Wanita gemuk salah lelaki

Kenapa wanita cepat gemuk, cara atasi masalah kegemukanWanita gemuk salah lelaki? Mengapa saya berkata begitu? Adakah saya berkata wanita gemuk salah lelaki secara suka-suka atau ada fakta di sebaliknya? Wanita gemuk salah lelaki yang dikongsikan pada kali ini adalahj pandangan saya sendiri dan buka dirujuk pada mana-mana kitab di dunia ini. Artikel ini tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Mengapa wanita gemuk lelaki pula yang persalahkan? Apa salah lelaki? Lelaki tidak mampu mengubah saiz badan wanita supaya menjadi gemuk. Betul, memang betul. Tetapi tahukah wahai lelaki bahawa atas beberapa faktor yang akan saya sebutkan di bawah sebenarnya memang lelaki adalah penyebab segelintir wanita menjadi gemuk tanpa disedari.

Wanita gemuk? Wanita gemuk disebabkan beberapa faktor. Baka, cara hidup, tabiat pemakanan dan ada juga menjadi gemuk disebabkan terlalu senang hati, Fakta, berdasarkan nasihat pemakanan seimbang dan diet sihat, mereka mensyorkan waktu pemakanan yang paling lewat adalah pada waktu petang di antara jam 6 pm dan 7 pm selewat-lewatnya.

Cuba fikirkan semula situasi dibawah yang mungkin menjadi alasan mengapa lelaki patut dipersalahkan bila wanita menjadi gemuk. Percaya atau tidak, setuju atau tidak, ia memang berlaku. Bila malam menjelma "Ayang, dah tidur ke? Jom kita keluar makan? Nak tak? Jomlah temankan saya, saya boringlah makan sorang-sorang". Nah itulah ucapan teman lelaki anda? Bila waktu makan menjelma "Awak nak makan kat mana? Kita makan fast food je nak tak? Kita drive-thru. Cepat. Saya malas nak beratur". Mungkin wanita pernah mengalami situasi sedemikian rupa.
Bila malam menjelma "Awak, jom kita tengok konsert, tak pun kita pergi clubbing, kalau awak tak nak kita pergi Jom Heboh".... Kalau dah pergi tempat-tempat macam tu, pasti haus, lapar. Akhirnya, makan tak ingat dunia.

Bila waktu makan menjelma "Awak siapkan anak-anak, malam ni kita makan kat restoran ikan bakar, lepas maghrib kita bertolak" Ada juga suami yang susah nak fikir tentang diet isterikan?

Bila malam menjelma "Awak, saya nak jumpa awak, kejap je, kat kedai mamak" Kedai mamak? Tentunya buka 24 jam, pekena roti canai sedap jugakkan?

Bila waktu makan menjelma "Awk, jom makan? Saya belanja.." Wah! Seronoknya jadi perempuan, hari-hari ada orang belanja, makin gemuk la nampaknya.

Bila malam menjelma "Sayang, tolong masakkan meggi, lapar pulak abang, masak untuk ayang sekali..." Kalau sebut meggi, tak pasal-pasal isteri tumpang sekaki.

Bila waktu makan menjelma (Wanita) "Awak saya tengah diet ni" , (Lelaki) "Ala, tak payah nak diet, awak tu gastrik, nanti sakit kan susah, siapa yang susah? Saya juga. Awak tak sayang saya?.

Bila malam menjelma "Abang, saya nak beli suppliment untuk kuruskan berat badan la bang, saya tengok kat cermin, dah macam buah lai dah, malu saya bang"."Awak nak malu apa? Bukannya awak tak kahwin lagi... Apa nak risau?" Tentunya suami anggap gemuk itu menawan. Tips wanita mendapatkan pasangan hidup.

Mungkin wanita pernah mengalami situasi begini. Mahukan diet tetapi disebabkan sayang pada lelaki atau suami maka kehendak diri sendiri terpaksa dipinggirkan. Ada juga yang membiarkan sahaja kegemukkan hingga akhir hayat, ada juga yang dalam diam-diam mengamalkan diet. Namun jika wanita gemuk mengalami perkara yang sama seperti diatas, bolehlah anda menyalahkan lelaki kerana menjadikan anda seorang wanita yang gemuk.

2 Comments

haaa bab megi tu biasa buat huhuu

@IffahRinaHehe.. Kekadang saya pun suruh wife buat... :-)

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon