Ruang Iklan

Sengaja merosakkan rumah tangga sendiri

Perbuatan yang mula dianggap hanya sekadar mencuba atau suka-suka mengakibatkan sengsara kepada orang lain. Tanpa menggunakan akal yang waras dan sihat, tindakan sengaja menempah malapetaka itu telah merosakkan rumah tangga yang telah dibina atas dasar cinta. Menyesal sekarang sudah tidak berguna lagi.

Atas dasar itu, saya suka mengingatkan diri saya dan semua sahabat untuk sama-sama mengambil pengajaran dan ikhtibar agar tidak terjebak dengan perkara yang boleh merosakkan rumah tangga sendiri.

Memiliki pekerjaan adalah satu anugerah rezeki yang tidak ternilai. Hampir begitu ramai graduan dan orang awam yang masih tidak mempunyai kerja tetap ditambah lagi dengan keadaan ekonomi negara ini yang 'tidak cergas' dan bersifat muram, tentunya setelah memiliki pekerjaan yang stabil, seharusnya kita bersyukur atas nikmat yang telah dipinjamkan oleh Allah SWT.

Lebih-lebih lagi jika menjawat jawatan dengan kerajaan yang tentunya memberi kita sedikit kelebihan berbanding orang lain dari segi jaminan kerjaya. Telah diceritakan kepada saya apabila seorang pegawai dalam jabatan yang menguatkuasakan undang-undang dalam negara terjebak dalam penagihan dadah jenis syabu (Methamphetamine). Sudah berkahwin dan telah mempunyai anak's'. Terdiam saya! Bagaimana seorang pegawai keselamatan yang ditugaskan menangkap penagih dadah boleh menghisap dadah?

Apabila tertangkap dan dibicarakan, setelah didapati bersalah, dilucutkan jawatan serta dipenjarakan, bagaimana pula nasib isteri yang sepatutnya berlindung dibawah naungan suami? Isteri bakal hilang arah tuju, emosi terganggu dan kitaran hidupnya tentu sekali berubah 360 darjah. Tambahan pula, maruah seorang isteri terhadap keluarga, masyarakat dan orang ramai pasti tercemar lebih-lebih lagi memiliki suami yang juga anggota keselamatan ditangkap kerana menagih dadah. Tidak terfikirkah wahai suami?

Dahulu berjanji sehidup semati, berjanji melindungi, menjaga seperti yang terkandung dalam ucapan akad dan janji. Namun kini dengan sengaja telah merosakkan rumah tangganya sendiri akibat kebodohan dan berpaksikan nafsu keseronokan singkat semata-mata.

"Apa pekerjaan bapa kamu?". Jika kita sebagai anak, apa jawapan yang patut kita berikan apabila pertanyaan sebegitu diajukan kepada kita? "Ayah saya anggota polis!". Tapi itu dulu, sewaktu anak sangat berbangga mengenainya. Kini bagaimana seorang anak yang sangat baru dan kecil dunianya ingin berdiri tegak mempertahankan ayahnya di penjara? Tidak terfikirkan seorang ayah?

Menyesal kini tiada gunanya. Dadah, sekali mencuba pasti mahu lagi. Sekali mencuba susah mahu berhenti. Jadi apa jaminan perubahan seorang suami dan ayah yang telah merosakkan mahligai sendiri? Statistik pusat serenti amat tidak mengujakan untuk seorang penagih dadah pulih sepenuhnya apabila keluar darinya. Keterlibatan dalam penagihan dadah amat sukar dipulihkan. Perlukan semangat, keazaman, ketabahan yang amat tinggi untuk menghadapinya disamping agama menjadi panduan dunia.

Kisah itu menjadi peringatan buat saya untuk tidak sekali-kali menyentuh dadah. Bahan yang merosakkan diri. Malah merosakkan rumah tangga. Emosi isteri, anak akan terkesan dengan langkah kita. Beringatlah selagi mampu berfikir. Fakta telah memaparkan tentang azab yang bakal kita hadapi apabila terjerumus dalam kancah penagihan dadah. Semoga Allah SWT sentiasa lindungi jiwa dan akal saya!

6 Comments

Assalammualaikum... BLB,

mintak dijauhkan.. sejauhnyer najis dadah nie.. sekali dah terjebak susah nak patah balik.

mselim3

Waalaikumussalam Selim,

Betu tu... Sekali dah terjebak memang gelap masa depan...Kesian kat anak bini dia... sama2 kita menjauhi... amin...

Sekali terjebak dgn dadah memang sukar dipulihkan. Jangan sesekali walaupun sekadar ingin mencuba. Semoga kita semua dilindungi Allah swt

Betul tu BM, peratusan nak pulih tu terlampau sedikit... Semoga kita dijauhkan... Amin...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon