Bagaimana mengenalpasti golongan wanita gedik? Apa maksud gedik? Mari kita lihat takrifan gedik di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat). Gedik bermaksud bp = tergedik-gedik lincah (bukan gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan seperti kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. Manakala maksud gedik dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan gedik bermaksud , = tergedik-gedik lincah. Jadi apa maksud yang benar? Terketar-ketar atau lincah.
Pada pendapat saya, maksud gedik yang merujuk kepada seorang perempuan atau wanita gedik adalah seperti ciri-ciri golongan wanita gedik yang dikongsikan dibawah ini.
Terkinja-kinja - Tak kira majlis apa pun, dia memang selalu menjadi perhatian. Gelak ketawa dan gurauan berlebihan seperti tidak menghormati tetamu lain. Baginya merasa puas jika dirinya menjadi perhatian. Kadangkala perhatian sebegitu rupa, lama-lama membuatkan orang meluat dengan diri kamu.
Manja tak bertempat - Depan orang ramai pun dia tak peduli. Perbuatan manja tak bertempat juga membuatkan orang lain "menjeling dengan loya" perbuatan kamu. Jadi perhatikan keadaan sekeliling kamu jika mahu bermanja!
Suka menonjol - Bermacam cara dilakukan supaya dirinya lebih menonjol daripada orang lain dalam satu-satu keramaian. Menjadi popular dengan cara yang tidak sepatutnya membuatkan kamu layak digelar wanita gedik.
Mengada-ngada - Bagi sesetengah lelaki, wanita yang mengada-ngada tak tentu pasal juga membuatkan mereka rimas. Jadi jangan mengada-ngada melampaui batas dengan melebih-lebih kerana perbuatan itu membuatkan lelaki menjauhi untuk mendampingi kamu dikhalayak ramai.
Perasan - Cantik tidak semestinya gedik dan gedik tidak tentunya cantik. Perasaan perasan jika kamu menjadi tumpuan lelaki memang perkara yang perlu dielakkan. Mereka mungkin melihat kearah kamu tapi mungkin mereka suka pada teman kamu. Jadi jangan kamu perasan diri kamu yang mereka bincangkan.
Sebenarnya perbuatan gedik ini mungkin terhasil daripada sifat semulajadi seseorang wanita sejak lahir namun perilaku ini beradaptasi dengan keadaan sekeliling hari demi hari. Jika perbuatan gedik ini tidak dikawal, perilaku gedik ini akan menjadi satu tabiat yang kurang menyenangkan orang disekeliling kamu. Selesakan diri kamu dengan situasi semasa dan jadilah gedik hanya untuk suami kamu sahaja.Bentuklah 20 ciri-ciri wanita idaman lelaki dalam diri kamu.
Salam kenal bro...singgah sni n terus folow...
ReplyDeleteMarah nnt awek2 baca entry ko ni bro...hee3...
Wassalam... haha... yang marah tu mesti gediks kan... hihi...
DeleteKalau lelaki gedik pula macamana?
ReplyDeleteKalau terlebih gedik dah jadi auw kot.. :-)
DeleteAssalammualaikum... PD,
ReplyDeletewahh..best entry nie... jarang orang buat entry pasal gedik nie..
mselim3
Waalaikumussalam Mohd Selim.. Terima kasih kerana menyokong... :-)
DeleteGedik
ReplyDelete..... Sabar jelah kalau korang di panggil gedik.. Gedik tu tanda kita happy... Diorang jeles lantak pi ah.
Yang penting happy! Yeah! :-)
DeleteGedik 2 bukn tnda happy.. Tpi perasan lawa dan trkinja2..
Deleteamboi....diaaaaa...tuuuhaaadiaaa naahhhhh...
ReplyDeleteNaaahhhhhh ! :-)
Deletensib baik aku seorg yg brutal...not gedix....euwww
ReplyDeleteLine2 Bandi Amuk ni ye? :-)
DeleteBg aku laki gedik bila dia buat emoji. Orgnya mst sklh rndh lg ni. Hahaha jkjk #bilaperempuanberbicara
ReplyDeleteHaha... Emoji ala2 cute ke? :-)
Deletesmua tu pasal gedik ngan laki . kalau gedik gedik ngan kawan je ? ngan laki sombong ! haaaaaaa camne tuuuhh
ReplyDeleteentah
DeleteYang tu saya kurang arif, sebab saya lelaki... :-)
Deletegedik gedik pun laku lah��
ReplyDeleteAda jenis lelaki memang suka wanita gedik kan... Hehe
DeleteEntry yg bagus
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteMacam². Nk gena mau sesetengah perempuan mmg dah gedik.. so sbgai laki.. kena kna lah. Ajar dea tak tergedik², tegur dea elok².. klau dea tak berubah juga.. tinggai cari lain..
ReplyDeleteBetul tu, rasanya bila dah jadi isteri, gedik tu dah boleh kurang sikit... Sebenarnya bila gedik ditempat awam tu yang kurang sesuai sikit...
DeleteDatang analis diri ,HAHAHA.
ReplyDeleteKeputusannya apa? hehe...
DeleteSaya pemalu orangnya, hahaha. :P
DeleteRasa macam takda semua ciri kat atas, tapi terpulang pada mata yang mentafsir, huhu.
Baguslah x de ciri=ciri kat atas.. Hehe..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinteresting betul entry ni. rasanya saya takde ciri-ciri tu sebab saya pendiam dan pemalu
ReplyDeleteTerima kasih Uwais... sedap nama... pendiam dan pemalu ada kelebihan tersendiri...
Deletehahaha.. saya tak ada semua yang diatas..
ReplyDeleteSebab brutal dan ganas zaman bujang dulu..
Brutal dan ganas? Wow... sebenarnya bukan brutal dan ganas, tetapi tahap keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan pandangan orang ramai tentang apa yang kita lakukan... main redah je kan...
Deletebiasa tgk org gitu.. macam2 huhu
ReplyDeleteHahaha.... Mesti ada kan? Hehe...
Deletebahaya buat artikel mcm ni. mcm mintak kena bash je...hehe..jarang jumpa perempuan gedik dewasa ini. org sekeliling takde yg over, syukur alhamdulillah. selalu jumpa yg gedik dlm video viral je.
ReplyDeleteHehehe... Nasib tak kait dengan sapa2... Huhu
DeleteSinggah sini mengkategorikan diri... gediks ke idok? hahaha... biarlah rahsia :D
ReplyDeleteHaha.. Terima kasih... Gedik untuk suami je tak pe... hehe
DeleteHahahhha... terhibur baca komen2 yang lain
ReplyDeleteNasib terhibur dengan baca komen, jangan pula analisis diri...auw... hehe...
DeleteHaha... mcm kelakar pulak dgn perkataan terkinja kinja tu. Btw, good sharing..
ReplyDeleteHihihi... ok welcome sis...
DeleteSaya pon penah dilabel gedik...kalau boleh nk buang la sikap gedik tu...huhu sedih betul...
ReplyDeleteHihi... xpe, harap2 dah tak gedik dah... hihi...
DeleteHahaha...menyampah
ReplyDeleteHihi... Ada lah tu...
Deletesaya ni ganas tapi ramai perempuan yg gedik ckp sya
ReplyDeleteHihi... Mungkin diaorang yang gedik kan...
Deletegedik
ReplyDeleteSambungan dari komen di atas kan... hihi
Deletesaya tak tersenarai.Dari kecik memang pemalu sehingga la menjadi isteri dan mak budak.ehehe.
ReplyDeletePemalu adakala lebih baik...
DeleteNak tya yg ada disini ye..klau kita ckp ko ak dgn kwn kita setakat gelak ketawa Pon biasa bkn gelak manja borak pon biasa2 kasar Pon dikata gedik juga ke...tlg beri pencerahan..
ReplyDeleteDari saya seorang wanita, dari apa yg awak explain tu rasanya tak nampak pun gedik..kadangkala yg cakap kita gedik ni sebenarnya org tu yg dengki/cemburu krn aura/cara kita semulajadi sendiri yg menjadi perhatian org.. atau boleh jadi krn sikap sendiri yg terlalu peramah hingga lupa batas menyebabkan org luar nampak seperti keterlaluan melayan lelaki (jika berlawan jantina)..harap menjawab soalan la ya hehe
DeleteYang tu bukan gedik, tu biasa je, gedik ni sifat memang sengaja mencari perhatian orang sekeliling, dengan sifat yang dibuat-buat sampai orang sekeliling meluat melainkan dengan orang yang suka dengan kita akan nampak kita sangat comel. :-)
Delete