Suami suka bila isteri...

Mungkin para isteri pernah bertanya "Macamana nak buat suami lebih sayang pada aku?" atau ada juga yang berfikir "Adakah apa yang aku buat cukup membahagiakan suami aku?" atau seumpamanya. Lelaki kadangkala sukar diduga dan kadangkala juga kita susah memahaminya. [Fakta Lelaki], Namun setelah kita dipilih menjadi isterinya, ketahuilah bahawa kita adalah pilihan terbaik suami. Kita perlu berusaha untuk membahagiakan suami selain daripada memenuhi tuntutan batinnnya.

Di awal usia perkahwinan, permintaan memenuhi tuntutan batin suami mungkin menjadi keutamaannya, lama-lama ianya tidak menjadi terlalu penting bagi suami. Perkara-perkara lain yang boleh kita buat untuk membuatkan suami tersenyum setiap hari juga amat berguna buat para isteri mengetahuinya. Apa yang diinginkan oleh suami?

Beberapa perkara yang suami suka bila isteri melakukan beberapa perkara untuknya adalah tips kehidupan dan kekeluargaan yang ingin dikongsikan kepada pembaca. Mungkin tidak 100% sama bagi setiap lelaki tetapi ianya boleh dijadikan idea untuk para isteri memuaskan hati suami.

Suami suka bila isteri mereka menjaga maruahnya. Sikap dan perangai buruk suami kadangkala tidak suka untuk dikongsikan kepada orang luar. Kadangkala kita terlepas cakap atau mengadu namun perkara itu boleh dimanipulasikan oleh orang lain untuk menjadikan rumah tangga kita terumbang ambing. Contohnya bila suami suka kentut. Nampak macam lucu tetapi bila diusik berlebihan, si suami juga akan panas telinga.

Suami juga suka bila isteri menyediakan keperluannya. Lelaki amat suka bila penyediaan keperluannya dimudahkan oleh isterinya. Walaupun tidak diminta, sikap proaktif si isteri membuatkan si suami menjadi lebih terurus dan perkara-perkara remeh telah disempurnakan oleh isterinya. Contohnya menggosokkan pakaiannya. Bila suami dalam keadaan tergesa-gesa, si isteri perlu membantu si suami memudahkan urusannya.

Isteri perlu hormati keputusannya. Dalam kehidupan berrumahtangga pasti berlakunya diskusi yang tidak rasmi mengenai hala tuju keluarga sehinggakan ada yang berakhir dengan bermasam muka. Walau apapun si isteri perlu menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh suami. Jika keputusannya salah, maka biarkan ianya belajar daripada kesilapannya dan jangan membuatnya tertekan dengan keadaan tersebut. Berikan sokongan dan galakkan mereka mendengar pandangan anda.

Sudah tanggungjawab isteri menyediakan makan dan minum suaminya. Jika anda tidak pandai masak sekali pun, sekurang-kurang sediakan segelas minuman untuk si suami. Pastinya dia memahami. Jangan mengharapkan si suami membuat air minumannya sendiri sedangkan dirinya mempunyai "pembantu" hidupnya. Terdapat banyak buku masakan atau recipe cookbook yang boleh anda dapat sama ada di kedai atau di internet. Practice makes perfect!

Jadi wanita yang mampu berdikari. Kebanyakkan suami suka bila isteri mereka pandai berdikari. Berdikari di sini bukan meliputi semua aspek tetapi tentang pengurusan rumahtangga. Contohnya keperluan dapur. Isteri yang bijak akan menguruskan rumahtangga dengan baik. Oleh itu kadangkala si isteri digelar "Ministry of Finance" walaupun tidak bekerja.

Tentukan isteri adalah ibu kepada anak-anak dan menjadi penjaga yang baik kepada anak-anaknya membuatkan suami lebih menyayangi anda. Keperluan hidup amat menuntut si isteri mempunyai kerjaya seperti suami tetapi itu bukan alasan anda mengabaikan tanggungjawab seorang isteri dirumah. Si isteri tetap juga perlu menguruskan anak-anaknya dan si suami akan suka bila si isteri mampu mengurusnya.

Suami memerlukan seseorang yang boleh menjadi good listener. Perkara remeh temeh yang tidak penting bagi isteri kadangkala penting buat suami. Jadilah pendengar setia tentang apa yang dikatakan oleh suami bagi menjaga hatinya. Contohnya bila suami meluahkan tentang masalahnya, sibuk mana pun anda pada saat itu, ambil ruang untuk mendengar seketika dan ianya nyata berkesan untuk memuaskan hati suami.

Kalau mampu si isteri juga boleh mengurut badan suami. Walaupun anda bukan pengurut yang baik tetapi jika suami memerlukannya cubalah jadi yang terbaik. Kelembutan tangan isteri mengurut suami pastinya dirindui suami. Apatah lagi jika si suami sedang sakit kepala. Urutan sebegitu amat diperlukan bagi mengurangkan sakit kepalanya. Jadi suami tidak perlu ke Reflexology Centre.

Isteri yang pandai bergurau memang menghidupkan suasana di rumah. Jangan harapkan suami membuat jenaka sepanjang masa. Mereka bukan Salih Yaakob untuk berbuat begitu. Kadangkala anda juga perlu menjadi seperti pelawak untuk membuat suami ketawa.

Apa yang penting isteri perlu taat pada perintah suami. Setinggi mana pun kedudukan isteri di pejabat ianya bukan alasan untuk anda berasa ego terhadap suami. Letakkan suami di kedudukan teratas dalam keluarga tentunya anda akan lebih bahagia.

Banyak lagi perkara yang baik boleh dilakukan oleh isteri untuk suaminya. Usaha berterusan oleh isteri untuk membahagiakan si suami pasti akan dirindui suami bila berjauhan. Apabila itu berlaku, pastinya anda adalah calon terbaik wanita syurga buatnya. Semoga rumahtangga anda lebih diberkati dan bahagia selamanya.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon