Ruang Iklan

Peralatan keselamatan (safety gear) mendidik anak

SaufAsia, Safety Gear, Peralatan keselamatan untuk anakMendidik anak bukan sahaja perlu mengetahui apa itu A, B dan C atau pun 1,2 dan 3 sahaja. Pendidikan awal kanak-kanak berkenaan aspek keselamatan sangat penting dan bermanfaat kepada mereka supaya membesar dalam keadaan mengutamakan keselamatan diri masing-masing. Dewasa ini, berlaku banyak kejadian yang tidak diingini melibatkan anak-anak kecil semasa bermain bersama rakan, lemas di tasik atau kolam, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Ibubapa wajar mendidik anak dari kecil betapa pentingnya aspek keselamatan diri. Bagaimana cara mendidik anak sedangkan mereka kurang berminat mendengar ucapan panjang lebar berbanding bermain, menonton kartun, permainan video serta memegang gadget seperti smartphone. Salah satu cara yang boleh ibu bapa lakukan adalah dengan memberikan peralatan keselamatan bersesuaian supaya mereka menggunakannya semasa melakukan sebarang aktiviti fizikal. Alasan ibu bapa beri Gadget pada anak

SaufAsia, Safety Gear, Peralatan keselamatan untuk anak,basikalContoh peralatan keselamatan (safety gear) bagi melakukan aktiviti berbasikal adalah topi keselamatan (Helmet). Pemakaian topi keselamatan semasa kanak-kanak menaiki basikal tidak menjadi peraturan yang perlu dipatuhi di negara ini. Kita dapat lihat pemakaian topi keselamatan ketika menaiki basikal hanya melibatkan acara sukan serta segelintir kumpulan aktiviti berbasikal sendiri sahaja. Bagi anak-anak kecil yang lain, aktiviti berbasikal tidak dididik menggunakan peralatan keselamatan yang betul.

Kesan daripada perkara itu, sekiranya berlaku kemalangan ketika menaiki basikal, kepala adalah anggota penting yang perlu dilindungi. Sedangkan penunggang motorsikal yang memakai topi keselamatan juga masih belum tentu selamat jika terjatuh atau dilanggar. Sudah tentu risiko kecederaan yang teruk bakal dialami oleh anak kecil jika terjatuh atau dilanggar. Kecuaian ibubapa punca anak kemalangan

Peralatan keselamatan (safety gear) topi keselamatan edaran SaufAsia sebagai contohnya. Topi keselamatan ini berbeza dengan topi keselamatan bercorak kartun yang banyak dijual di pasaran kerana standard kualitinya. Menepati standard (CE EN 1078 Standards) tentunya mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin berlaku terhadap anak kita. Sekiranya ibu bapa ingin meluangkan masa melakukan aktiviti berbasikal bersama anak kecil, peralatan keselamatan SaufAsia menawarkan Weeride Child Bicycle Carrier yang membolehkan anak sekecil 10 bulan boleh mengikuti anda menaiki basikal.

SaufAsia, Safety Gear, Peralatan keselamatan untuk anak, Sekiranya anak kecil telah dididik untuk sentiasa menggunakan peralatan keselamatan, sudah tentu ianya akan menjadikan perkara biasa bagi anak sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berisiko. Selain daripada aktiviti berbasikal, jaket keselamatan berenang (Newborn hingga 14kg) juga boleh di beli daripada SaufAsia semasa aktiviti beriadah bersama keluarga di  kolam renang. Peralatan keselamatan (safety gear) mendidik anak untuk mengutamakan keselamatan, dan mampu kurangkan risiko kecederaan kepada mereka. Facebook SAUFKidssafetygear

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon