Ruang Iklan

10 sebab kenapa wanita cemburu

Perkara biasa ketika bercinta atau kehidupan berumahtangga pastinya situasi cemburu mendatangkan seribu masalah dalam perhubungan. Sukarnya menghadapi situasi begini bergantung kepada bagaimana pasangan menyelesaikannya.

Kadangkala disebabkan sifat cemburu banyak perkara boleh berlaku seperti putus tuang, hubungan renggang dan akhirnya berlaku penceraian. Malahan ada juga kes cemburu yang berakhir dengan kematian. Kenapa wanita cemburu?

Kebiasaannya cemburu dikaitkan dengan wanita. Namun perlu diketahui bahawa lelaki juga sebenarnya kuat cemburu cuma keegoan lelaki membataskan sifat cemburu mereka terbongkar. Pada kali ini saya cuma memberi fokus kepada sebab dan musabab wanita cemburu. 10 sebab kenapa wanita cemburu adalah seperti dibawah.

Sifat semulajadi. Memang lahiriahnya wanita mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh. Jika berlaku sedikit perkara yang mungkin remeh bagi lelaki, mereka merasakan perkara yang berlaku terlalu besar sehingga tidak dapat mengawal perasaan.

'Sharing is not caring'. Kamu adalah hak mereka dan kamu tidak boleh dikongsi. Itulah prinsip utama wanita dalam menjalinkan hubungan. Berbeza dengan lelaki, mereka masih mampu berkongsi (poligami) kasih dengan 3 lagi wanita. >>> Kenapa wanita kuat membebel, Fakta tentang lelaki, Dilema wanita dahulu dan kini

Rasa tergugat. Kadangkala sifat cemburu berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya. Pada rakan sekerja teman lelaki yang lebih cantik, orang yang bercakap dengan mereka dan yang lebih parah jika cemburu pada "salesgirl" yang "seksi". Apatah lagi pula mereka menganggap lelaki lebih pentingkan wanita yang cantik sedangkan sebaliknya bagi lelaki.

Terlalu sayang. Ada orang berkata "Cemburu tanda sayang". Betul ke begitu? Bila ada perasaan sayang, maka mereka akan cemburu, jika mereka tidak sayang pada teman lelakinya, maka mereka tidak mengambil serius tentangnya.

Tak suka dibandingkan. Kadangkala wanita tidak suka dibanding-bandingkan kelebihan orang lain dengannya. Contohnya: "Sayang, minah jual nasi lemak tu makin cantiklah, dulu tak macam tu..". Nah! Pernyataan mencari nahas. Pasti minah kurang satu pelanggan setiap hari kerana kedai minah telah di "banned".

Lelaki punya pasal. Jika cemburu tidak "bertempat" tentu tidak disukai lelaki. Tetapi ada juga lelaki yang bersikap bermata keranjang sengaja membuat pasangan cemburu.

Minta perhatian. Sesekali wanita akan bersikap keanak-anakkan dengan berpura-pura cemburu kerana inginkan perhatian yang lebih daripada lelaki. Daripada perkara yang sekecil-kecil zarah pun mereka cemburu. Harapan mereka, mereka mahu dipujuk!

Tidak suka persaingan. Bila lelaki sudah menjadi hak, mereka tidak mahu ada lagi persaingan. Jadi jika ada tanda-tanda wanita lain cuba mendekati pasangannya, cepat-cepat mereka berdiri disebelah! Itu tandanya mereka cemburu.

Takut kehilangan. Kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup wanita adalah sesuatu yang paling menyakitkan. Maka seboleh-bolehnya hak milik mereka dijaga dengan rapi sebelum orang lain merampasnya.

Setia dicabuli. Sudah tentunya wanita adalah insan yang jenis kuat cemburu. Ternyata kebanyakkan mereka adalah wanita yang setia terhadap lelaki. Jadi mereka akan cemburu kerana kesetiaan mereka dipandang lekeh oleh lelaki.

6 Comments

Semua sebab di atas boleh di terima.

@Bin Muhammad Hehe... Tu pun lepas dah puas siasat wife... :-)

betul tunang aku cemburu mcm kat atas walaupun aku duk diam xd buat pape.. asik menyinga je haha tapi aku tenang je sbb kita xd buat pape hnya duk diam..

Mungkin dia cemburu tanda sayang... siapa tahu kan... :-)

Slm,nk tnye cmne nk kurangkn prsaan cemburu ni. Bley bg tips x? Sy mmg pcye kt tunang sy,tp sy x pcye kt ex2 die. Sy tkot ex2 die akn pjuk rayu nk tunang sy blk. Tq

Wassalam.. Ex2 dia... macam ramai je kan... Sesuatu yang anda perlu tahu bahawa dia sudah pun menjadi tunang kamu... Jadi dirinya telah menjadi sebahagian milik kamu... Tanyakan pada tunang kamu sendiri... Apa respon dia tentang ex2 nya... Yang penting kamu jangan terlalu mendesak dan serlahkan kelebihan kamu supaya kamu menjadi seorang yang sangat istimewa di mata tunang kamu...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon