Ruang Iklan

Tips membeli keperluan bayi

Isteri bakal bersalin? Baru pertama kali? Tak tahu barang apa nak beli? Macam-macam soalan. Jika anda singgah dalam blog ini pada hari ini dan seterusnya anda mungkin bertuah. Dapat hadiah? Hehe... Bukan hadiah nak bagi. Tapi nak bagi tips membeli keperluan bayi yang perlu sediakan sebelum menyambut kelahiran anak anda.

Kebetulan pula, kawan saya bakal menimang cahaya mata buat kali pertama. Pernah juga tanya pada dia dah beli barang-barang anak ke, dah cukup ke barang, dia pun masih terpinga-pinga sikit. 

Dalam menyediakan keperluan bayi perlu mengambil kira aspek keselamatan, keserasian dan kesesuaian kulit anak dengan produk yang kita beli. Seperti contoh anak saya. Semasa saya membelikan set mandian Fiffy, kulitnya menjadi kemerah-merahan dan seperti tidak serasi. Jadi saya cuba pula set mandian Johnson & Johnson. Alhamdulillah semuanya ok.

Begitu juga dengan lampin pakai buang (Pampers). Segelintir kulit bayi mungkin tidak sesuai dengan satu produk dan sesuai pula dengan produk lain. Jadi semasa memikirkan barang apa yang perlu dibeli, perlu juga fikir keserasian bakal anak yang lahir. Jika tidak rugi pula anda beli tetapi tidak dapat digunakan.

Tips: Beli Newborn Pampers dalam kuantiti yang kecil dahulu. Jika serasi bolehlah teruskan. Jika tidak cuba jenama lain.

Bagaimana pula dengan barang-barang lain? Tiada idea nak beli apa? Mana nak cari checklist? Rasanya kalau nak cari checklist, bawa pen dan kertas jumpa mak ayah dan list down apa yang mereka cakap. Bukannya takut ada barang yang tertinggal untuk kita sediakan bagi menyambut anak kita. Bagi memudahkan anda memikirkan apa yang perlu dibeli cuba lihat pembahagian keperluan anak seperti Keperluan barang semasa lahir dan Keperluan barang selepas kelahiran.

Kemudian kembangkan tajuk semasa lahir apa yang diperlukan. Saya beri sedikit senarai buat panduan untuk memudahkan lagi. Barang-barang keperluan bayi semasa menyambut kelahiran. Barang ini kalau boleh standby dan dibawa bersama ke hospital.

Pampers (Newborn Pampers), Lampin, Tuala, Selimut, Sarung kaki, Sarung tangan, Topi (Penutup kepala), Puting (Tidak digalakkan), Bengkung bayi, Baby Wipes, Set Mandian, Bedak? Kalau boleh jangan beri bayi bedak dulu. Takut anak alahan debu bedak (Asthma) atau mengalami alahan kulit (Eczema), Beg bayi untuk menyimpan semua maklumat dan keperluan bayi. Selain dari itu adalah keperluan tambahan sahaja.

Kalau anak anda mahu diberikan susu walaupun susu ibu adalah yang terbaik, belilah keperluan lain seperti Thermos, botol dan lain-lain yang disimpan rapi. Kemudian senaraikan pula barang-barang bayi untuk digunakan selepas lahir.

Tab mandian, Tilam, Bantal, Kelambu (Jika perlu), Bakul baju kotor khas, Pencuci baju bayi, Penyangkut baju khas bayi, Buaian (Bayi belum sesuai), Katil bayi (Jika mahu) dan lain-lain keperluan tambahan.

Semua barang yang perlu disediakan bergantung kepada kemampuan anda. Harga bukan penting bagi bayi kerana mereka cepat membesar. Namun jika anda penting jenama dan kualiti tidak menjadi masalah jika mampu.

Apa yang penting keperluan asas diutamakan semasa membeli keperluan bayi dan jangan membazir pada benda yang tidak penting kerana membazir amalan syaitan.

2 Comments

thx sbb sudi singgah laman santai leeza..... moga kita sama2 terus sukses dlm dunia log.

@Leeza dayasari [santai leeza]Hehe... blogwalking blog otai2.. InsyaAllah... Amin....

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon