Cara mengatasi masalah gangguan tidur: Sleep Studies/Sleep Analysis

Masalah tidur, Mengatasi masalah tidur, info berkenaan tidur, Sleep StudiesMengetahui masalah berkaitan tidur telah menyebabkan orang di sekeliling tempat tidur tidak berasa selesa. Ianya mungkin membuatkan anda sedikit terkilan. Mesti terfikir teruk sangatkah dengkuran atau tabiat mengigau anda semasa tidur. Anda tidak dapat mengawal segala aktiviti semasa tidur kerana ianya berlaku tanpa sedar. Sedangkan tubuh badan seseorang memerlukan rehat secukupmya untuk memulihkan kembali tenaga supaya dapat menyambung kembali aktiviti seharian seperti biasa.

Sleep Analysis atau Sleep Studies adalah satu alternatif perubatan moden melakukan ujian pemeriksaan pada pesakit yang mengalami masalah Sleep Apnea, masalah gangguan pernafasan semasa tidur lain seperti gangguan berkala pergerakan anggota badan, Narcolepsy, sindrom resah kaki , Insomnia, dan tingkah laku waktu malam seperti berjalan dalam tidur dan gangguan tingkah laku REM (Rapid Eye Movement) semasa tidur.

Simptom biasa yang dihadapi oleh pesakit yang mengalami masalah gangguan tidur seperti berdengkur, restless sleep, tidak rasa segar bila bangun pagi, rasa kering di mulut dan tekak semasa bangun pagi atau mengantuk berlebihan pada waktu siang.

Di Malaysia, kebanyakkan hospital utama Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan ujian pemeriksaan Sleep Studies. Seperti PPP UiTM, Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Selayang, Seremban, Kota Bahru, USM Penang dan Hospital USM. Walaubagaimanapun tidak semua hospital menyediakan perkhidmatan penuh (Full Test) bagi Sleep Studies seperti yang disediakan di PPPUiTM. Untuk mengetahui apa perbezaannya boleh dibaca di [Perbezaan Full/Partial Test Sleep Studies].

Jumlah kes yang agak kurang direkodkan di Malaysia jelas disebabkan oleh kurangnya kesedaran untuk mengambil langkah proaktif menjaga kesihatan tubuh badan serta tidak didedahkan dengan maklumat dan Sleep Studies ini. Kecuali bagi mereka yang dicadangkan oleh pegawai perubatan setelah mendapatkan rawatan di hospital berkaitan penyakit lain. Sebagai perbandingan, purata jumlah kes di PPPUiTM bagi seminggu adalah sebanyak 4 kes sahaja. Manakala bagi tempoh sebulan pula di antara 15 hingga 20 kes sahaja.

Langkah-langkah segera perlu diambil jika seseorang sedang mengalami beberapa tanda yang telah disebutkan seperti di atas untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan lebih mendatangkan mudarat pada masa hadapan. Perkara seperti ini wajar ditularkan untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada keluarga atau kenalan tentang pentingnya untuk melakukan ujian pemeriksaan Sleep Studies demi mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon