BR1M 2017 Proses tapisan dan verifikasi

Semak BR1M 2017, proses kemaskini BR1M 2017, semakan BR1MTarikh pendaftaran dan pengemaskinian BR1M 2017 telah bermula sejak 5hb sehingga 31 Disember 2017. Tentunya ramai yang mula mengemaskini data masing-masing untuk membolehkan menerima BR1M bagi tahun 2017. Bagi mereka yang tidak layak pula, perlu mengetahui bagaimanakah tapisan atau semakan dibuat bagi melayakkan anda menjadi penerima BR1M.

Antara sebab-sebab gagal permohonan BR1MPersoalannya mengapakah anda masih tidak layak sedangkan semua data telah dihantar untuk proses kelulusan BR1M. Proses kelulusan BR1M melalui beberapa peringkat kelulusan jabatan yang sangat ketat. Bagi saya terlalu ketat kerana memerlukan semakan dibuat oleh 12 jabatan berbeza untuk mendapatkan kelulusan sama ada anda layak atau pun tidak. Kita lihat terlebih dahulu antara sebab-sebab permohonan BR1M gagal pada setiap tahun permohonan.

Jabatan manakah yang bertanggungjawab melakukan proses semakan dan verifikasi permohonan BR1M?

Seperti yang saya telah maklumkan sebentar tadi, ada 12 jabatan yang berbeza untuk membuat verifikasi permohonan BR1M. Kalau anda masih lagi tidak layak, boleh cari peluang kerja di rumah untuk menambahkan pendapatan. Berikut adalah senarai jabatan yang bertanggungjawab melakukan proses tapisan dan verifikasi setiap permohonan BR1M pada setiap tahun.

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis Di Raja Malaysia)
  • Kementerian Luar Negeri
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  • Jabatan Agama Islam Negeri
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam / Kumpulan Wang Persaraan
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Proses semakan dan verifikasi ini dijalankan pada setiap tahun  ke atas permohonan baru dan permohonan baru. Mungkin disebabkan ada penerima yang baru berkahwin, naik gaji, dapat untuk besar dan sebagainya.

Oleh kerana tapisan yang sangat ketat bagi memberikan kepada mereka yang benar-benar layak, mungkin ada bahagian yang anda terlupa tentangnya selain daripada sebab-sebab permohonan BR1M anda gagal. Oleh itu setiap permohonan yang hendak dibuat perlu diisi dengan jujur dan sejujurnya supaya tiada wang rakyat dicuri dengan sewenang-wenangnya.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon