Lokasi gambar Whatsapp disimpan

Cara mengetahui lokasi gambar Whatsapp disimpan, padam gambar WhatsappWhatsapp adalah salah satu medium perhubungan media sosial dan perniagaan yang sangat popular. Selain daripada itu terdapat juga jenis media sosial yang lebih kurang sama dalam kategorinya seperti Telegram, WeChat dan lain-lain yang tidak disebutkan di sini. Kini, dianggarkan seramai 1 bilion orang daripada 7 bilion penduduk bumi menggunakan aplikasi Whatsapp seperti yang diumumkan di Whatsapp blog.

Kepelbagaian fungsi mudah telah disediakan di aplikasi Whatsapp untuk menarik minat pelanggan setia menggunakannya termasuklah menghantar gambar, video, rekod suara dan sebagainya. Tambahan lagi, ianya juga membenarkan pengguna mewujudkan satu kumpulan Whatsapp berasingan mengikut kehendak masing-masing. Secara jelasnya manusia itu mempunyai sikap yang berbeza-beza diantaranya menghantar gambar yang sangat tidak sesuai disimpan dalam rekod Whatsapp.

Sudah tentu pengguna akan menghapuskan rekod gambar yang tidak digemari supaya tidak menjadi salah faham kepada kekasih atau pasangan masing-masing. Apalagi sekiranya yang telah mempunyai pasangan hidup, tentu sekali akan menimbulkan masalah dan mampu menggugat kebahagiaan rumahtangga. Paling teruk pasangan kita mula menguji kesetiaan kita untuk melihat adakah kita curang atau tidak.

Cara mengetahui lokasi gambar Whatsapp disimpan, padam gambar WhatsappCara mengetahui lokasi gambar Whatsapp disimpan, padam gambar WhatsappMungkin kita tidak mengetahui lokasi gambar Whatsapp yang dihantar dan diterima disimpan terutamanya bagi pengguna Android. Tentunya kita pernah melihat simbol Auto Backup Message Whatsapp yang mencadangkan pengguna untuk membuat chat backup atau file lain. Sebagai contoh saya tidak membuat sebarang chat backup tetapi rekod penghantaran gambar dan menerima gambar tetap disimpan. Jadi sebagai langkah keselamatan anda, lakukan pemeriksaan di lokasi seperti yang saya nyatakan di bawah sekiranya terdapat gambar-gambar yang tidak sepatutnya anda simpan. (Sila rujuk gambar). Note: Bagi pengguna yang menggunakan akaun email gmail sahaja. [10 sebab kenapa wanita cemburu]

Cara-cara untuk mengetahui lokasi gambar adalah seperti berikut:

1. Buka Google Chrome > Login E-mail Gmail anda.             Mobile Traffic=$$. Join Mobicow Now!
2. Perhatikan bulatan No 1 dalam gambar dibawah.
3. Kemudian, lihat pula bulatan No 2. Klik Drive.
4. Lihat dan klik pada Google Photos.

Anda akan melihat begitu banyak gambar disimpan di Google Photos dari sumber medium sosial yang lain termasuk gambar yang anda upload untuk kegunaan blog. Jadi anda boleh buang gambar mana yang tidak patut disimpan selain daripada delete gambar anda direct daripada akaun medium yang lain.

2 Comments

guna google drive ni senang. boleh simpan berapa banyak files dan kalau ada assignment ke apa pun simpan dalam google drive. orang kata selamat dan tak akan hilang. hehe

Betul. Lagi pun kalau file besar sangat tak dapat nak transfer guna email...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon