Ruang Iklan

Rahsia kejelitaan isteri

Setiap wanita menginginkan dirinya kelihatan cantik dan jelita di mata suami. Bagi mereka, jika dirinya tidak "jelita" suaminya pasti akan mencari yang lain. Betul ke semua lelaki begitu? Ada wanita yang sanggup mengeluarkan belanja beribu-ribu banyaknya semata-mata untuk menjelitakan diri. Sama ada untuk alat kosmetik, makanan tambahan, alat senaman dan lain-lain. Semuanya dibuat hanya dengan tujuan yang satu "Menyerlahkan kejelitaan kepada suami agar dirinya sentiasa menjadi pilihan suami".

Dimana letaknya kejelitaan isteri dari kaca mata suami? Pernahkah anda tanya kepada suami apa yang membuatkan mereka suka tentang diri kamu? Atau kamu malu untuk bertanya? Rahsia kejelitaan isteri, ketahuilah.

Dalam kes ini kita tidak melihat situasi BF-GF kerana semasa bercinta semuanya cantik-cantik belaka. Saya fokuskan kepada suami dan isteri agar ianya memberi sedikit rahsia kejelitaan isteri supaya wanita dapat memperbaiki "kejelitaannya" di mata suami untuk mencapai rumahtangga yang bahagia. [Bahagiakah rumahtangga anda]

Isteri jelita bila isteri menjaga penampilan dirinya. Penampilan diri meliputi beberapa perkara luaran isteri contohnya cara isteri berpakaian. Walaupun kadang-kadang ada suami buta fesyen tetapi mereka tetap mahukan isterinya mengambil tahu tentang fesyen.

Isteri jelita bila isteri menjaga perilakunya. Isteri yang mempunyai perilaku yang beradab, sopan santun, taat dan apalagi jika menjadi bualan jiran setempat kerana perilaku baik anda itu. Pastinya hidung si suami kembang semangkuk.

Isteri jelita bila isteri menjaga kesihatannya. Cantik pun kalau tidak sihat zahir dan batin pun tak gunakan? Lama-lama layu juga. Jadi kesihatan wanita perlu menjadi keutamaan. Kesihatan perkara yang penting untuk membekalkan isteri tenaga yang cukup untuk melayan anak-anak dan suami.

Isteri jelita bila isteri menjaga 2 perkara penting suaminya. Apa 2 perkara itu? Satu adalah makan dan minum suami. Kedua adalah memenuhi batin suami. Jika kedua perkara ini sentiasa dijaga oleh isteri, jelitalah kamu di mata suami.
    Perkara diatas jika diambil perhatian oleh isteri mampu membuatkan hati si suami terpaut [Suami suka bila isteri] dan sukar untuk melepaskanmu. Seliar manapun suami kamu pergi akhirnya balik ke kandang juga. Bagi suami, kejelitaan isterinya bukan setakat terletak pada raut wajah yang menarik dan cantik sahaja (bonus bagi suami), tetapi ianya lebih kepada peranan kamu sebagi isterinya dalam rumahtangga.

    Kejelitaan isteri dari kaca mata suami bukan hanya terletak pada wajah dan bentuk fizikal isteri sahaja. Ada suami gemuk tapi isteri kurus, ada isteri gemuk [Wanita gemuk salah lelaki] tapi suami kurus, ada suami tak berapa hensem tapi isteri cantik, ada isteri kurang cun tapi suami hensem habis, tapi itulah keindahan manusia. Berbanggalah dengan diri kamu.

    6 Comments

    mohon kopi-pasta tq :)

    http://www.khairilmazri.com

    Salam PD,
    Isteriku adalah paling jelita dimataku...
    Apabila anda menerima seseorang sebagai pasangan anda, pastinya dialah paling jelita luar dan dalam...terbaik buat anda.
    Jika masih ragu2...jangan cuba untuk berpasangan.

    Betul tu BM, jangan pula wanita berasa ragu dengan pilihan suami.....

    salam
    Wow
    Menarik

    Terima kasih sudi doakan anak ta.amin

    Tq TA. Doa yang baik untuk seorang sahabat....

    Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
    EmoticonEmoticon