Ruang Iklan

Tips atasi halangan sukar bertemu jodoh

Cara dapat jodoh, bagaimana mencari jodohPastinya persoalan jodoh adalah antara perkara yang sering bermain difikiran baik lelaki ataupun wanita. Sama ada anda kisah atau buat-buat tak kisah, tentunya apabila berbicara tentang jodoh jawapannya "Insya Allah", atau "Jodoh adalah ketentuan Ilahi". Paling teruk, anda seboleh-bolehnya melarikan diri daripada pertanyaan ini.

Hakikatnya Allah SWT telah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Sama ada cepat atau lambat, jodoh manusia itu pasti. Walaubagaimanapun perlu diingat, usaha tangga kejayaan dan Allah mahukan hamba Nya berusaha sedaya upaya.

Apakah halangan - halangan dalam mencari jodoh anda yang boleh anda atasi terlebih dahulu. Ianya sebagai tanda anda sebagai hambanNya yang telah berusaha untuk mendapatkan jodoh anda sendiri. Oleh sebab itu, saya kongsikan 10 halangan sukar bertemu jodoh yang perlu anda atasi terlebih dahulu.

Apa tujuannya mencari jodoh? Tentukan anda ingin memilikinya sebagai seorang suami atau isteri. Tapi bila waktunya? Bila anda mahu berkahwin? Tetapkan sasaran dalam hati dan niat anda dalam mencari jodoh. Contohnya seseorang telah menetapkan sasaran bahawa dia akan berkahwin pada tahun 2020. Sekurang-kurangnya anda mempunyai impian dan sasaran yang anda perlu penuhi daripada hanya bercakap mahu berkahwin tapi tak tahu bila.

Menjadi lumrah bagi seorang manusia yang kecewa bila gagal, cepat berputus asa dan sebagainya. Kadangkala seseorang akan mendapat jodoh pada percubaan pertamanya. Sebaliknya ada juga setelah berkali-kali bercinta barulah mendirikan rumahtangga. Jadi, gagal sekali bukan bermakna anda gagal selama-lamanya. Positif diri anda terutamanya minda bahawa suatu hari nanti jodoh anda pasti ada. Mandi bunga kalau masih tidak positif! [Disebalik mandi bunga]

Oleh kerana takut dikatakan "Perigi mencari timba" anda melepaskan peluang pernah ada dalam hidup anda. Pada zaman ini situasi telah banyak berbeza. Masa itu emas. Berterus terang lebih mudah dari menyimpan perasaan bertahun - tahun dan akhirnya gagal. Buangkan sifat malu dan segan serta beranikan diri anda untuk memberi bayangan kepada sasaran anda. Kalau timba yang anda cari itu seorang pemalu seperti anda? Sampai ke tua lah jawabnya.

Gagal sekali mungkin membuatkan anda serik atau pasrah dengan takdir Nya. Lantas anda menyerahkan bulat - bulat takdir anda. Selalunya terjadi apabila anda terlalu memendam perasaan kecewa itu sehingga memakan diri. Luangkan masa bersama rakan baik anda yang boleh dipercayai. Percayalah nasihat kawan baik anda tentu berguna untuk anda. Pandang ke hadapan dan tingkatkan motivasi anda untuk berjaya mencapai sasaran.

Zaman serba canggih tentunya membuatkan ramai cuba mencari jodoh melalui laman sosial. lebih mudah dan hanya dihujung jadi. Tidak semuanya bernasib baik. Percaya atau tidak kadangkala anda mendapat jodoh yang tidak disangka - sangka. Bersosial dengan komuniti laman sosial dan setempat membuatkan anda meningkatkan peluang anda mendapat jodoh. Jangan duduk dibilik dan ber"selfie" sahaja sambil mengharapkan jodoh datang meminang!

Manusia diciptakan berbagai - bagai sifat. Ada yang cantik, ada yang kurang cantik, ada yang pandai dan ada juga tidak berapa cerdik dan sebagainya. Sekiranya kekurangan anda telah menjadi kelemahan diri anda, atasi kekurangan anda dengan segera. Orang cantik tidak semestinya berpasangan dengan orang "handsome" sahaja. Lelaki atau wanita gemuk tidak semestinya tidak menarik. [Wanita gemuk salah lelaki]

[Bagaimana menguji kesetiaan kekasih] Kadangkala terlalu setia boleh memakan diri anda. Anda berpegang pada janji cinta pertama anda sehingga berlarutan tahun demi tahun bagai tiada penamat zaman bujang anda. Contohnya seorang lelaki yang menganggur berjanji mengahwini anda. Agak-agak bila rasanya anda akan berkahwin? [Mengapa sukar melupakan cinta pertama]

Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, anda tidak boleh mengharapkan orang datang memberi cinta kepada anda sahaja. Rezeki seseorang itu berlainan dan datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Dalam setiap perhubungan pasti ada "Give & Take". Jadi anda juga perlu berusaha mencari jodoh anda.

Anda mungkin rasa anda kurang menarik sedangkan anda tidak tahu ada sesuatu yang istimewa tentang diri anda sendiri. Selongkar kekuatan diri anda dan serlahkannya. Pasti ada seseorang akan memerhatikan anda dari jauh. Kekuatan dalam diri anda mungkin nampak kecil namun sekiranya anda mampu menggunakannya anda meningkatkan pesona kepada bakal pasangan.

Anda tidak cuba, anda tidak tahu. Situasi yang biasa dialami seseorang adalah takut dimalukan atau cinta ditolak. Seelok-eloknya jangan sergah terus si dia. Berikan bayangan sedikit demi sedikit bahawa anda menyukainya. Jika dia menolak mentah-mentah anda perlu katakan padanya "Bila masa saya suka pada awak!" 
Masalah sebenar adalah bukan keadaan yang menyebabkan anda sukar bertemu jodoh namun masalah berpunca dari diri anda sendiri. Bebaskan diri anda dari halangan sukar bertemu jodoh dan bersedia menempuhi situasi yang akan berlaku. Tips atasi halangan sukar bertemu jodoh mungkin mampu menyedarkan diri anda.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon