Termometer digital yang bagus untuk bayi

Termometer digital murah, termometer untuk anakPada posting sebelum ini Jenis termometer suhu yang terbaik untuk anak, saya telah menerangkan tentang mengapa perlunya ibubapa untuk melakukan persediaan sekiranya anak mengalami demam panas. Tips apabila anak demam panas juga telah menerangkan beberapa langkah penting yang perlu dilakukan segera oleh ibubapa untuk mencegah anak daripada mengalami Epilepsy atau Seizure. Penyakit yang seboleh-bolehnya kita tidak mahu menyerang anak kesayangan kita kerana mereka tidak perlu menanggung kesan akibat kecuaian ibubapa.

Pada posting kali ini, saya akan berkongsi serba sedikit berkenaan termometer digital yang bagus untuk bayi. Ianya memudahkan ibubapa melakukan pemeriksaan suhu panas badan anak tanpa melakukan contact secara langsung kepada anak. 

Umum kita mengetahui ada 3 jenis alat pengukur suhu panas untuk demam yang dapat kita gunakan untuk memeriksa suhu pada bayi atau anak kecil. Apa yang paling penting adalah bagi anak-anak yang berusia 5 tahun ke bawah amat perlu di kawal suhu panas badannya supaya kelalaian ibubapa tidak menyebabkan mereka mendapat penyakit yang lain.

Forehead Strip Thermometer, Pen Type Digital Thermometer dan Infrared Non-Contact Thermometer adalah antara contoh jenis termometer yang mudah digunakan, berkualiti serta harganya mampu milik setanding dengan jenama produk yang lain. Ianya memberikan ibubapa pilihan untuk melakukan persediaan dalam menghadapi situasi anak demam panas mengejut di waktu tengah malam dan sebagainya. 

Apabila anak demam panas, kadang kala susah untuk ibubapa membuat pemeriksaan suhu badan kerana mereka mudah meragam, merengek dan takut sekiranya ibubapa melakukan sesuatu yang sakit kepada mereka. Seperti anak saya juga, ada masa mereka rela, ada masa menangis tidak mahu diperiksa oleh doktor di klinik. Jadi dengan Infrared Non-Contact Thermometer doktor tidak perlu menyentuh badan anak saya secara langsung. Ianya sangat praktikal.

Termometer digital murah, termometer untuk anak
Selain mempunyai 2 tahun waranti (Manufacturing Defects), Infrared Non-Contact Thermometer  jenama Plusmed, model plusSCAN ini mempunyai ciri-ciri mengukur dalam tempoh 1 saat sahaja. 1 saat sahaja untuk anda mendapatkan suhu badan anak. Saya rasa mereka tidak sempat untuk menangis. Tambahan lagi, ianya mempunyai paparan LCD dengan lampu backlight, penggera demam panas, penukaran °C atau°F serta mematikan secara automatik yang mampu menjimatkan bateri.

Pada harga sekitar RM170.00, tentunya adalah sesuatu yang bernilai jika memilikinya untuk kegunaan bertahun-tahun oleh ibubapa. Berbanding hanya sekitar RM15.00 sahaja bagi Pen Type Digital Thermometer, Infrared Non-Contact Thermometer dilihat sebagai alat pengukur suhu badan yang sangat praktikal malahan telah digunakan dikebanyakkan hospital tempatan di Malaysia untuk menjimatkan masa pemeriksaan suhu badan pesakit. 

Suhu badan panas bukan penyakit demam panas sahaja pada masa ini, ianya mungkin penyakit H1N1, atau yang penyakit lain yang tidak kita ketahui. Ibubapa tidak boleh menganggap ianya penyakit yang remeh tanpa perlu melakukan pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan di klinik atau pun di hospital. Anak kecil tidak dapat memberitahu tentang apa yang mereka rasa selain daripada menangis tanpa henti, tetapi ibubapa lah yang mampu menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang dengan melengkapkan keperluan mereka tanpa mereka sedar. Ibubapa akan sentiasa berusaha melindungi anaknya walaupun kadangkala mereka sentiasa diabaikan oleh anaknya sendiri.

4 Comments

tak pernah guna termometer digital ni kecuali kalau di klinik. tapi betul tu susah jugak tak ada benda ni sebab suhu kanak-kanak kalau demam memang xdijangka

Saya selalu juga guna... Senang je.. Bacaan suhu lebih tepat. Kalau dia meronta pun tak pe.. Kadang-kadang tak perlu bawa ke hospital pun sebab bacaan demam biasa atau pun anak panas sebab bermain lari sana sini.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon