11 taktik memutuskan hubungan cinta

Pasti semua orang pernah bercinta atau dicintai seseorang dalam hidupnya. Seringkali orang mengatakan bahawa cinta itu indah, cinta itu membuat kamu seperti berada di mahligai syurga. Namun ada juga cinta yang berakhir dengan kekesalan. Ada juga cinta berakhir dengan tangisan. Tahukah anda bahawa jika anda mengalami situasi seperti dibawah bermakna cinta anda mungkin akan putus ditengah jalan.

Taktik untuk memutuskan hubungan dengan anda akan dibongkar pada entri ini supaya kamu mendapat petunjuk bahawa si dia akan mula meninggalkan kamu.

Pertamanya, si dia sentiasa memberi seribu alasan yang tidak masuk akal untuk membuatkan anda bosan. Anda akan merasa sesuatu yang tidak kena dengan si dia. Ada saja alasan yang diberikan untuk menimbulkan rasa jengkel kepadanya.

Keduanya, si dia jarang membuat panggilan dan menghantar mesej kepada anda apatah lagi untuk menghubungi anda. Alasan demi alasan diberikan olehnya membuatnya anda mula berasa tidak senang dengan tindakannya. Tentunya ianya mendatangkan pelbagai persoalan dalam fikiran anda.

Ketiga pula, si dia akan sentiasa mencari kesalahan anda dan membuatkan anda merasa serba salah. Apabila hubungan anda berakhir, dia tidak akan menganggap hubungan anda putus disebabkan olehnya tetapi meletakkan kesalahan kepada anda.

Keempat, membuatkan dirinya sentiasa sibuk dengan kerja adalah taktik yang paling mudah. Si dia akan mengatakan bahawa dirinya terlalu sibuk dengan project, overtime, outstation dan sebagainya.

Yang kelima pula, mencari orang baru untuk dijadikan kekasihnya supaya anda akan merasakan perubahan layanannya terhadap anda. Lambat laun hubungan curangnya pasti akan diketahui oleh anda dan jika terbongkar maka memudahkan si dia meninggalkan anda.

Keenam, melayan pasangannya dengan hambar adalah perkara biasa yang dialami oleh pasangan bercinta ketika disaat-saat akhir perhubungan percintaan. Jika dia tidak akan gembira dengan kamu dan pencalonan kamu sebagai bakal suami atau isteri pasti ditimbang semula.

Ketujuh, dia akan cuba buat sesuatu yang tidak disukai oleh anda. Contohnya jika anda tidak menyukainya datang lewat dalam temujanji, maka semakin bertambah lewat dia hadir.

Kelapan, dia akan tukar nombor telefonnya. Jika anda berjaya menjejakinya, dia akan berikan alasan pada pada anda bahawa dia kehilangan telefon bimbit. Hal ini mampu membuatkan anda 'lost contact' dan dia berjaya lari daripada anda jika anda tidak berjaya mencarinya.

Kesembilan pula, bertukar dan berpindah ke tempat lain adalah jalan radikal yang diambil olehnya. Ianya mungkin berlaku secara kebetulan sama ada disebabkan oleh tuntutan kerjayanya.

Kesepuluhnya, berterus terang dengan anda bahawa dia akan meninggalkan anda. Itu mungkin jalan terakhir yang dia dapat lakukan kepada anda.

Kesebelas dan terkahir, menyampaikan pesanan melalui orang ketiga adalah cara terbaiknya untuk tidak melihat anda menitiskan air mata. Berikan alasan kepada anda bahawa dia tidak mampu menjadi teman hidup anda dan berharap anda akan berjumpa dengan orang yang lebih baik daripadanya. 

Mungkin ada taktik lain yang pernah anda alami sebelum ini, bolehlah dikongsikan di sini. Jika anda sedang mengalami beberapa perkara di atas, ada kemungkinan sesuatu yang buruk akan berlaku antara anda dan pasangan.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon