Ruang Iklan

12 situasi wanita bertudung

Cara memakai tudung, fesyen tudungFesyen bertudung berkembang sangat pantas di negara ini. Saban tahun macam-macam gaya yang diketengahkan oleh penggemar fesyen tudung. Tidak kira artis ataupun kalangan wanita biasa, kadang kala masa yang diperlukan untuk memakai tudung lebih lama daripada membeli tudung.

Kenapa wanita taksub terhadap fesyen tudung selain daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah? Pemakaian tudung telah digariskan dalam Islam namun bertudung dilihat sebagai bukan tuntutan tetapi trend, fesyen dan aksesori. Sebahagian wanita pula menganggap bertudung adalah wajib bagi wanita. Alhamdulillah.

Kita lihat apakah yang dimaksudkan bertudung dalam kaca mata wanita kini yang mungkin boleh dijadikan iktibar. 12 situasi wanita bertudung yang mungkin anda lakukan.
  1. Aku akan bertudung bila sudah sampai seru aku memakainya. Perkataan seru sering digunakan untuk mengelakkan menunaikan tanggungjawab dalam aspek pemakaian tudung.
  2. Aku rasa aku tidak sesuai bertudung kerana bila aku bertudung muka aku nampak bulat, gemuk dan tidak menawan. Nilai kecantikan menjadi keutamaan daripada nilai pahala dan dosa bagi wanita.
  3. Aku tak nak pakai tudung cara lama sebab aku generasi X,Y yang moden. Aku tak nak dilabel sebagai ketinggalan zaman. Istilah fesyen sebenarnya telah banyak mengurangkan kebaikkan pemakaian tudung oleh wanita.
  4. Aku akan bertudung selepas aku balik daripada umrah atau haji. Jika begitu hendaknya bagaimana pula jika tidak berkesempatan menunaikan ibadah itu. Sama ada memakai tudung bagi menjada maruah sebagai bekas tetamu rumah Allah SWT, ianya tidak boleh menjadikan alasan kepada wanita.
  5. Aku mahu pinjam tudung engkau sebab aku nak menziarah orang meninggal dunia. Pemakaian tudung bila perlu sebegini adalah menjadi amalan wanita zaman sekarang. Bila menghadiri majlis keagamaan barulah timbul niat memakai tudung.
  6. Aku nak cuba fesyen tudung artis ini. Tudung adalah fesyen dan bukan tanggungjawab. Makin ramai pengikut fesyen tudung yang mengarut, makin banyak lah dosa kering yang diterima pelopor fesyen baru yang tidak mengikut garis panduan agama Islam. (Skim MLM dosa kering)
  7. Aku nak pakai tudung bila jumpa bakal mak mertua. Memakai tudung semata-mata untuk mengambil hati bakal mak mertua. Boleh ke macam ni?
  8. Aku mahu bertudung kerana aku takutkan azab Allah SWT. Aku bertudung kerana Allah SWT. Ini yang terbaik (ala-ala boboboy)
  9. Aku terpaksa pakai tudung sebab aku bersekolah. Yang ni memang kebiasaan berlaku. Bila habis sekolah, habis tudung tak tahu kemana.
  10. Aku dah tutupkan rambut aku sebab orang pakaikan kain kapan pada aku. Rasa-rasa mahu sampai tahap ni ke?
  11. Bila aku dah berkahwin baru aku pakai tudung sebab bakal suami aku suka orang yang memakai tudung. Lebih baik menjadi kenyataan daripada omong kosong.
  12. Aku akan pakai tudung bila aku pergi keluar rumah. Namun jika ada orang yang bukan muhrim dirumah anda, lebih baik menutupnya kerana yang wajib tetap wajib.
Walau apapun istilah bertudung yang difahami oleh wanita, sudah acapkali perkara ini diingatkan oleh  para ilmuan agama, tetapi malangnya masih ramai tidak menyedarinya. 

Dan bagi pihak pemerintah, tiada pula dilihat pada papan iklan di tepi jalan bagi hal-hal melibatkan agama kecuali di pintu masuk masjid. Kerajaan perlu menunaikan tanggungjawab kerana negara Malaysia negara Islam. 

Jika anda fikir anda bukan muslim atau muslimah yang terbaik, cubalah mencari hidayah supaya kembali bertaut kepada ajaran Islam sebenar. Berubah untuk memakai tudung walaupun pada lewat usia lebih baik daripada tidak memakainya langsung atau memakai dengan cara yang tidak mengikut garis panduan  dalam Islam.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/12-situasi-wanita-bertudung.html

P/S Bersama ingat mengingati walaupun anda fikir anda tidak layak kerana anda mampu mengubahnya dan mudah-mudahan anda juga berubah.

4 Comments

tak baik tul pakai tudung macam tu,macam nak senda2kan agama lak

Hehe... Betul tu, tapi itulah realiti... :-)

Hehe... Tak dapat komen tapi dah baca okla tu.. :-)

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon