Makan sedap makan sihat

Himpunan makanan dengan rupa, rasa dan warna berbeza memperlihatkan keunikan Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Setiap kaum menyumbang kepada variasi makanan yang terdapat di Malaysia. 

Berbekalkan makanan tradisi kaum masing-masing yang diwarisi turun temurun menjadikan industri makanan di negara ini sentiasa mempunyai ruang untuk menambah pendapatan apabila diminati oleh kaum lain.

Rahsia kejelitaan isteri

Setiap wanita menginginkan dirinya kelihatan cantik dan jelita di mata suami. Bagi mereka, jika dirinya tidak "jelita" suaminya pasti akan mencari yang lain. Betul ke semua lelaki begitu? Ada wanita yang sanggup mengeluarkan belanja beribu-ribu banyaknya semata-mata untuk menjelitakan diri. Sama ada untuk alat kosmetik, makanan tambahan, alat senaman dan lain-lain. Semuanya dibuat hanya dengan tujuan yang satu "Menyerlahkan kejelitaan kepada suami agar dirinya sentiasa menjadi pilihan suami".

Tips menghilangkan sakit kepala

Tips menghilangkan sakit kepalaSakit kepala bukan kepalang lagi. Mulalah mencari ubat untuk menahan sakit. Satu rumah digeledahnya. Tapi tak jumpa walau satu biji panadol pun. Kepala makin sakit. Nak tidur pun tak boleh. Pusing kiri pusing kanan. Tak tahan lagi.

Mungkin anda pernah mengalami situasi seperti di atas. Atau lain-lain situasi yang menyebabkan anda tidak ada mood, tidak boleh buat kerja akibat daripada kesakitan kepala yang amat sangat.

12 situasi wanita bertudung

Cara memakai tudung, fesyen tudungFesyen bertudung berkembang sangat pantas di negara ini. Saban tahun macam-macam gaya yang diketengahkan oleh penggemar fesyen tudung. Tidak kira artis ataupun kalangan wanita biasa, kadang kala masa yang diperlukan untuk memakai tudung lebih lama daripada membeli tudung.

Kenapa wanita taksub terhadap fesyen tudung selain daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah? Pemakaian tudung telah digariskan dalam Islam namun bertudung dilihat sebagai bukan tuntutan tetapi trend, fesyen dan aksesori. Sebahagian wanita pula menganggap bertudung adalah wajib bagi wanita. Alhamdulillah.

Ramainya kaum wanita di neraka

TERDAPAT hadis Nabi s.a.w yang menceritakan keadaan di neraka, antaranya ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat seksaan disebabkan dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Rahsia skandal terbongkar

Skandal di pejabat, Merujuk kepada artikel bertajuk "10 sebab berlaku skandal di tempat kerja" yang telah saya post sebelum ini, fary meminta tips untuk menghadapi rakan sekerja yang terlibat dalam aktiviti skandal. Jika melihat kepada komen yang dihantar (gambar dibawah), ternyata orang yang melakukan skandal itu adalah seorang lelaki.

Fary merasa kasihan terhadap isteri rakannya itu dan saya berusaha membantu melalui tips membongkar rahsia skandal bagi menghalang usaha skandal di tempat kerjanya berlarutan sehingga tidak dapat dikawal.

Bahagiakah rumahtangga anda?

Membina keluarga bahagia, rumahtangga bahagia.Rumahtangga adalah syurga dunia bagi sepasang suami dan isteri. Rumahtangga juga boleh menjadi neraka bagi suami dan isteri. Bahagiakah rumahtangga anda? Bagaimana pula anda ingin menilai sejauh mana anda bahagia bersama pasangan anda? Perbezaan pendapat tentang kebahagian rumahtangga adalah hak individu. Ada orang mengatakan bahagianya rumahtangga terletak pada kewangan yang kukuh. Ada juga orang mengatakan rumahtangga yang bahagia tiada pergaduhan yang berlaku.

Perlukah wanita menggadai dara

Dara wanita, Apa itu selaput dara wanitaTetiba hari ini saya rasa nak bermadah. Entah madah apa pun saya tak tahu. Terlintas dalam kepala ini lantas dengan kadar segera menghulurkan tangan dikeyboard. Maklumlah jika idea sudah tiba dalam minda jika tidak dicatatkan di mana-mana mesti hilang idea tersebut. Moga ianya mampu menyampaikan mesej yang berguna. Untuk wanita dengan tajuk artikel pada kali ini "Perlukah wanita menggadai dara".

Tips membeli keperluan bayi

Isteri bakal bersalin? Baru pertama kali? Tak tahu barang apa nak beli? Macam-macam soalan. Jika anda singgah dalam blog ini pada hari ini dan seterusnya anda mungkin bertuah. Dapat hadiah? Hehe... Bukan hadiah nak bagi. Tapi nak bagi tips membeli keperluan bayi yang perlu sediakan sebelum menyambut kelahiran anak anda.

Kebetulan pula, kawan saya bakal menimang cahaya mata buat kali pertama. Pernah juga tanya pada dia dah beli barang-barang anak ke, dah cukup ke barang, dia pun masih terpinga-pinga sikit.