
Memandangkan lokasi kedai IKEA yang terletak jauh dari negeri selatan tanah air, lima anak muda telah mengambil inisiatif untuk memberi peluang kepada pembeli di sekitar negeri Johor memiliki produk IKEA tanpa perlu pergi ke stor IKEA bertempat di Cheras atau Damansara, Kuala Lumpur. IKEA Southern Runner & Transport (ISRT) (Daftar Perniagaan: JM0770329-M) telah diwujudkan untuk memberi perkhidmatan runner kepada pembeli produk barangan IKEA.

ISRT menawarkan caj kadar bayaran yang berpatutan kepada pembeli. Apa yang perlu dilakukan oleh pembeli adalah menyemak katalog IKEA berkenaan barang-barang yang ingin dibeli dan memaklumkan kepada ISRT tentang produk yang hendak dibeli, Setelah itu, melalui trip perjalanan yang akan dimaklumkan kepada pembeli, mereka akan pergi ke stor IKEA dan membelikan untuk anda dengan sedikit bayaran pengangkutan (Lori) dan kos buruh (Pembelian & Punggah) sahaja.
Cara-cara untuk membuat tempahan produk IKEA melalui IKEA Southern Runner & Transport (ISRT) adalah dengan menyemak barang di katalog IKEA, dan menghantar gambar atau maklumat berkenaan barang ke nombor 019-7524051 / 013-7609060. Selepas itu mereka akan membuat kiraan tentang kos tambahan yang perlu dibayar oleh pembeli. Kriteria dalam perkiraaan caj berpandukan berat, saiz dan keadaan barang yang hendak dibeli.
Kepada peminat produk IKEA di selatan, anda memerlukan perkhidmatan membeli produk IKEA tanpa melalui beberapa perkara berikut: membayar harga minyak kenderaan dan tol, singgah di RnR dan makan, bermalam di Kuala Lumpur kerana keletihan berasak-asak membeli, mencari kawasan parkir selama beberapa jam atau membayar caj parkir yang mahal di Kuala Lumpur, singgah melawat IKEA Southern Runner & Transport (ISRT) di laman Facebook [Runner IKEA]. Pasti memudahkan!