Perlukah wanita menggadai dara

Dara wanita, Apa itu selaput dara wanitaTetiba hari ini saya rasa nak bermadah. Entah madah apa pun saya tak tahu. Terlintas dalam kepala ini lantas dengan kadar segera menghulurkan tangan dikeyboard. Maklumlah jika idea sudah tiba dalam minda jika tidak dicatatkan di mana-mana mesti hilang idea tersebut. Moga ianya mampu menyampaikan mesej yang berguna. Untuk wanita dengan tajuk artikel pada kali ini "Perlukah wanita menggadai dara".

Budak-budak zaman sekarang, kononnya semakin maju dan terkedepan, tetapi dalam satu hal lain, sangat mundur akal fikiran. Bila berkata-kata tinggi melangit, egois dan kaya nafsu semata-mata. Perlukah wanita menggadai dara hanya kerana cinta?

Cinta adalah anugerah yang dipinjamkan Allah SWT untuk hamba Nya. Pinjaman sementara itu hanya untuk merasai nikmat kasih sayang dan berpasang-pasangan. Adakah cinta merelakan dara tergadai? Berbaloikah dara digadai hanya kerana cinta yang belum pasti bahagia akhirnya? [Apa perlu aku buat jika aku mangsa rogol]

Cerita tauladan dan pengajaran telah banyak dipaparkan. Namun kerakusan lelaki meragut mahkota wanita semakin meningkat. Apalagi wanita yang mudah tertewas membenarkan serta membuka peluang "bagai mengantuk disorongkan bantal." Akibatnya menangis berlagu kemudian hari. Menyesal dan merana sehingga sanggup merosak diri. Untuk apa meratap episod duka yang disebabkan oleh salah sendiri.

Peluang dan ruang yang ada perlu ditutup secara rapat. Pakaian dan bahasa kadang-kadang memusnahkan diri. Percaya pada janji lelaki [Ayat-ayat manis menggoda wanita] adalah jerat kepada diri sendiri. Muhasabah wahai wanita dan jangan terjerumus dengan helah lelaki. Jika masyarakat semakin rosak bagaimana negara akan ditadbir kelak. Bagaimana pula saya mahu melepaskan anak-anak perempuan pergi terlalu jauh dari pandangan.

Salahnya bukan pada ibu bapa. Nafsu dan akal yang cetek mendorong wanita bebas bergaul sesama lelaki. Kunokah anda bukan persoalannya. Tetapi yang suka adalah lelaki. Tanpa membeli sudah merasa. 

Saya suka mengingatkan diri saya. Memberi peringatan agar menjadi ayah sempurna. Tetapi takut gagal kerana kita boleh berusaha tetapi dunia terlalu luas. Tak dikejar takut ketinggalan zaman. Dikejar takut terjatuh.

Bersama-sama saya mengharapkan. Wanita tidak perlu menggadaikan dara. Simpan untuk lelaki yang sah. Simpan untuk memberi lelaki satu senyuman puas. Simpan untuk mendapatkan syurga. Demi kebaikanmu, seorang hamba bergelar wanita.

2 Comments

Tapi banyak kan kes berlaku cmtu... :-)

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon