Alasan ibu bapa beri Gadget pada anak

Beri gadget pada anak, permainan zaman dahuluZaman dahulu, waktu-waktu lapang penuh di isi dengan aktiviti fizikal. Main getah, main rounders, main guli, berenang di sungai, baling selipar, main pondok-pondok, konda kondi, acah galah, bola sepak jalanan dan macam-macam lagi perkara yang hebat. Jangan kata getah paip, tali pinggang, gayung mandi semua pernah rasa. Rasa seronok juga bila teringat waktu zaman dahulu. Bila tengok sekarang, dalam keadaan semasa begitu cepat masa berlalu, aktiviti fizikal untuk anak terpaksa juga berubah.


Beri gadget pada anak, permainan zaman dahuluMengapa perkara ini berlaku. Jika mereka yang masih menetap di perkampungan luar bandar pasti sukar melihat aktiviti-aktiviti seperti yang telah disebutkan tadi. Adakah hal ini kerana ada kaitannya dengan pemberian 'smartphone' diusia terlalu muda? Atau terdapat sebab-sebab lain yang membataskan ibu bapa untuk membenarkan anak-anaknya melakukan aktiviti permainan tradisional? Beberapa faktor berkemungkinan bakal melenyapkan tradisi permainan tradisional kanak-kanak di negara ini. Ianya bakal menjadi sejarah yang mungkin tertulis dalam buku-buku sejarah di peringkat sekolah. 


Smartphone - Seawal usia telah didedahkan dengan penggunaan 'Smartphone'. Lagu, Video Kartun dan Smartphone Games. Saatnya bermula bila ianya dikira upah kerana berbuat baik, tidak menggangu tugas ibu bapa, berperilaku sopan. Akhirnya menjadi tabiat yang melalaikan. Dari masa ke masa, hanya ruang di rumah menjadi tempat permainan. Bagi sesetengah ibu bapa mungkin ianya petanda sangat baik, tetapi terdapat juga kesan buruk dari segi sosio-budaya hidup bermasyarakat. Anak-anak kurang bertegur sapa, tidak pandai memulakan bicara, pendiam. Paling penting bagi mereka, 'Smartphone' mesti ada ditangan. 

Keselamatan - Pelbagai kes membabitkan kanak-kanak saban hari membuatkan ibu bapa keberatan membenarkan anak-anak keluar bermain bersama anak jiran atau rakan sekolah tanpa pengawasan mereka. Hal ini membuatkan ibu bapa lebih rela anak-anak bermain di dalam rumah berbanding bermain di luar rumah. Secara tidak langsung, anak-anak terpagar di dalam rumah dan terpaksa redha dengan kehendak ibu bapa. [Kecuaian Ibu Bapa Punca Anak Kemalangan

Sistem badan yang lemah - Zaman dahulu, bermain hujan adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Apalagi bermain pada cuaca panas terik. Main tanah dan lumpur perkara biasa. Sampai hitam legam badan. Tapi jarang kena penyakit. Bebeza pula kini. Sekejap sahaja berjemur dah selsema seminggu. Sama ada disebabkan jarang melakukan aktiviti fizikal atau pun faktor cuaca sekarang yang tidak menentu membuatkan kanak-kanak zaman sekarang mudah diserang penyakit biasa. Demam, batuk dan selsema. [Tips Apabila Anak Demam Panas

Tiada tempat - Sebagai contoh, Selamatkan Padang Kami!. Semua ruang untuk kanak-kanak bebas bermain menjadi bangunan, ruang pejabat. Yang hanya di sekolah. Itu pun pada masa tertentu sahaja. Tidak hairan kenapa anak-anak sekarang banyak bermain di dalam kelas kerana tidak cukup masa bermain dengan rakan-rakan. Semakin maju sesebuah negara. jika ianya tidak dirancang dengan baik, maka negara akan maju dari segi majunya sebuah bangunan. Pengisiannya kosong. 

Kotor - Umum semua mengetahui. aktiviti fizikal di luar rumah memang mengotorkan baju kanak-kanak. Jatuh, baring dan sentuh apa sahaja. Bila ibu bapa bawa anak-anak keluar bermain, kebiasaannya di tempat rekreasi atau tempat permainan, baju kotor adalah perkara yang membimbangkan ibu bapa. Mungkin disebabkan ibu bapa sekarang lebih terdidik dengan adanya kuman dimana-mana. Jadi baju kotor bukan menjadi hal utama, tetapi untuk mengelakkan anak-anak tercemar oleh kuman, virus dan bakteria jahat seperti wabak penyakit HFMD. 

Jadual yang padat - Kanak-kanak zaman sekarang sangat sibuk. Pagi sekolah, petang sekolah, malam belajar. tengah malam tidur. Hari sabtu dan ahad, ikut ibu bapa pergi kenduri, hujungv minggu depannya aktiviti ko-kurikulum, minggu depan lagi, ikut ibu bapa 'shopping'. Apa kita buat, anak-anak buat. Jadual mereka pun sama sibuk macam ibu bapa. Bermain dalam kereta, kena marah, main masa kenduri, kena marah. Mungkin dalam fikiran mereka "Bila masa bermain yang sesuai bagi kami". 

Tiada sifu - Bagi aktiviti permainan tradisional, ilmu permainan tidak diturunkan kepada generasi akan datang. Mereka tidak dipupuk minat dalam meminati permainan tradisional. Jadi mereka tidak tahu cara bermain yang betul. Bila bermain, tidak adil, mula timbul perkelahian dan wujudlah "Mak kau hijau! Bapak kau hijau!". 

Pemikiran Baru - Dahulu, tahap pemikiran ibu bapa berbeza, kini ibu bapa lebih moden dengan banyak pendedahan terhadap dunia luar. Tanpa sempadan. Jadi banyak perkara-perkara baru yang tidak diketahui oleh ibu bapa zaman dahulu. Lebih-lebih lagi anak zaman sekarang juga lebih 'advance' berbanding kanak-kanak zaman lalu. Aktiviti-aktiviti permainan 'orang kaya' lebih mudah dipelajari berbanding dahulu. Golf, Tenis, dan sebagainya. Jadi permainan 'mengotorkan' dengan tanah sudah tidak digemari. 

Permainan Baru - Di era moden, banyak aktiviti-aktiviti fizikal baru yang telah diperkembangkan. Sama ada indoor atau outdoor. Futsal, Wall climbing, Archery termasuklah Clash of Clans, Dead Trigger 2 atau Angry Birds Star Wars 2. Semuanya nampak lebih menarik pada masa ini. Tentunya semakin lama, semakin mengikis minat anak-anak untuk bermain permainan kampung. Apa yang ada adalah sejarah permainan, cerita tentang sejarah permaianan dan ianya tidak dikembangkan seperti Kabadi di India. 

Semakin lama, semuanya akan sibuk dengan urusan kerjaya. Anak-anak dirumah. Bagi mereka yang penting ada 'Games' dirumah. Mereka rela tidak keluar. Ibu bapa senang hati keluar mencari rezeki. Hujung minggu jalan-jalan bersama. Ada pro dan kontranya. Yang penting anak-anak bahagia. Keluarga lebih bahagia. Walau dimana pun anak-anak kecil berada mereka akan tetap bermain, ini termasuklah di shopping mall sekali pun, jadi ibu bapa perlu lebih waspada dan hati hati. Wallahu a’lam bish-shawabi.

2 Comments

Saya lebih suka kalau anak saya membaca dan buat aktiviti fizikal dari menghadap gadjet.. Kalau balik kampung baru saya bagi dia main di laman rumah.. sebab rumah kami flat.. memang saya tak bagi dia keluar rumah.. weekand je baru bawa mereka jenjalan..

Pada saya aktiviti fizikal dan juga membaca lebih menyeronokkan dari mengadap gadjet..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon