bukan hadiah nak bagi. Tapi nak bagi tips membeli keperluan bayi yang perlu sediakan sebelum menyambut kelahiran anak anda.

Kebetulan pula, kawan saya bakal menimang cahaya mata buat kali pertama. Pernah juga tanya pada dia dah beli barang-barang anak ke, dah cukup ke barang, dia pun masih terpinga-pinga sikit. 

Kenapa bayi menangis

Kenapa bayi menangis tiba-tiba, sebab bayi menangisKenapa bayi menangis? Mesti ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata tertanya-tanya (Macam saya dulu). Bagi mereka yang sudah ada 2 atau 3 atau 4 anak, perkara itu boleh diuruskan kerana sudah ada pengalaman. Ibu bapa memang tidak sampai hati melihat anaknya yang baru sahaja melihat dunia barunya tiba-tiba menangis tanpa diketahui puncanya. Kadang-kadang menggelabah jugak kan?

Mengapa cinta pertama sukar dilupakan

Melupakan cinta pertama, First Love, Lirik First Love - UtadaBanyak juga carian dalam Google mengenai tajuk "Mengapa cinta pertama sukar dilupakan". Bukannya apa, takut-takut bila sudah siap entri, sama pula dengan entri orang lain. Harap-harap tak jumpa entri yang sama dengan entri "Mengapa cinta pertama sukar dilupakan" yang saya akan kupaskan seperti dibawah.

Isteri suka bila suami...

Suami suka bila isteri... telah dibincangkan pada entri sebelum ini. Pada kali ini bagaimana pula dengan isteri? Saya akan memberi sedikit panduan pada suami tentang apa yang disukai oleh isteri yang boleh kita lakukan. Semoga ianya lebih mengeratkan hubungan suami isteri anda semua dan untuk saya juga.

Apa yang disukai oleh isteri? Pernahkah kita bertanya kepada isteri kita tentang apa yang disukainya? Atau pun kita tidak mahu tahu langsung dan hanya kehendak suami sahaja yang perlu dituruti?

Jangan sebut jangan kepada anak

Pengahalang kreativiti anak, perkembangan kreativiti anakMesti ramai orang yang tidak setuju dengan pendapat saya namun saya cuma ingin berkongsi kepada pembaca dan untuk diri saya sendiri demi anak-anak saya juga, Ashrukh Adhwa Aryan, Nur Ashieqa Najwa, Nur Allyssa Fasha, Naufal Ammar Rifqi, Nur Rania Adelia, Nur Raisha Aqeela.

Sesiapa pun yang tahu berbahasa Malaysia tentu tahu perkataan "Jangan". Apa maksud jangan dengan kreativiti anak? Tak bolehkah kita berkata "Jangan" kepada anak? Ianya boleh menghilangkan kreativiti anak?

Wanita gemuk salah lelaki

Kenapa wanita cepat gemuk, cara atasi masalah kegemukanWanita gemuk salah lelaki? Mengapa saya berkata begitu? Adakah saya berkata wanita gemuk salah lelaki secara suka-suka atau ada fakta di sebaliknya? Wanita gemuk salah lelaki yang dikongsikan pada kali ini adalahj pandangan saya sendiri dan buka dirujuk pada mana-mana kitab di dunia ini. Artikel ini tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

11 taktik memutuskan hubungan cinta

Pasti semua orang pernah bercinta atau dicintai seseorang dalam hidupnya. Seringkali orang mengatakan bahawa cinta itu indah, cinta itu membuat kamu seperti berada di mahligai syurga. Namun ada juga cinta yang berakhir dengan kekesalan. Ada juga cinta berakhir dengan tangisan. Tahukah anda bahawa jika anda mengalami situasi seperti dibawah bermakna cinta anda mungkin akan putus ditengah jalan.

Tips apabila anak demam panas

Cara ubat anak demam panas, cara rawat sawan tarikSekiranyanya anak kecil anda demam, pasti akan merunsingkan minda ibu bapa yang baru menimang cahaya mata. Maklumlah tiada pengalaman dan baru pertama kali menguruskan anak tentunya membuatkan ibu bapa sedikit kalut jika mengalami situasi anak demam panas atau lain-lain penyakit.

Biarlah hidup tidak mewah, yang penting anak-anak cukup sihat dan cukup makan. Anak adalah harta yang tidak ternilai, jika anda kehilangan mereka akibat kecuaian diri kita sendiri [Kecuaian ibubapa punca anak kemalangan], maka selama-lamanya kita menyesal dan menyalahkan diri sendiri. Situasi tadi sudah cukup membuktikan bahawa kita sanggup berbuat apa sahaja demi zuriat kita sendiri.

6 syarat mencari bini muda

Syarat tambah isteri, cara tambah biniPernah dengar orang kahwin 2? 3? atau 4? Mesti pernah dengar kan. Walaupun bukan kebiasaan dan kadang-kadang berlaku, saya juga terkena tempiasnya walaupun jauh sekali untuk mendapatkannya. Bila kita keluar outstation pasti ada cakap-cakap yang menuduh kita ada bini muda atau panggilan lebih manis adalah isteri muda.

Kenapa lelaki mahu bini muda? Perlu sangat ke bini muda untuk francais kan keluarga anda? Terpulang kepada kehendak individu masing-masing.

11 pantang lelaki, wanita jangan mencabar

Lelaki pantang dicabar, pantang lelakiAda juga lelaki jenis pantang tercabar, pasti "mengaum" dan ada juga lelaki dari jenis bila tercabar prestasi "mengaum". Apa maksud pantang bagi lelaki? Atau lelaki pun ada waktu pantang ke?

Istilah berpantang bagi lelaki juga digunakan dalam perbualan antara lelaki. "Man, bini ko berpantang sampai bila? 3 bulan ko berpantang nampaknya..." (Pantang di sini bermaksud tidak boleh bersama dengan isteri selama isteri berada dalam pantang).

10 sebab kenapa wanita cemburu

Perkara biasa ketika bercinta atau kehidupan berumahtangga pastinya situasi cemburu mendatangkan seribu masalah dalam perhubungan. Sukarnya menghadapi situasi begini bergantung kepada bagaimana pasangan menyelesaikannya.

Kadangkala disebabkan sifat cemburu banyak perkara boleh berlaku seperti putus tuang, hubungan renggang dan akhirnya berlaku penceraian. Malahan ada juga kes cemburu yang berakhir dengan kematian. Kenapa wanita cemburu?

20 Ciri-ciri lelaki idaman WANITA

ciri-ciri lelaki idaman, ciri lelakiLelaki sering bercakap tentang ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya tetapi adakah lelaki tahu bahawa wanita juga mempunyai ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya. Sama ada perlu atau tidak ciri-ciri lelaki yang disenaraikan adalah perlu diberi perhatian walaupun kita tahu lelaki bukan seorang yang sempurna tetapi jika memiliki kebanyakkan ciri-ciri yang tersenarai adalah kelebihan bagi lelaki mendapat tempat dihati wanita.

Ayat-ayat manis menggoda wanita

Cara goda perempuan, cara goda wanitaBarangkali wanita tidak tahu cara lelaki memikat hati wanita untuk mendapatkan sesuatu secara percuma kan? Ada juga lelaki yang menggunakan ayat manis untuk menjerat gadis, wanita, isteri orang dan seumpamanya. Tahukah bagaimana lelaki menggunakan ayat-ayat manis untuk menggoda wanita?

11 sebab kenapa perempuan kuat membebel

Wanita kuat membebelPernahkah anda menghadapi situasi wanita, kekasih, isteri, kawan perempuan membebel pada anda? Mungkin pernah atau pun belum lagi dibebel. Adakah membebel itu memang sifat wajib yang ada pada wanita? Mengapa kaum wanita memang dilahirkan dengan kepakaran membebel? Menurut [fakta], adakah ianya benar?

10 sebab berlaku skandal di tempat kerja

Skandal di tempat kerjaBiasa kita dengari istilah skandal di tempat kerja tidak kira lelaki atau perempuan. Lebih teruk lagi jika skandal di kerja itu berlarutan sehingga berlakunya adegan yang tidak sepatutnya dilakukan. Apatah lagi melibatkan pasangan yang telah memiliki suami atau isteri.Istilah skandal di tempat kerja tidak tertakluk hanya kepada pasangan yang telah berkahwin tetapi juga boleh terjadi kepada mereka yang telah mempunyai kekasih. Bagaimana skandal di tempat kerja boleh berlaku?

10 Sebab wanita memilih suami orang

Berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-27 dan ternyata bakat Yuna sebagai penyanyi memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kejuaraan malam tadi milik Aizat Amdan yang menyanyikan lagu Terukir Dibintang. Syabas diucapkan. Kita tinggalkan kisah kemenangan mereka di Anugerah Juara Lagu ke-27 dan kembali fokus kepada kehidupan seharian kita.

Suami suka bila isteri...

Mungkin para isteri pernah bertanya "Macamana nak buat suami lebih sayang pada aku?" atau ada juga yang berfikir "Adakah apa yang aku buat cukup membahagiakan suami aku?" atau seumpamanya. Lelaki kadangkala sukar diduga dan kadangkala juga kita susah memahaminya. [Fakta Lelaki], Namun setelah kita dipilih menjadi isterinya, ketahuilah bahawa kita adalah pilihan terbaik suami. Kita perlu berusaha untuk membahagiakan suami selain daripada memenuhi tuntutan batinnnya.