Ciri-ciri pemimpin yang gagal

Pemimpin yang gagal, bos yang tidak adil, tanda bos yang Pemimpin atau bos dalam sebuah organisasi adalah ketua yang dapat memberi perintah, mempunyai kuasa memberi arahan di bawah peraturan organisasi serta memimpin seorang atau lebih orang di bawah seliaannya. Seorang pemimpin adalah bertanggungjawab membuat perancangan , mengetuai organisasi dan menjadi tauladan kepada orang yang dipimpinnya.

Kegagalan seorang pemimpin akan menyebabkan organisasi yang dipimpin lumpuh, tidak memberi faedah kepada pekerja dan orang ramai serta menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada organisasi. Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang gagal? [Tips menjadi pemimpin yang baik]. Ada 4 sebab mengapa anda dikatakan seorang pemimpin yang gagal jika perkara-perkara berlaku di bawah seliaan anda.

Ramai pekerja bawahan yang mahir cabut lari. Bertahun beri latihan kepada pekerja baru, setelah pekerja tersebut sudah mahir lalu mereka meninggalkan syarikat atau organisasi. Untuk melatih pekerja baru yang lain, tentunya melibatkan kos, tenaga dan masa yang baru. Sudah pasti jika perkara berikut sentiasa berulang, syarikat mengalami kerugian sumber tenaga mahir akan mampu memperlahankan syarikat berkembang dengan cepat.

Seorang ketua dianggap gagal sekiranya kerjaya pekerja bawahannya tidak berkembang seiring dengan perkembangan syarikat. Dari mula pekerja baru itu masuk bekerja sehingga sudah mahu pencen, masih juga tetap melakukan tugas yang sama. Tiada usaha memotivasikan pekerja bawahan untuk menyumbang sesuatu yang lebih besar untuk syarikat. Seorang ketua harus bijak dalam menguruskan sumber tenaga manusia yang ada dengan mewujudkan kepelbagaian kemahiran kepada pekerja bawahannya.

Pekerja bawahan melakukan kerja secara paksa-buat dan bukannya rela-buat. Perkara negatif yang menyebabkan pekerja melakukan kerja dengan emosi yang tidak baik atau memperlihatkan tanda-tanda protes di tempat kerja wajar diselesaikan oleh seorang ketua. Buang segala unsur-unsur negatif supaya tidak menjadi 'nanah yang berdarah' di syarikat. Jika tiada semangat kekitaan wujud di persekitaran tempat kerja, ianya dapat mengurangkan produktiviti pekerja. Seorang ketua seharusnya menyedari perkara ini dan melakukan tindakan yang wajar dengan menangani segala unsur negatif supaya tidak menjadi 'nanah yang berdarah' di tempat kerja.

Seorang ketua haruslah mempunyai pendirian yang tegas, arahan yang jelas dan tidak berubah supaya pekerja bawahan mampu menerima setiap arahan dengan baik. Membuat arahan dengan tunggang langgang menyebabkan pekerja gagal melaksanakan tugas dengan baik. Jika hasilnya tidak bagus seperti yang diharapkan, sebagai seorang bos tentu naik berang walhal beliau perlu menyedari dari mana kesalahan itu bermula.

Tanggungjawab seorang ketua sangat besar dan berperanan penting dalam mencorak kebanyakkan polisi organisasi atau syarikat dengan lebih baik. Seorang ketua yang dilantik juga mempunyai tugas yang berat dalam melaksanakan segala harapan pekerja bawahannya. Akhirnya, sangat penting bagi syarikat mempunyai banyak pekerja bawahan yang bagus kerana mereka adalah seorang ketua bagi masa hadapan sebuah syarikat.

2 Comments

tak pernah lagi jadi boss . kuli je.. haha

Hehe.. Hafiz Hafizol, sama lah kita... Kuli kecik je...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon