Ruang Iklan

Cara bantu rakan berniaga tanpa modal

Cara bisnes tanpa modal, bantu rakan berniaga, bantuan perniagaanRamai rakan-rakan saya sedang melakukan dua atau tiga kerja dalam satu-satu masa. Mereka melakukan kerja-kerja hakiki sambil menjalankan perniagaan sambilan seperti menjual pakaian online, membuat makanan, menjual insurans, jadi agen Tone Plus dan sebagainya. Kita boleh tengok  di new feeds Facebook, macam-macam produk perniagaan dipromosi oleh rakan kita.

Tujuan perniagaan adalah satu, bukan hobi tetapi mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarga. Mengapa begitu banyak iklan produk perniagaan di new feeds, serta jemputan ke page tertentu yang dibuat oleh rakan Facebook, sehingga kadang kala kita merasa rimas dengan iklan-iklan tersebut. Mengapa tidak membuat page sendiri dan lakukan promosi di dalam page sendiri berbanding meletakkan iklan di personal akaun Facebook?

Bagaimana cara kita membantu rakan berniaga tanpa modal? Jika bukan kita membantu mereka mengembang perniagaan, siapa lagi yang mampu membantu. Mungkin mereka amat memerlukan wang untuk membeli sekampit beras, atau susu anak kecil, kita tidak mengetahui alam rumah tangga mereka. Oleh itu dengan usaha yang sangat kecil kita boleh membantu mereka berniaga tanpa modal langsung supaya dengan harapan mereka berjaya dalam perniagaan satu hari nanti.

Tolong Share. baru-baru ini, Facebook telah menghadkan public daripada melihat post new feeds yang hanya menerima like sahaja. Jika anda hanya like, tidak sepenuhnya rakan dalam senarai kenalan dapat melihat apa yang kita like. Jika anda menekan butang Share, peluang rakan kenalan lain melihat iklan produk yang dikongsi tadi semakin meningkat. Secara tidak langsung anda telah membantu mereka menjalankan promosi perniagaan dengan hanya sedikit usaha.

Page Facebook berbayar. Adakah anda tahu, untuk mendapat sejumlah like ke dalam page juga memerlukan pemilik membayar sejumlah wang untuk mendapatkan like. Jika page yang tidak berorentasikan perniagaan amat mudah untuk mendapatkan like terutamanya page berbentuk sukan, gosip dan sebagainya. Namun bagi entiti perniagaan, semuanya berbayar, Oleh itu pada permulaan perniagaan kebanyakkan peniaga online meletakkan iklan di akaun peribadi terlebih dahulu. Tips peniaga menarik minat pelanggan

Beli dan komen. Satu cara yang boleh anda lakukan adalah beli produk mereka dan komen positif atau membina tentang produk yang mereka jual. Lebih baik hantar mesej peribadi jika terdapat masalah berkenaan produk yang mereka jual. Itu lebih baik. Selain anda membantu jualan, anda juga membantu melakukan promosi. Rakan yang baik, rakan yang saling membantu.

Perkara yang seboleh-bolehnya dielakkan adalah memuat naik status "Aku menyampah sebab banyak iklan perniagaan di new feeds". Hal ini kerana anda mungkin telah mengecilkan hati rakan kenalan dalam menjalankan strategi perniagaan onlinenya. Jika tidak suka melihatnya anda mempunyai pilihan lain daripada menyakiti hati mereka. Sama ada anda padam notifikasi atau unfriend sahaja. Pada masa ini mereka amat memerlukan bantuan anda. Siapa tahu pada masa hadapan anda mungkin memerlukan mereka juga.

Saya ada juga nak berniaga online, tetapi belum terfikir produk apa. Masih dalam pertimbangan.

2 Comments

Kalau fikir sampai bila pun x niaga lan. Tanya diri apa bakat yg ada? Turn it into money. Ko rajin menulis, guna blog sebagai platform pun boleh.

Terima kasih Mi... InsyaAllah one day, dreams will come true... cewah...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon