Ruang Iklan

Kedai Kek RM10 murah Kelantan

Daily Tast, Kedai Kek RM10 murah Kelantan, membuat kek, kekHarga satu produk perniagaan kek biasa yang saya selalu jumpa di sekitar kediaman lebih kurang RM25.00. Itu pun rasa macam tidak dapat masuk dalam tekak. Kalau mahu rasa sedap dan boleh dimakan, mesti pilih kek yang berharga RM35.00 ke atas. Rasanya itu harga pasaran kek pada zaman sekarang. Bila Kedai Roti dan Kek Online (Daily Tasty) jual kek RM10.00 sahaja, saya cuba lah survey di laman Facebook [Daily Tasty]. Memang betul harga kek yang paling murah cuma RM10.00.

Pernah juga apabila mereka menawarkan promosi, harga kek di jual cuma pada harga RM8.00 sahaja. Saya cuba juga kira kos barang membuat kek seperti yang pernah saya beli untuk isteri saya. Kebiasaannya saya beli barang kek sudah mencecah hampir RM20.00. Itu pun sebab kebanyakkan barang memang sedia ada di rumah. Jadi tentu mereka ada strategi perniagaan mereka sendiri sehingga dapat menurunkan harga kek menjadi sebegitu murah.

Daily Tast, Kedai Kek RM10 murah Kelantan, membuat kek, kekKedai Roti dan Kek Online (Daily Tasty) hanya beroperasi di kawasan sekitar Kelantan sahaja. Walau bagaimanapun menurut pemiliknya, Mohd Azlan Mohd Noor, buat masa ini mereka sedang melantik beberapa agen jualan stokis untuk menjual kek dan roti milik kedainya bagi mengembangkan perniagaan dan mempromosikan lagi produknya. Selain itu juga, ianya membantu agen yang dilantik untuk memperolehi pendapatan tambahan bagi menampung kenaikkan kos sara hidup pada masa ini.

Mereka juga sedang melebarkan sayap perniagaan sehingga ke Sungai Golok, Kedah, Terengganu dan Maran, Pahang melalui beberapa agen jualan stokis yang akan dilantik dalam masa terdekat.

Daily Tast, Kedai Kek RM10 murah Kelantan, membuat kek, kekSaya tidak lah mahir bab-bab kek ini. Jadi saya tanya beliau, apa yang menarik dan unik tentang produk kek RM10.00 yang beliau buat di kedainya. Katanya, kek yang dibuat bukan jenis kek sponge. Perbezaan jenis kek yang saya jumpa ada 3 sahaja. Kek Chiffon, Kek Span (Sponge) dan Kek Paun (Pound). Bagi kek chiffon teksturnya  lembut, ada ruang-ruang udara (berspan) dan ringan. Bagi kek span pula teksturnya lembut, dan ringan. Manakala kek paun pula teksturnya padat, berat dan lembap (Moist).

Apa yang lebih menarik lagi, beliau memberitahu bahawa sekiranya beliau membuat kek pada harga RM20.00, kebanyakkan warga tempatan kurang membeli kek pada harga sedemikian. Oleh sebab itu, kek yang dijual kebanyakkannya pada harga RM10.00 untuk memberi peluang kepada warga sekitar menikmati kek hasil buatan kedainya. [Makan sedap makan sihat]

Bagi peminat kek dan roti yang berkesempatan ke Kelantan, boleh lah merasa kek itu bagi pihak saya. Sesiapa yang berminat boleh pergi terus ke alamat Lot 448 Kg Pdg Salim, 16090 Kota Bharu, Kelantan atau menghubungi beliau melalui nombor telefon yang tertera di laman Facebook rasmi Daily Tasty.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon