Ruang Iklan

Membuat pilihan: KELUARGA atau KERJAYA?

Pilih keluarga atau utamakan kerjaya.Dalam hidup yang penuh mencabar ini, kadangkala kita tersepit dalam membuat keputusan yang terbaik dalam hidup di dunia. Sama ada anda lebih mengutamakan keluarga ataupun anda mementingkan kerjaya. Rezeki memang ada dimana-mana. Namun memiliki keluarga adalah impian dan memiliki kerjaya adalah jaminan. Mana satu yang menjadi keutamaan? Jika memilih keluarga, anda hilang pendapatan yang mampu digunakan untuk masa hadapan. Jika memilih kerjaya, mungkin ianya mengguriskan hati pasangan masing-masing.

Masalah seperti ini pernah terjadi pada anda? Mengapa? Adakah disebabkan anda berasa sangat selesa dengan kerjaya anda? Atau anda memikirkan anda banyak membantu keluarga melalui kerjaya anda? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran anda sebelum anda membuat pilihan yang terbaik untuk hidup anda dan keluarga.

Bagi isteri, tentunya suami yang berhak membuat keputusan terbaik untuk anda. Atau juga bagi suami anda perlu memikirkan kedua-duanya memandangkan andalah tempat keluarga bergantung. Bagi mereka yang belum berumahtangga mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Atau bagi mereka yang masih belum mempunyai anak, ianya merupakan pengorbanan kecil dalam meniti kebahagiaan hari mendatang.

Ada juga mereka yang berjauhan selama beberapa bulan, tahun dan ada juga kes yang pernah berlaku, ada anggota keselamatan berjauhan dengan pasangan selama 10 tahun. Semuanya disebabkan kerjaya. Ada juga yang sanggup berhenti kerja semata-mata demi bersama keluarga tercinta. Namun akan menjadi isu, mampukah menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat?

Pada masa ini, mendapat kerjaya yang anda minati atau sukai memang sukar untuk dijangka. Ada kerja letih tapi gaji besar, ada kerja letih tapi gaji kecil, ada kerja biasa-biasa, gaji pun biasa dan ada juga yang masih tidak mempunyai kerja tetap. Mulalah bakal mertua bising "Suruhlah bakal suami kamu cari kerja yang stabil sikit". Bila sampai ke pengetahuan anda, pasti ianya merunsingkan fikiran anda.

Kewajaran pertimbangan amat diperlukan saat berlakunya situasi seperti ini. Perancangan, persetujuan bersama, kerjasama dan kesetiaan [Bagaimana menguji kesetiaan kekasih] dalam keluarga amat penting. Dorongan dan motivasi antara pasangan tentunya membuatkan perkara yang sulit menjadi mudah. Dan yang paling penting kepercayaan sesama pasangan. Ibarat peribahasa melayu "Yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran". Wanita cemburu bila berjauhan, suami cemburu dengan isteri, skandal ditempat kerja berlaku dan banyak lagi isu yang perlu dihadapi. [Sebab kenapa wanita cemburu][Suami cemburu buta][Sebab berlaku skandal ditempat kerja]

Menarik perhatian saya berkenaan ayat seorang kawan "Dalam meniti kehidupan dalam sebuah keluarga, 5 tahun pertama adalah saat yang sukar bagi kamu, kemudian itu, ianya akan menjadi mudah". Bersama kita renungkan. Mungkin ada benarnya. Manusia hidup bersandarkan sejarah. Manusia berubah berdasarkan pengalaman.

Namun secara asasnya, membuat pilihan sama ada memilih keluarga atau kerjaya memerlukan perancangan yang sangat teliti. Kematangan dalam membuat keputusan akan membuahkan hasil yang bermakna dalam hidup anda. Setiap yang berlaku dalam hidup adalah sejarah bagi diri anda, pasangan dan keluarga. Jangan sampai keluarga jadi sejarah.

Bagi seorang wanita, seeloknya hidup disisi suami lebih bermakna. Setinggi mana wang yang diperolehi tidak mampu menyemai kasih sayang dan membeli berkah suami. Bagi suami, sudah menjadi tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga, dimana ada sumber disitu tempat dituju. Yang penting adalah mencari kebahagiaan rumahtangga [Bahagiakah rumahtangga anda?] demi dunia dan akhirat. Dalam membuat pilihan antara keluarga atau kerjaya, mana satu pilihan anda?

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon