Bagaimana mengenalpasti golongan wanita gedik? Apa maksud gedik? Mari kita lihat takrifan gedik di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat). Gedik bermaksud bp = tergedik-gedik lincah (bukan gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan seperti kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. Manakala maksud gedik dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan gedik bermaksud , = tergedik-gedik lincah. Jadi apa maksud yang benar? Terketar-ketar atau lincah.
Pada pendapat saya, maksud gedik yang merujuk kepada seorang perempuan atau wanita gedik adalah seperti ciri-ciri golongan wanita gedik yang dikongsikan dibawah ini.
Terkinja-kinja - Tak kira majlis apa pun, dia memang selalu menjadi perhatian. Gelak ketawa dan gurauan berlebihan seperti tidak menghormati tetamu lain. Baginya merasa puas jika dirinya menjadi perhatian. Kadangkala perhatian sebegitu rupa, lama-lama membuatkan orang meluat dengan diri kamu.
Manja tak bertempat - Depan orang ramai pun dia tak peduli. Perbuatan manja tak bertempat juga membuatkan orang lain "menjeling dengan loya" perbuatan kamu. Jadi perhatikan keadaan sekeliling kamu jika mahu bermanja!
Suka menonjol - Bermacam cara dilakukan supaya dirinya lebih menonjol daripada orang lain dalam satu-satu keramaian. Menjadi popular dengan cara yang tidak sepatutnya membuatkan kamu layak digelar wanita gedik.
Mengada-ngada - Bagi sesetengah lelaki, wanita yang mengada-ngada tak tentu pasal juga membuatkan mereka rimas. Jadi jangan mengada-ngada melampaui batas dengan melebih-lebih kerana perbuatan itu membuatkan lelaki menjauhi untuk mendampingi kamu dikhalayak ramai.
Perasan - Cantik tidak semestinya gedik dan gedik tidak tentunya cantik. Perasaan perasan jika kamu menjadi tumpuan lelaki memang perkara yang perlu dielakkan. Mereka mungkin melihat kearah kamu tapi mungkin mereka suka pada teman kamu. Jadi jangan kamu perasan diri kamu yang mereka bincangkan.
Sebenarnya perbuatan gedik ini mungkin terhasil daripada sifat semulajadi seseorang wanita sejak lahir namun perilaku ini beradaptasi dengan keadaan sekeliling hari demi hari. Jika perbuatan gedik ini tidak dikawal, perilaku gedik ini akan menjadi satu tabiat yang kurang menyenangkan orang disekeliling kamu. Selesakan diri kamu dengan situasi semasa dan jadilah gedik hanya untuk suami kamu sahaja.Bentuklah 20 ciri-ciri wanita idaman lelaki dalam diri kamu.
52 Comments
Salam kenal bro...singgah sni n terus folow...
Marah nnt awek2 baca entry ko ni bro...hee3...
Wassalam... haha... yang marah tu mesti gediks kan... hihi...
Kalau lelaki gedik pula macamana?
Kalau terlebih gedik dah jadi auw kot.. :-)
Assalammualaikum... PD,
wahh..best entry nie... jarang orang buat entry pasal gedik nie..
mselim3
Waalaikumussalam Mohd Selim.. Terima kasih kerana menyokong... :-)
Gedik
..... Sabar jelah kalau korang di panggil gedik.. Gedik tu tanda kita happy... Diorang jeles lantak pi ah.
amboi....diaaaaa...tuuuhaaadiaaa naahhhhh...
nsib baik aku seorg yg brutal...not gedix....euwww
Yang penting happy! Yeah! :-)
Naaahhhhhh ! :-)
Line2 Bandi Amuk ni ye? :-)
Bg aku laki gedik bila dia buat emoji. Orgnya mst sklh rndh lg ni. Hahaha jkjk #bilaperempuanberbicara
Haha... Emoji ala2 cute ke? :-)
smua tu pasal gedik ngan laki . kalau gedik gedik ngan kawan je ? ngan laki sombong ! haaaaaaa camne tuuuhh
gedik gedik pun laku lah��
entah
Entry yg bagus
Ada jenis lelaki memang suka wanita gedik kan... Hehe
Terima kasih...
Yang tu saya kurang arif, sebab saya lelaki... :-)
Macam². Nk gena mau sesetengah perempuan mmg dah gedik.. so sbgai laki.. kena kna lah. Ajar dea tak tergedik², tegur dea elok².. klau dea tak berubah juga.. tinggai cari lain..
Betul tu, rasanya bila dah jadi isteri, gedik tu dah boleh kurang sikit... Sebenarnya bila gedik ditempat awam tu yang kurang sesuai sikit...
Datang analis diri ,HAHAHA.
Keputusannya apa? hehe...
Saya pemalu orangnya, hahaha. :P
Rasa macam takda semua ciri kat atas, tapi terpulang pada mata yang mentafsir, huhu.
Baguslah x de ciri=ciri kat atas.. Hehe..
interesting betul entry ni. rasanya saya takde ciri-ciri tu sebab saya pendiam dan pemalu
Terima kasih Uwais... sedap nama... pendiam dan pemalu ada kelebihan tersendiri...
hahaha.. saya tak ada semua yang diatas..
Sebab brutal dan ganas zaman bujang dulu..
Brutal dan ganas? Wow... sebenarnya bukan brutal dan ganas, tetapi tahap keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan pandangan orang ramai tentang apa yang kita lakukan... main redah je kan...
biasa tgk org gitu.. macam2 huhu
bahaya buat artikel mcm ni. mcm mintak kena bash je...hehe..jarang jumpa perempuan gedik dewasa ini. org sekeliling takde yg over, syukur alhamdulillah. selalu jumpa yg gedik dlm video viral je.
Hahaha.... Mesti ada kan? Hehe...
Hehehe... Nasib tak kait dengan sapa2... Huhu
Singgah sini mengkategorikan diri... gediks ke idok? hahaha... biarlah rahsia :D
Haha.. Terima kasih... Gedik untuk suami je tak pe... hehe
Hahahhha... terhibur baca komen2 yang lain
Nasib terhibur dengan baca komen, jangan pula analisis diri...auw... hehe...
Haha... mcm kelakar pulak dgn perkataan terkinja kinja tu. Btw, good sharing..
Hihihi... ok welcome sis...
Saya pon penah dilabel gedik...kalau boleh nk buang la sikap gedik tu...huhu sedih betul...
Hihi... xpe, harap2 dah tak gedik dah... hihi...
Hahaha...menyampah
Hihi... Ada lah tu...
saya ni ganas tapi ramai perempuan yg gedik ckp sya
gedik
Hihi... Mungkin diaorang yang gedik kan...
Sambungan dari komen di atas kan... hihi
saya tak tersenarai.Dari kecik memang pemalu sehingga la menjadi isteri dan mak budak.ehehe.
Pemalu adakala lebih baik...
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.
Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.
Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon