Kenapa permohonan google adsense gagal

Permohonan google adsense gagal, Google Adsense gagal, Google Adsense ditolakPermohonan untuk melayakkan iklan Google Adsense diletakkan di blog BILA LELAKI BERBICARA ditolak sekali lagi. Untuk kali berapa pun saya tidak ingat. Tetapi saya rasa ada lebih 5 kali. Namun pada kali ini, berjaya sehingga review kali ke-2. Bagi saya itu adalah satu tanda positif. Kenapa permohonan Google Adsense saya gagal?

Selepas beberapa kali ditolak saya cuba untuk memperbaiki beberapa kesalahan yang terdapat di blog ini. Namun pada kali ini juga ditolak juga dan saya memahami alasan kenapa permohonan Google Adsense saya gagal. Oleh itu, saya akan memperbaiki lagi kesalahan yang telah saya lakukan untuk blog ini. Membuat blog baru supaya permohonan Google Adsense diterima? 

Sebenarnya berat hati saya untuk meninggalkan blog ini dan membuat blog baru untuk melayakkan iklan Google Adsense diletakkan di dalam blog ini. Saya akan cuba memperbaiki lagi supaya mematuhi kehendak Google Adsense. Saya catatkan serba sedikit alasan mengapa permohonan saya ditolak supaya menjadi sejarah bagi blog ini pada masa hadapan.

Template Simple Blogger dan tidak sesuai. Pada mulanya saya menggunakan template blog yang telah disediakan oleh blogger untuk mendaftar Google Adsense. Ternyata permohonan tersebut ditolak. Namun pada masa itu, saya kurang memahami sebenarnya apa itu Google Adsense. Maklumlah baru mula membuat blog. Jadi saya tidak mengambil perhatian sangat terhadap alasan yang diberikan pihak Google Adsense.

Widget asas tidak lengkap. Contact Form, Disclaimer, Term of Services, Privacy Policy tidak ada dalam blog ini. Jadi pada masa itu memang sekejap sahaja mendapat maklum balas permohonan gagal. Pada masa itu, baru saya mula membaca di blog-blog untuk mencari beberapa panduan untuk membuatkan Google Adsense lulus. Kadang-kadang pening dan makan masa juga kerana perlu duduk dihadapan komputer untuk jangka masa yang agak lama.

Konten tidak banyak penulisan. Itu saya akui, kerana post tidak banyak dan ayat pun tulis pendek-pendek sahaja. Jadi itu tidak mencukupi bagi pihak Google Adsense kerana Google Adsense lebih mesra kepada blog yang mempunyai banyak tulisan untuk meletakkan iklan jenis Text Link. Oleh kerana itu, saya telah memulakan inisiatif untuk menulis lebih panjang sedikit dari kebiasaan. Saya berharap pengunjung tidak bosan membaca pula.

Tidak mematuhi Adult Content Site. Mula-mula saya terpinga-pinga juga kenapa pihak Google Adsense memberikan alasan tersebut. Selepas saya semak semula semua blog post saya, barulah saya faham kerana terdapat perkataan dan tajuk post yang saya gunakan untuk membawa maksud ke arah Adult Content Site. Untuk kali ini, saya terpaksa menghapus artikel yang berkaitan supaya permohonan akan datang berjaya diluluskan.

Selain daripada apa yang saya nyatakan di atas, tidak dapat saya nyatakan kerana permohanan saya ditolak tanpa alasan. Mungkin ada sebab lain yang saya tidak nampak dan pasti tentangnya. Saya akan cuba memperbaiki apa yang perlu untuk membolehkan iklan Google Adsense di tampal di blog ini. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, jika kita berusaha sebaiknya, InsyaAllah kita akan berjaya. Kesimpulannya, Google Adsense mengutamakan blog yang tiada provokasi dan nampak profesional. Ia bukan sekadar blog, tetapi mempunyai konten yang bagus. Quality better than quantity.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon