Jenis termometer suhu yang terbaik untuk anak

Plusmed Pen Type Digital Thermometer, termometer untuk anak demamJika anak kecil anda mengalami demam panas yang sangat tinggi, pasti mana-mana ibu bapa pun tidak akan senang hati. Tambahan lagi, jika setelah berjumpa doktor perubatan, demam panas anak masih tidak kebah {beransur}. Untuk berulang alik ke klinik tentunya mengambil masa dan terpaksa mengeluarkan sedikit kos walhal pemantauan suhu itu dapat dilakukan oleh ibu bapa sendiri di rumah setelah menadapat deskripsi ubat daripada pegawai perubatan.

Terdapat beberapa jenis termometer [Thermometer] atau penunjuk suhu yang dijual seperti Pen Type Digital Thermometer dan Infrared Non Contact Thermometer. Keduanya mempunyai fungsi yang sama iaitu mengukur suhu badan. Jadi apa bezanya dengan Forehead Strip Thermometer?

Sebelum ini saya telah berkongsi artikel tentang Tips apabila anak demam panas yang boleh menjadi panduan sekiranya anak kecil mengalami demam panas. Demam panas bagi anak kecil bukan perkara yang remeh. Forehead Strip Thermometer adalah alat asas bagi pengukuran suhu badan yang diletakkan di atas dahi anak. Walau bagaimanapun, ketepatan Forehead Strip Thermometer dalam memberi bacaan sebenar suhu tidak begitu tepat kerana memberikan bacaan pada dua angka sahaja.

Plusmed Pen Type Digital Thermometer [Seperti gambar di atas] mempunyai banyak kelebihan berbanding Forehead Strip Thermometer. Dengan harga yang sangat murah, alat ini mampu mengukur dari beberapa bahagian badan (Mulut, Ketiak dan Lubang Dubur). Ianya memperbaiki ketepatan bacaan sebenar suhu anak berbanding Forehead Strip Thermometer tadi. Produk Plusmed Pen Type Digital Thermometer buatan Turki ini sangat berkualiti kerana Negara Turki sememangnya terkenal menjadi sumber tempat lahirnya pegawai perubatan di negara ini dek kerana kemajuan dalam bidang teknologi perubatan moden.

Apa yang lebih bagus tentang Plusmed Pen Type Digital Thermometer ini selain daripada mendapat jaminan selama 2 tahun akibat kerosakan pembuatan, ianya mengukur bacaan sehingga ketepatan ± 0.1°C. Titik perpuluhan sangat penting kerana ianya mampu membezakan tahap keterukan demam panas anak anda. Semakin tinggi suhu, semakin berisiko anak anda mendapat sawan tarik (Seizures). Terdapat kes yang benar-benar terjadi sehingga anak menjadi Syndrom Down setelah gejala demam panas tidak dibendung dari peringkat awal oleh ibu bapa. Antara ciri-ciri menarik Plusmed Pen Type Digital Thermometer yang lain adalah ianya mempunyai simpanan memori, fungsi bunyi 'beep' dan Auto Shut-Off yang menjimatkan kuasa bateri. Berbaloi bukan dengan tawaran harga RM15.00 sahaja?

Harga produk murah tidak mampu memberi jaminan kualiti yang tinggi, tetapi dengan harga yang rendah tidak mustahil anda mampu memiliki barang dengan kualiti yang tinggi dan tahan lasak. Plusmed Pen Type Digital Thermometer

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon