Ruang Iklan

Dominan atau pasif dalam perhubungan

Jenis-jenis pasangan bercintaNaluri seorang hamba Allah SWT di muka bumi ini tentunya berkeinginan untuk hidup berpasang-pasangan. Oleh kerana itu Allah SWT telah mewujudkan lelaki dan perempuan, juga jantan dan betina bagi hidupan yang lain. Tujuannya adalah untuk menjalinkan hubungan sosial, memperkembangkan zuriat serta mensyukuri nikmat Nya.

Perhubungan sosial antara lelaki dan perempuan akan menyerlahkan sifat dominan dan pasif setiap pasangan. Dalam bahasa mudahnya, seseorang akan menguasai dan seorang lagi akan dikuasai. Sifat dominan dan pasif ini bukan terbentuk sehari dua ataupun berbulan, ianya terhasil dalam waktu jangka masa yang sangat lama kesan daripada pengaruh galakan, didikan, persekitaran atau juga perwarisan keluarga.

Adakah pasangan anda seorang yang dominan atau pasif?

Seseorang yang bersikap dominan dalam perhubungan secara tidak langsung akan mempengaruhi setiap tindak tanduk pasangannya. Mereka ini akan memimpin dan menjadi nahkoda dalam keluarga. Manakala pasangan yang pasif pula lebih gemar mengikuti apa sahaja yang ditentukan oleh pasangan dominan dalam hala tuju kehidupannya.

Jadi bagaimana caranya dalam menentukan sama ada kita bersikap dominan atau pasif dalam setiap perhubungan? Berikut adalah beberapa perkara yang boleh digunakan dalam menentukan pasangan yang mempunyai sifat dominan dan pasif dalam perhubungan.

Membuat keputusan - Adakah anda selalu membuat keputusan atau menuruti keputusan pasangan kamu? Atau pun anda selalu ingin menang terhadap semua perbincangan yang telah dibuat? Ada ketikanya anda tidak mahu mendapatkan sebarang pendapat pasangan anda untuk membuat sesuatu. Jika semua ini pernah anda lakukan maka sahlah anda bersikap dominan. 

Mengikuti gaya hidup - Seseorang yang dahulunya mempunyai gaya hidup yang tersendiri mampu berubah kepada gaya hidup yang berbeza setelah mempunyai pasangan. Contohnya dahulu anda langsung tidak mengambil tahu tentang hal-hal sukan, apabila pasangan anda meminati sukan anda terpaksa juga mengikutinya sama ada dengan arahan mahupun sukarela. Pasangan anda tentunya dominan dalam mengubah gaya hidup anda. 

Contoh dan panduan - Pasangan yang baik tentunya menjadi idola kepada pasangan yang yang lain. Apa yang dilakukannya menjadi tauladan dan perkara yang akan diikuti kerana apa yang dikerjakannya mendatangkan faedah. Semakin kerap anda mengikuti jejak langkahnya menunjukkan pasangan anda dominan dalam mengubah diri anda. 

Menjadi pasangan yang pasif tidak menjadi satu kesalahan jika pasangan dominan anda melakukan sesuatu yang berfaedah untuk anda. Menjadi pasif pada sesuatu perkara yang salah, tentunya anda perlu menjadi dominan demi masa depan anda. [20 Fakta Menarik Antara Lelaki dan Wanita]

Kesan dominan dan pasif dalam perhubungan boleh menjadi baik dan tidak seperti yang telah dinyatakan di atas. Pasangan yang dominan akan memimpin satu perhubungan kearah yang betul dan begitulah sebaliknya.. Walau bagaimanapun, seseorang yang bersikap pasif perlu menjadi dominan pada waktu tertentu jika pasangan dominan anda melakukan sesuatu yang mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan anda. Contohnya pasangan anda telah melakukan kerja-kerja jenayah, adakah anda akan duduk berdiam diri sahaja asalkan cukup belanja rumah? Yang baik boleh diikut, yang buruk, tinggalkan.

Dalam perhubungan, anda dominan atau pasif?

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon