Cara motivasi diri sendiri

Cara motivasi diri sendiri, motivasi diri, motivasiHidup memerlukan motivasi diri sendiri tatkala merasa jatuh, hilang semangat, kecewa dan sebagainya. Tiada orang mampu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi jika tiada usaha sendiri untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Sentiasa merasakan diri diabaikan, dilupakan dan ditinggalkan tidak menguntungkan diri sendiri sedangkan orang lain terus maju ke hadapan.

Motivasi dengan tujuan bangkit mengatasi kelemahan diri kerana setiap orang pernah melalui kegagalan dalam hidup.

Episod kegagalan dalam hidup adalah pelajaran terbaik dalam hidup yang boleh dijadikan panduan masa hadapan. Mengkaji kesalahan setiap langkah yang pernah dilakukan tidak perlu berterusan sehingga meletakkan diri sentiasa berada dalam kerugian waktu.

Ada beberapa cara motivasi diri sendiri yang perlu diusahakan supaya dapat melupakan semua kisah kegagalan pada waktu silam, memperbaiki cerita masa hadapan dan terus kekal berdaya maju dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Fikir semula sasaran hidup. Setiap orang ada visi dan objektif hidup. Sasaran hidup boleh jadi apa sahaja cita-cita yang ingin kita capai. Sebagai contoh ingin memiliki rumah sendiri. Oleh itu perlu difikirkan bagaimana untuk mencapai misi memiliki rumah sendiri. Pertama mempunyai sumber pendapatan. Jika perlu ada sumber pendapatan tentu ada kerjaya yang stabil. Ubah perkara asas terlebih dahulu supaya langkah mencapai sasaran hidup tercapai. Semua perkara adalah saling berkait dan tidak ada lorong kecemasan untuk menggapainya.

Cuba perkara baru dalam hidup. Sesekali cuba buat sesuatu yang asing dalam rutin harian. Benda baru bukan bererti buat perkara yang negatif dan tidak berfaedah. Sebagai contoh jika rutin harian yang dilakukan adalah pergi kerja dan balik kerja, kemudian tidur dan bangkit semula buat benda yang sama. Sertai komuniti atau aktiviti yang ada disekitar rumah. Gotong royong, aktiviti PIBG, acara-acara sukan awam.

Buat senarai perkara yang perlu dilakukan. Setiap hari senaraikan perkara yang akan dilakukan pada esok hari, mingguan atau bulanan supaya tiada perkara yang tertinggal dalam perkara perlu dibuat. Ianya membuatkan hidup sangat teratur dan mengikut jadual dan mengelakkan membuat sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.

Cukupkan waktu tidur dan rehat. Paling penting adalah kesihatan tubuh badan. Apabila tubuh tidak mendapat cukup waktu rehat, ianya melemahkan otak berfungsi dengan baik untuk memikirkan sesuatu perkara dengan idea yang kreatif dan bernas. Tidur yang sesuai mengikut peringkat usia seperti tertera seperti dibawah:

Kategori UsiaTempoh Sehari
Bayi 0-3 bulan14-17 jam
Bayi 4-11 bulan12 – 15 jam
Kanak-Kanak 1-2 tahun11-14 jam
Kanak-Kanak 3-5 tahun10-13 jam
Kanak-Kanak 6-13 tahun9-11 jam
Remaja 14-17 tahun8-10 jam
Dewasa 18-25 tahun7-9 jam
Dewasa 26-64 tahun7-9 jam
Orang Tua Atas 65 tahun7-8 jam

Lakukan senaman. Cuba bermula dengan senaman yang ringan terlebih dahulu. Jangan pula pada hari pertama ingin bersenam terus mendaftar di gymnasium. Memang pasti pada keesokan harinya niat untuk bersenam terus dilupakan kerana sakit semua otot-otot badan. Mulakan dengan melakukan jogging ringan, sambil meregangkan otot yang sudah lama tidak digunakan. Konsisten dan alami perubahan kesihatan tubuh badan yang memberansangkan.

Terdapat banyak cara memotivasikan diri sendiri yang boleh dipraktikkan untuk meningkatkan lagi produktiviti kerja seharian atau menimbulkan mood yang positif dalam hidup. Amalkan 5 langkah di atas terlebih dahulu supaya mudah untuk melakukan langkah-langkah yang seterusnya. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon