Senarai barang wajib jual di kedai runcit

Senarai barang wajib jual di kedai runcit| Saya mendapat maklum balas yang sangat positif melalui artikel cara susun barang kedai runcit dan juga jenis-jenis barang kedai runcit yang telah saya siarkan sebelum ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri tersebut. Jika anda belum berkesempatan membacanya boleh klik sahaja pada link pautan di atas.

Cara memilih template blog yang sesuai

Cara memilih template blog yang sesuai| Selesai pertukaran blog template bagi dua blog saya iaitu blog bilalelakiberbicara.com dan noorazlantumiran.blogspot.com. Kali ini saya memilih template daripada Arlina Design iaitu template NLight. Seperti biasa template yang akan saya guna adalah bercirikan minima, responsive dan tentunya sangat mesra dengan Adsense.

Berlaku adil dalam mendidik anak

Berlaku adil dalam mendidik anak| Ibu bapa seharusnya berlaku adil dalam mendidik anak-anak. Tidak boleh melebih-lebih kepada yang seorang tetapi kurang pula pada yang lain. Untuk berlaku adil dalam apa juga bentuk sokongan kepada anak kadangkala agak sukar kerana ibu bapa perlu bijak menangani emosi anak yang berbeza-beza. Kegagalan ibu bapa menghadapi perbezaan sifat anak-anaknya akan menimbulkan perasaan cemburu dan tidak puas hati dikalangan adik beradik. Lebih mendukacitakan apabila ianya berlarutan sehingga masing-masing sudah pandai membawa haluan sendiri.

Positifkan sifat cemburu dalam diri

Positifkan sifat cemburu dalam diri| Salah satu sifat semulajadi seorang manusia adalah sifat cemburu atau biasanya disebut juga "jeles" (jealous). Begitu juga dengan haiwan. Mereka juga mempunyai rasa cemburu antara sesama mereka. Sekiranya rasa cemburu menguasai akal, maka terjadilah pergaduhan, pemburuan dan pembunuhan. Tetapi haiwan tidak akal yang cerdas seperti manusia. Namun kadang kala manusia lebih buas berbanding haiwan.

Cikgu sapu duit PIBG sekolah

Cikgu sapu duit PIBG sekolah| Sebenarnya kisah cikgu guna duit PIBG sekolah untuk bercuti ini telah berlalu beberapa minggu lalu. Cuma saya baru sempat untuk membuat ulasan berkenaan perkara ini. Maklumlah kuota internet sudah maksimum minggu lalu, bertabah sahaja sementara ada bajet lebihan untuk menukar plan internet yang baharu.

Cara mengazankan bayi lelaki dan perempuan

Cara mengazankan bayi lelaki dan perempuanBagaimana cara azan pada bayi lelaki dan perempuan yang betul menurut Islam? Rezeki mendapat anak adalah perkara yang sangat membahagiakan bagi ibu bapa. Menyambut kelahiran anak setelah menunggu selama hampir lebih dan kurang 38 minggu, tentunya sangat mengujakan. Setiap pasangan ibu bapa muslim yang bakal menyambut insan baru dalam rumahtangga, menyambut kelahiran dengan laungan azan sederhana bagai melengkapkan proses menyambut kelahiran bayi sama ada bayi yang lahir adalah lelaki atau perempuan.

Jadual dan tarikh gaji kerajaan 2018

Jadual dan tarikh gaji kerajaan 2018| Berikut adalah Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Kerajaan bagi Tahun 2018. Semasa di sekolah, jadual kelas menjadi tatapan penting bagi budak sekolah. Kalau sudah bekerja, tarikh gaji adalah salah satu maklumat yang sangat penting supaya memudahkan perancangan kewangan keluarga.

Contoh Teks Ucapan Majlis Perpisahan Pra-Sekolah

Contoh Teks Ucapan Majlis Perpisahan JPTP Pra-Sekolah| Majlis Perpisahan Pra-Sekolah Tabika Perpaduan di sekolah anak saya telah berlangsung pada 16 November yang lalu. Agak lewat saya mengemaskini artikel ini ke dalam blog memandangkan kekangan masa untuk menulis. Walau bagaimanapun, saya kongsikan Contoh Teks Ucapan Sempena Majlis Perpisahan Tabika Perpaduan untuk rujukan pada masa hadapan.

Lynnity Botanic Health and Relief [Review]

Lynnity Botanic Health and Relief [Review]| Pernah dengar Botanic Health (Citrus) dan Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil)? Lynnity (Jom Jadikan Ladang Sebagai Farmasi) adalah revolusi rawatan perubatan tradisional yang dimulakan oleh Ban Siew Chinese Medical Hall, meningkatkan produk herba tradisional cina ke satu tahap yang lebih tinggi. Saya merasa bertuah diberi peluang untuk mencuba sendiri produk Lynnity iaitu Lynnity Botanic Health (Citrus) dan Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil).

Berhati-hati dalam berbicara: Fitnah Dajjal

Berhati-hati dalam berbicara: Fitnah Dajjal| Menjaga lidah daripada berkata dusta. Apabila terlalu banyak bercakap perkara yang memudaratkan orang lain, bahananya bakal membawa duka kepada orang berkata dan orang yang dikata. Pesanan ini untuk diri saya sendiri yang sentiasa khilaf dalam kehidupan. Orang mukmin sangat menjaga lidahnya dan diamnya bukan kosong, bicaranya sukar dipatahkan. Moga kita semua mencapai kearah itu.

Ciri-ciri Attention Seeker

Ciri-ciri Attention Seeker| Apakah maksud Attention Seeker? Ianya jelas bermaksud pencari perhatian dalam Bahasa Melayu manakala terjemahan lain pula mengatakan bahawa Attention Seeker adalah seseorang yang bertindak semata-mata dengan cara yang ditujukan untuk menarik perhatian orang lain. Menurut Persatuan Psikitari Amerika, penyakit Gangguan Personaliti Histrionic (HPD) ditakrifkan sebagai  "gangguan keperibadian yang bercirikan corak emosi mencari perhatian yang berlebihan, biasanya bermula pada masa dewasa dewasa, termasuk kelakuan yang mengganggu.."

Fesyen rambut lelaki zaman dahulu

Fesyen rambut lelaki zaman dahulu| Trend gaya rambut lelaki terkini agak moden dan kreatif dengan seni ukiran di kepala. Tambahan lagi dengan penggunaan minyak rambut Pomade atau spray rambut lelaki menjadikan seorang lelaki kelihatan lebih bergaya, kemas dan tampan. Namun fesyen rambut lelaki dahulu sebenarnya tidak kurang hebat juga dan tetap kelihatan cool sesuai dengan peredaran masa.

Budak lelaki paling hensem di sekolah

Budak lelaki paling hensem di sekolah| Sebut sahaja budak lelaki paling kacak di sekolah, tentu menjadi rebutan dan bualan remaja perempuan. Di kolej agak sukar meraih gelaran lelaki paling hensem jika kapasiti pelajarnya terlalu ramai memandangkan terlalu ramai lelaki hensem. Wah! Mulalah lelaki perasan. Jika saya ditanya berkenaan lelaki paling hensem dalam Malaysia tentunya saya sukar untuk bercakap mengenainya berbanding apabila seorang wanita berbicara mengenainya.

Cara mengatasi masalah susah tidur (Insomnia)

Cara mengatasi masalah susah tidur (Insomnia)| Masalah sukar tidur malam hari sangat berkait dengan sejenis penyakit yang disebut Insomnia. Keadaan susah tidur malam boleh membawa mudarat kepada kesihatan seseorang sekiranya perkara ini berlarutan saban hari tanpa diatasi. Tempoh waktu tidur yang disarankan adalah berbeza mengikut kesesuaian umur kedewasaan seorang manusia.

JDT VS PERAK Malaysia Cup 2nd League 2017

JDT VS PERAK Malaysia Cup 2nd League 2017| Esok 21.10.2017, pertembungan yang pasti sangat menarik antara dua pasukan, Johor Darul Ta'zim Football Club (JDT FC) dan Perak The Bos Gaurus Football Club or Perak TBG dalam pusing kedua Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium Ipoh, Perak pada 15 Oktober yang lalu.

Keselamatan anak-anak bersama pembantu rumah

Keselamatan anak-anak bersama pembantu rumah| Masa telah berlalu manakala isu penderaan pembantu rumah sudah reda kembali. Namun tidak mustahil isu penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah terutamanya akan kembali meragut emosi masyarakat pada masa hadapan. Apabila tersebarnya video penderaan kanak-kanak, maka seluruh masyarakat di negara ini akan mengutuk, mencaci, menangis dan tersentuh akibat perbuatan pembantu rumah terhadap kanak-kanak. Jika penderaan mengakibatkan kematian kepada kanak-kanak yang didera, ibu bapa terlibat akan mengalami tekanan, kemurungan dan menyesal seumur hidup kerana tidak mampu melindungi anak tersayang.

Kaedah Rawatan Perubatan dalam Islam yang betul

Kaedah Rawatan Perubatan dalam Islam yang betul| Terbit idea untuk menghimpunkan seberapa banyak cara rawatan perubatan dalam islam untuk panduan pembaca supaya mampu membezakan mana satu cara yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional adalah benar-benar mengikut apa yang disarankan dalam Islam ataupun kaedah rawatan perubatan tradisional bercirikan syirik, kurafat atau tahyul.

Usah buka aib rumahtangga sendiri

Usah buka aib rumahtangga sendiri| Rentetan daripada kes hangat yang sedang berlaku dalam rumahtangga seorang artis dan bekas isterinya, teringin juga saya ingin mengulas supaya menjadi peringatan buat diri sendiri serta pembaca blog ini. Saya tahu saya bukan lelaki terbaik dan sempurna tetapi moga ulasan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pasangan suami isteri walau sesiapa pun anda.

AMP Blogger Template: Kelebihan dan Kekurangan

AMP Blogger Template: Kelebihan dan Kekurangan| Jika anda mengikuti perkembangan dunia IT, pasti anda akan mengetahui berkenaan Projek AMP. AMP adalah singkatan kepada Accelerated Mobile Pages (AMP) di mana ianya Open Source Project oleh Google untuk menyediakan kandungan optimum mudah alih yang boleh memuatkan dengan kadar lebih pantas di mana-mana sahaja Pada zaman ini, semua perkara mahu dilakukan dengan pantas. Kelajuan internet atau pengangkutan sebagai contohnya kerana masa itu adalah emas.

Cara elak anak dirogol dicabul bapa

Cara elak anak dirogol dicabul bapa| Nampak kasar pada tajuk entri ini tetapi inilah realiti yang sedang berlaku pada zaman ini. Anak dirogol bapa kandung, anak bawah umur dirogol bapa tiri, anak dirogol bapa tiri. Semuanya jelas telah berlaku dan mungkin berlaku lagi pada masa hadapan. Tips elak anak jadi mangsa rogol ini sangat praktikal diamalkan. Bukan tidak percaya pada bapa sendiri tetapi waspada itu mengelakkan masa depan anak gadis menjadi gelap.

MYLARA Skincare - Giveaway Shahida Dzulkafli

MYLARA Skincare - Giveaway Shahida Dzulkafli| Satu lagi Giveaway buat hari ini. Hari Selasa Hari Giveaway Sedunia. Mari sertai Giveaway ini yang dijalankan oleh Sis Shahida Dzulkafli. Hadiahnya memang sesuai untuk perempuan. Blogger lelaki yang sertainya boleh hadiahkan kepada kekasih, ibu, adik perempuan atau isteri. Tarikh tutup pada 15 Oktober 2017. Pemenang bakal memenangi Facial Set yang ada Collagen Cleanser, Facial Toner, Matte Miracle CC Cream SPF-30 & Night Cream berserta Glowing Gel. Siapa mahu beri percuma kan? Jom sertai!

Giveaway Suka Hati Lah by E'in

Giveaway Suka Hati Lah by E'in| Hari ini saya ingin menjemput blogger untuk menyertai Giveaway daripada E'in. Tajuk dia kan Suka Hati Lah. Syarat Giveaway yang dimahukan juga mudah. Tarikh tutup Giveaway ini adalah pada 23 Oktober 2017. Hadiahnya adalah Sebotol De'xandra Perfume.

Blogger menjual diri untuk berjaya

Blogger menjual diri untuk berjaya| Jangan ada yang memandang entri ini melalui pandangan negatif. Nanti saya rotan 2 kali. Sebenarnya beberapa hari lepas saya ada terbaca entri berkenaan menjual diri pada entri Atiehilmi.com. Entri berkenaan PLATFORM UNTUK BLOGGER DAPATKAN DUIT POKET MELALUI REVIEW. Pada saat ini pula saya hanya ingin menulis sesuatu tanpa perlu berfikir banyak memandangkan dalam masa yang sama sedang menunggu sampel darah dan air kencing saya selesai di analisis. Bukan sampel saya tetapi sampel yang dihantar kepada kami. Oleh itu, setelah selesai blogwalking blog rakan blogger yang lain, kini tiba saya pula menyiapkan satu entri pada hari ini.

Alam perkahwinan umpama suami isteri belayar bersama

Alam perkahwinan umpama suami isteri belayar bersama| Satu perumpamaan yang adil bagi saya. Cabaran alam perkahwinan umpama menaiki kapal bersama suami atau isteri. Proses pernikahan antara lelaki dan perempuan termuktamad selepas akad. Selepas itu naiklah si suami ke atas kapal bersama isteri manakala menjadi kewajipan bagi si isteri menuruti kemahuan si suami.

Anak demam tumbuh gigi kekal gigi susu patah

Anak demam tumbuh gigi kekal gigi susu patahDeciduous teeth (gigi yang gugur) atau Primary Teeth lebih dikenali sebagai gigi bayi atau juga gigi sementara. Nama paling sinonim di kalangan kita adalah gigi susu. Gigi susu tidak akan kekal lama. Satu persatu akan tertanggal dan digantikan dengan gigi kekal. Kenapa tiba-tiba bercerita berkaitan gigi kan? Saya bukan pakar gigi. Gigi saya juga berlubang-lubang sebab tidak ikut nasihat doktor masa muda remaja dahulu.

HASRULHASSAN.COM: Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017

HASRULHASSAN.COM: Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017| Segmen bloglist akhir tahun 2017 dianjurkan oleh bro Hasrul Hassan melalui blog beliau HASRULHASSAN.COM. Bro Hasrul Hassan adalah seorang blogger otai di Malaysia.Oleh itu, peluang menyertai Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 tidak mungkin saya lepaskan. Syarat-syarat yang diperlukan juga tidak sukar untuk dipenuhi seperti apa yang saya catatkan di bawah ini.

Jangan sampai macam tu cikgu!

Jangan sampai macam tu cikgu!| Peranan cikgu adalah mendidik. Kecemerlangan seorang guru berpandukan prestasi pelajar di dalam kelas melalui ujian dan peperiksaan. Namun cikgu juga dikehendaki mencapai sasaran Key Performence Indicators (KPI) atau dalam Bahasa Melayunya diterjemahkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang cemerlang sebagai ukuran yang digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya benar dan dipersetujui. Namun wajarkah sekiranya cikgu menggunakan alasan di atas untuk mendesak, mengugut dan menghina ibu bapa supaya sasarannya tercapai?

Sukaneka sekolah anak ibu bapa yang geram

Sukaneka sekolah anak ibu bapa jadi geram| Pernah hadiri sukan atau sukaneka sekolah anak? Pada hujung minggu lalu saya dan isteri bersama anak-anak kami menghadiri Minggu Perpaduan Peringkat Bahagian Sibu, Sarawak dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Program berlangsung pada 30 September 2017 bertempat di Lakeside Corridor, Taman Permai. Kebetulan pula, jarak rumah dengan lokasi program tidak jauh. Boleh berlari anak jika mahu ke sini.

Menyepi bila kuota internet habis

Menyepi bila kuota internet habis| Agak lama juga menyepi dalam blog. Komen juga belum sempat balas. Sejak dua minggu lepas, agak sibuk dengan urusan pejabat dan alasan paling tepat adalah kuota internet habis awal sebelum sampai hujung bulan. Sedih dan sadis.

Elak sekat keyakinan anak sedari kecil

Elak sekat keyakinan anak sedari kecil| Hujung minggu lalu telah berlangsung kejohanan ping pong dan saya telah menyertainya bersama rakan sepejabat. Entri berkenaan telah saya publishkan pada tajuk Sibu Division (Non-Chine) Open Table Tennis 2017. Pada sebelah malamnya pula, pihak penganjur telah menjemput semua peserta untuk hadir pada Dinner Buffet untuk meraikan kedatangan peserta kejohanan terutamanya yang datang dari Johor, Putrajaya, Sabah dan banyak lagi.

Sibu Division Non-Chinese Open Table Tennis Championship 2017

Sibu Division Non-Chinese Open Table Tennis Championship 2017| Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu, Sarawak telah menyertai Kejohanan Terbuka Ping Pong bagi Kategori Non-Chinese Bahagian Sibu anjuran Persatuan Ping Pong Sibu. Kejohanan bermula pada 23 hingga 24 September 2017 yang lalu dan telah berlangsung di Stadium Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu yang terletak di Jalan Merdeka.

Anak demam panas boleh berjangkit-jangkit

Anak demam panas boleh berjangkit-jangkit| Entri sebelum ini saya ada ceritakan bagaimana anak saya Naufal demam panas dan bercakap sendiri dengan tajuk entri anak demam panas dan berhalusinasi. Selepas Naufal beransur pulih, kini tiba giliran adiknya, Rania pula mengalami simptom demam panas. Namun kali ini ceritanya berbeza.

Dialogue Sessions with Blood Donation Organizers

SIBU Dialogue Sessions with Blood Donation Organizers| Semalam, 17 September 2017 bertempat di Hotel Tanahmas, Sibu Sarawak telah berlangsung sesi dialog bersama penganjur-penganjur program derma darah sekitar kawasan Sibu, Sarawak sempena Sambutan Hari Malaysia Tahun 2017. Sesi dialog anjuran Malaysia Red Crescent Society Sibu ini adalah sebahagian usaha mempertingkatkan lagi kerjasama sedia ada di antara penganjur dan persatuan bagi memberi kesedaran kepada orang awam supaya menderma darah demi keperluan Bank Darah Negara.

Anak demam panas dan berhalusinasi

Anak demam panas dan berhalusinasi| Segelintir ibu bapa tentunya pernah mengalami masalah seperti saya. Anak saya mula mengalami simptom demam panas pada Hari Jumaat yang lalu. Pada jangkaan saya seperti sebelum ini, selepas dua hari atau tiga, demamnya akan mula kebah dan kembali pulih seperti sedia kala.

5 petua pilih hadiah untuk lelaki

Hadiah untuk lelaki - 5 petua pilih hadiah lelakiTips terbaik pilih hadiah untuk lelaki yang wanita boleh cuba. Tips ini boleh membantu wanita merungkai kekusutan berkenaan apakah hadiah paling sesuai untuk lelaki yang patut di beri oleh wanita pada tarikh hari lahirnya atau tarikh-tarikh penting bagi lelaki. Hadiah untuk lelaki tidak semestinya mahal tetapi valueable dan meaningful bagi mereka.

Susulan Tragedi Pusat Tahfiz Terbakar

Susulan Tragedi Pusat Tahfiz Terbakar| Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat terbakar awal pagi hari ini. Kejadian dipercayai bermula sekitar jam 05.10 pagi. Jumlah kematian melebihi 25 orang serta beberapa orang pelajar lagi berada dalam keadaan kritikal. Innalillah. Musibah ini bukan kejadian yang pertama dan mungkin bukan kali yang terakhir berlaku dalam negara ini.

Cara merawat ECZEMA dengan ECZY Dermatouch Balm

Cara merawat ECZEMA dengan ECZY Dermatouch Balm| Bagaimana merawat masalah kulit seperti ruam, ruam lampin, ekzema / eczema, kulit kering dan pedih, luka, bintat, dermatitis, gatal-gatal, kulit kemerahan serta keradangan? Mengalami masalah kulit terutamanya ekzema pasti merimaskan. Rasa tidak selesa dengan keadaan gatal akibat penyakit kulit akan membuatkan anda lebih gemar mengasingkan diri daripada aktiviti di luar rumah. Produk ECZY Dermatouch Balm mampu merawat / mengatasi masalah kulit secara semulajadi. Tidak percaya?

YouTube Channel BILALELAKIBERBICARA.COM cecah 5k views

YouTube Channel cecah 5k views| Masih ada 5k views lagi untuk dicapai supaya mendapat peluang Review daripada pihak You Tube. Tujuan Review tersebut adalah supaya iklan Google Adsense dapat dipaparkan di Channel You Tube saya. InsyaAllah dalam jangka masa sebulan dua, sasaran itu akan dicapai. Terima kasih kepada mereka yang sudi Subscribe channel saya.

Menyesal dapat suami panas baran

Menyesal dapat suami panas baran| Suami panas baran sangat dibenci oleh isteri. Ada kalangan suami mampu mengawal sifat panas baran mereka manakala segelintir lagi tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal sifat baran tersebut. Terdapat kemungkinan sebelum perkahwinan, agak sukar untuk wanita menemui sifat dalaman seorang lelaki melainkan terungkai lebih awal oleh situasi tidak terduga. Dalam keadaan marah yang tidak terkawal, sifat panas baran lelaki boleh memberi kesan jangka panjang kepada golongan isteri.

MINYAK RAJA QUDRAT (MRQ) - Minyak urut lemah tenaga batin

MINYAK RAJA QUDRAT (MRQ) - Minyak urut lemah tenaga batin| Salah satu punca penceraian rumahtangga adalah kerana suami mati pucuk. Guna MINYAK RAJA QUDRAT (MRQ) - minyak urut lemah tenaga batin. InsyaAllah boleh pulih daripada masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin. Sebelum mengenali apa itu Minyak Raja Qudrat (MRQ), elok terlebih dahulu kita mengenali salah satu bahan yang terdapat pada Minyak Raja Qudrat (MRQ) iaitu sejenis haiwan bernama Dhab.

7 alasan anda wajib ada insurans

7 alasan anda wajib ada insurans| Memiliki insurans pada masa ini dilihat mempunyai pro dan kontranya. Ada yang berpendapat memiliki insurans sangat penting manakala segelintir lagi berpendapat membazir kerana menguntungkan syarikat insurans sahaja. Sebenarnya memiliki insurans adalah pilihan dan ada beberapa sebab anda boleh mengambil insurans seperti beberapa alasan yang saya sebutkan seperti di bawah.

Erti kerjasama dalam organisasi

Erti kerjasama dalam organisasi| Melalui misi, visi dan sebagainya, mudah sekali untuk kita melihat perkataan kerjasama, mewujudkan kerjasama atau menjalin kerjasama termaktub di dalamnya. Adakah setiap pekerja memahami apa yang dimaksudkan dengan kerjasama? Adakah misi atau visi hanya sekadar misi dan visi untuk paparan profil syarikat atau organisasi kepada orang awam sahaja?

Tanda-tanda awal masalah mental

Tanda-tanda awal masalah mental| Siapa berani mengaku dia ada masalah mental? Siapa pula sanggup mengaku dia gila? Orang gila pun belum tentu akan mengaku dia gila. Manakala orang sihat pula tidak sedar yang sebenarnya dia mempunyai masalah mental. Sama ada masalah mental yang dihadapi masih dalam peringkat permulaan atau sudah kritikal, anda perlu tahu tanda-tanda awal masalah mental sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau rakan-rakan. Merawat masalah mental dari awal adalah lebih baik berbanding pesakit mental yang sudah kritikal atau boleh dikategorikan sebagai orang gila.

Panggilan ganti diri kepada blogger lain

Panggilan ganti diri kepada blogger lain| Pernah atau tidak terjadi kepada anda andai mahu meninggalkan komen pada ruangan komen blog milik blogger lain tetapi menghadapi situasi seperti saya. Mahu panggil bro, kak, sis, abang atau sebagainya. Mungkin ada, mungkin juga tidak mengambil berat berkaitan hal ini.

Kediaman UiTM 2 Mukah bukan taraf asrama

Kediaman UiTM 2 Mukah bukan taraf asrama| Saya pernah masuk UiTM sebanyak tiga kali. Satu di UiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan lama, UiTM Shah Alam, Selangor dan UiTM Jengka, Pahang. Saya masuk dan belajar sekali. Tetapi kali ini masuk sebagai bapa pelajar hantar anak sulung tiri ke UiTM 2 Mukah, Sarawak. Bila hantar anak hujung minggu yang lalu, perasaan ada sedikit berbeza berbanding mendaftar untuk diri sendiri.

Tips buat blog yang betul 1 (Meta Tags)

Tips buat blog yang betul 1 (Meta Tags)| Membuat blog tidak semudah yang disangka. Ya, anda boleh membeli template atau menggunakan template percuma daripada Blogger. Adakah semudah itu untuk anda menghasilkan sebuah blog yang mampu mendapat tempat di enjin carian? Tips buat blog yang betul adalah panduan kepada newbie blogger yang baru berjinak-jinak dalam menghasilkan blog supaya tidak melakukan beberapa kesalahan asas dalam membuat blog.

Jenis-jenis barang kedai runcit

Jenis-jenis barang kedai runcit| Dalam beberapa bulan lepas entri berkenaan cara susun barang kedai runcit telah saya publish dalam blog ini, terdapat persoalan yang saya terima berkaitan jenis-jenis barang kedai runcit yang perlu dijual di kedai runcit. Hal ini bermaksud begitu ramai bakal pengusaha kedai runcit moden mencari maklumat melalui internet sebagai inisiatif menambahbaik strategi menarik pelanggan ke kedai runcit. Syabas saya ucapkan.

Bukan semua blogger betul

Bukan semua blogger betul| Pembaca perlu menilai setiap artikel yang sedang dibaca pada sesebuah blog sama ada artikel yang sedang dibaca tersebut adalah benar atau salah menurut pertimbangannya. Ya, bukan semua blogger adalah betul.

Resepi Nasi Samin Sarawak

Resepi Nasi Samin Sarawak| Nasi Samin Sarawak boleh kita samakan dengan Nasi Minyak di semenanjung. Kalau di Sarawak, sebut sahaja Nasi Samin, orang tempatan Sarawak menghidangkan nasi samin pada majlis perkahwinan atau program-program istimewa. Saya kenal nasi samin melalui ayah mertua saya, pemilik catering SHB Catering di Kuching, Sarawak.

Resepi Kek Butter: Mudah, Ringkas, Jimat!

Resepi Kek Butter| Jika anda mahu buat kek dengan bahan yang sangat ringkas dan cepat, boleh cuba buat Kek Butter. Cara buat Kek Butter tidak sukar dan mudah dilakukan sendiri di rumah. Saya tengok sekejap sahaja isteri saya buat. Betul kan saya cakap tidak susah mahu buat Kek Butter sebab saya cuma tengok sahaja.

Esok raya masak apa?

Selamat Hari Raya Aidiladha| Esok umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. Bagi individu yang tidak pergi ke Makkah untuk menunaikan haji pada tahun ini, aktiviti sembahyang raya, mempersiapkan juadah serta melakukan ibadah korban sebagai tanda perayaan Aidiladha disambut di negara ini.

Aktiviti cuti sempena kemerdekaan

Aktiviti cuti sempena kemerdekaan| Hari ini adalah cuti kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Kebetulan pula esok adalah tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Hari Jumaat, maka semakin panjanglah tempoh cuti pada minggu ini memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengumumkan bahawa 04 September 2017 adalah cuti sempena kejayaan Malaysia menjadi juara keseluruhan Sukan Sea 2017.

Malaysia dan Merdeka: Kita belum merdeka!

Malaysia dan Merdeka| Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara esok. Setiap tahun selepas merdeka, tibanya 31 Ogos adalah hari kita memperingati detik-detik kebebasan negara daripada penjajahan British. Setelah sekian lama kita dijajah, akhirnya pada 31 Ogos juga kita mampu membina negara bangsa sendiri tanpa campur tangan pihak daripada negara lain. Itu harapannya. Tetapi benarkah kita sudah bebas dan mampu berpijak di kaki sendiri?

Keputusan final bola sepak Sukan Sea 2017: Malaysia VS Thailand

Keputusan final bola sepak Su VS Thailand| Perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur menemukan kuasa Asia Tengara, Thailand VS Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Sea pada temasya edisi 2017. Pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam, Selangor menjadi penentu kepada pemenang pingat emas dalam acara bola sepak pada temasya kali ini yang berlangsung pada 29 Ogos 2017 Jam 08.45 PM di Stadium Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Selamat Ulang Tahun Rania

Selamat Ulang Tahun Rania| Hari ini  29 Ogos 2017, hari kelahiran Nur Rania Adelia, anak ayah yang ke-5. Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik sudah 5 tahun Rania lahir ke dunia ini. Tiada perkara yang menggembirakan seorang ayah selain daripada Rania sentiasa sihat selalu.

Kenapa perempuan period mudah marah

Kenapa perempuan period mudah marah| Hanya perempuan sahaja yang mengalami "period" atau "datang bulan" dalam bahasa mudah kita fahami. Tiada seorang pun lelaki mempunyai masalah period seperti perempuan. Jika lelaki mudah marah maknanya dia seorang panas baran dan bukannya period. Apakah maksud period? Mengapa ini berlaku?

Jenis sihir dan tanda terkena sihir

Jenis sihir dan tanda terkena sihir| Sihir adalah kaedah halus yang digunakan untuk mendatangkan mudarat kepada manusia. Asal usul sihir telah bermula apabila dua malaikat bernama Harut dan Marut diutus oleh Allah SWT di Kota Babilon, Iraq. Kota Babilon telah wujud pada zaman sebelum Nabi Ibrahim A.S lahir.

Ciri-ciri perempuan yang comel

Ciri-ciri perempuan yang comel| Bagaimana cara untuk mengetahui bahawa seseorang perempuan itu comel atau tidak? Perempuan comel boleh dikatakan seorang perempuan berpesonaliti menarik dengan cara yang cantik. Ciri-ciri perempuan yang comel tidak sama dengan ciri-ciri perempuan gedik seperti yang telah saya tuliskan sebelum ini. Tentunya menjadi persoalan kepada anda tentang apakah perempuan comel itu bermakna perempuan cantik atau adakah perempuan comel itu semestinya seorang perempuan perlu memiliki wajah yang cantik?

Broaden: English Article for blog

Broaden: English Article for blog| Kalau anda perasan perkataan Broaden News di blog ini, ianya adalah sesuatu yang baru saya letakkan dalam blog BILALELAKIBERBICARA.COM. Sebenarnya saya mendapat email berkenaan tawaran untuk meletakkan pautan artikel berbahasa Inggeris di blog pada minggu lepas melalui Broaden. Sebelum saya bersetuju untuk meletakkan pautan Broaden, saya membuat semakan di laman sesawang Broaden itu sendiri supaya mengelakkan sama ada email yang saya terima itu adalah daripada spam atau sebagainya.

Tanda lelaki mempunyai ego tinggi

Tanda lelaki mempunyai ego tinggi| Begitu sinonim jika perempuan mengatakan bahawa lelaki lebih ego daripada mereka. Apakah maksud ego? Ego bermaksud rasa harga diri atau kepentingan diri seseorang. Dalam konteks ini, lelaki ego adalah rasa harga diri seorang lelaki dan kepentingannya ibarat harta yang sangat bernilai untuk dilindungi, dipertahankan dalam apa jua cara sekalipun. Mengapa lelaki sering dikatakan lebih ego daripada perempuan? Hal ini tidak bermaksud bahawa perempuan tidak mempunyai ego tetapi ego seorang perempuan lebih biasa disebut maruah. Sebenarnya kedua-dua perkara ini sangat sering menjadi perbualan dalam terma kesombongan individu tertentu dalam memberi tindak balas kepada orang lain.

Penghasilan pendapatan di Google Adsense

Penghasilan pendapatan di Google Adsense| Pendapatan melalui iklan Google Adsense di blog bergantung kepada beberapa faktor terutamanya tentang bagaimana cara pilih unit iklan Adsense yang sesuai, jenis iklan Google Adsense dan berapa banyak jumlah trafik pengunjung ke blog anda. Begitu banyak tips Google Adsense tentang bagaimana meningkatkan pendapatan melalui iklan Google Adsense yang telah dikongsi oleh pakar-pakar Google Adsense.

Cara berkesan untuk lulus (Approved) Google Adsense juga telah dikongsikan oleh pakar Google Adsense seperti Bro Wayne Harraz yang telah banyak membantu saya dalam proses mendapat status lulus daripada Google Adsense setelah gagal begitu banyak cubaan saya untuk lulus permohonan Google Adsense seperti yang telah saya huraikan dalam entri Kenapa permohonan Google Adsense gagal. Setelah berguru dengan Bro Wayne Harraz, Akhirnya lulus Google Adsense juga. Maka setelah itu bagaimana penghasilan pendapatan di Google Adsense? Adakah lumayan seperti yang digembar-gemburkan oleh kebanyakkan "otai-otai" Adsense?

Saya pernah juga membaca beberapa entri daripada luar negara berkenaan pendapatan di Google Adsense. Walau bagaimanapun amat jarang memperlihatkan jumlah penghasilan di Google Adsense mereka. Mengapa ianya begitu rahsia untuk dibincangkan? Ada sebabnya tersendiri. Oleh sebab itu, sangat sukar untuk kita menilai sejauh mana keberkesanan unit iklan Google Adsense yang kita pilih sama ada mendapat penghasilan pendapatan yang tinggi atau tidak kerana untuk membuat perbandingan pasti memerlukan nilai. Selain daripada penghasilan pendapatan Google Adsense melalui blog, penghasilan pendapatan Google Adsense juga boleh dibuat melalui platform You Tube seperti yang saya catatkan pada entri Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video. Channel You Tube saya [Bilalelakiberbicara Channel] juga semakin meningkat jumlah Views dan akan terus meningkat walaupun perkongsian video yang tidak seberapa. InsyaAllah.

Memilih jenis unit iklan terbaik Google Adsense


Saya juga tidak terlepas untuk melakukan beberapa penilaian dan eksperimen untuk melihat sejauh mana unit iklan Google Adsense yang saya pilih mampu mendapatkan pulangan yang tinggi melalui blog BILALELAKIBERBICARA.COM. Buat masa ini, saya belum mampu untuk menghasilkan beberapa lagi buah blog untuk mengoptimumkan penghasilan pendapatan melalui Google Adsense kerana untuk mewujudkan sebuah blog bukan sahaja memerlukan komitmen dan kerahan idea tetapi kesukaran mencuri masa di samping tugas-tugas lain mengetepikan usaha saya untuk menambah satu lagi blog baru. Berbalik isu tadi, kebanyakkan perkongsian yang saya baca di Google+ dan blog lain, ada beberapa cadangan berkenaan jenis unit iklan yang terbaik diletakkan di dalam sebuah blog. Bergantung juga di mana lokasi yang sesuai untuk meletakkan iklan dan kemungkinan besar banyak terlihat oleh pengunjung blog juga amat penting.

Terdapat beberapa jenis pilihan unit iklan Adsense yang boleh anda pilih melalui Ad Units yang disediakan oleh Adsense. Jika anda kurang mahir untuk memilih unit iklan Adsense, anda boleh menggunakan template blog yang sudah menyediakan lokasi unit iklan yang boleh diletakkan. Sama ada anda memilih unit iklan jenis 970x90, 728x90, 300x250 atau sebagainya. Kini Adsense telah menyediakan pelbagai variasi unit iklan seperti In-Art, In-Feed, Matched Content dan sebagainya. Nampaknya Google Adsense semakin memudahkan blogger untuk membuat pilihan unit iklannya sendiri. Walau bagaimanapun, apakah unit iklan Adsense yang kita pilih adalah terbaik dalam memberikan pulangan yang setimpal dengan sejumlah trafik yang kita ada?

Penghasilan pendapatan Google Adsense, jenis iklan Google Adsense

Jika anda dapat lihat gambar seperti di atas, berikut adalah beberapa jenis unit iklan telah saya pasang di blog saya untuk tujuan penghasilan pendapatan dari Google Adsense. Namun nama unit iklan Adsense yang saya guna tidak semestinya anda perlu ikuti kerana terpulang kepada kemahuan anda sendiri untuk menamakan unit iklan sendiri. Jadi bagaimanakah prestasi unit iklan-iklan saya? Sejak blog ini diluluskan untuk memaparkan iklan Google Adsense pada penghujung bulan Julai 2017, gambar di bawah adalah "Screenshoot" Performance Report Adsense saya untuk sebulan lebih sahaja. 

Penghasilan pendapatan Google Adsense, jenis iklan Google Adsense

Walau pun saya sedar bahawa jumlah trafik ke blog saya tidaklah begitu tinggi dan memberansangkan, namun hasil sedikit-sedikit ini jika dikumpulkan akan menjadi banyak juga. Berbanding dengan unit iklan Nuffnang sebelum ini, saya boleh katakan ianya melebihi 10 kali ganda peningkatan pendapatan dengan Google Adsense (jumlah trafik yang hampir sama). Daripada apa yang dapat saya simpulkan bahawa jenis unit iklan daripada jenis Responsive mendominasi penghasilan pendapatan Google Adsense saya. Namun begitu, bagi tempoh jangka masa sebulan setengah ini, sebenarnya unit iklan jenis 300x250 telah menjana pendapatan lebih lumayan berbanding unit iklan jenis responsive (Header). Unit iklan 300x250 saya letakkan di bahagian Sidebar dan bawah entri. Pada mulanya saya sangkakan bahawa Unit iklan 300x250 di sidebar memberikan lebih lumayan dalam penghasilan pendapatan Google Adsense tetapi pengunjung blog tidak mahu melihat iklan. Mereka mahu membaca entri dan setelah membaca entri maka segelintir mereka memberikan klik kepada unit iklan tersebut di bahagian bawah entri.

Jana pendapatan melalui Google Adsense

Alhamdulillah saya bersyukur sehingga kini bahawa blog ini telah lulus permohonan Google Adsense. Sesuatu yang saya tidak sangka. Pada masa ini, apa yang saya akan lakukan adalah meningkat jumlah pendapatan di Google Adsense dengan cara yang tidak melanggar peraturan kerana apa yang kita nikmati pada hari tidak semestinya kekal kerana sebarang pelanggaran terhadap polisi Google Adsense akan menyebabkan akaun akan dibekukan dan sebagainya. Bagi seorang blogger, ini adalah pendapatan sampingan dan kadang-kala pendapatan sampingan ini pernah membeli sarapan pagi bagi seluruh seisi keluarga. Meningkatkan jumlah trafik, terus menulis entri dengan memperbaiki teknik Search Engine Optimization (SEO) serta meneruskan ukhwah antara blogger lain menjadi keutamaan pada masa akan datang.

Penghasilan pendapatan Google Adsense, jenis iklan Google Adsense

Jika dilihat daripada gambar di atas, pendapatan untuk blog ini dalam anggaran USD5.76 sahaja. Nilainya mungkin kecil berbanding blog-blog lain yang lebih tinggi trafiknya. Saya menetapkan sasaran untuk "Withdraw" pendapatan tersebut sekurang-kurang sebelum musim persekolahan bermula pada penghujung tahun 2018 bagi menampung cabaran ekonomi semasa. Walaupun nilainya kecil tetapi saya berbangga atas pencapaian diri sendiri kerana sikap yang positif akan menghasilkan sesuatu yang positif. Untuk menjana pendapatan melalui Video You Tube pula, pada saat ini masih belum mencapai tahap minimum untuk di"review" iaitu mencapai sekurang-kurangnya 10 ribu "Views". Entri ini ditulis bukan untuk membandingkan pendapatan dengan blog lain tetapi adalah memberi inspirasi dan idea bagaimana untuk mengatur cara unit iklan Google Adsense di blog serta perkongsian pengalaman bersama Google Adsense. Apa yang baik dan bermanfaat ambil sebagai panduan dan apa yang buruk dalam blog ini, mohon abaikan sahaja. Wallahualam.

Kasih sayang ibu bapa tidak bertepi

Kasih ibu bapa tidak bertepi| Ibu bapa adalah insan yang pertama bagi seorang anak untuk berpaut. Sebaik sahaja keluar daripada rahim seorang ibu, tangisan disambut hiba oleh ibu bapa tanda kesyukuran dan pelukan erat diberikan dengan penuh kasih sayang. Kebahagiaan yang sangat dicemburukan oleh mereka yang tidak pernah berpeluang merasa nikmat kasih sayang seorang ibu dan bapa. Betapa indahnya perasaan itu hanya seorang anak dan ibu bapa sahaja yang tahu.

SLE: Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Penyakit SLE: Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)| Baru pertama kali mendengar penyakit SLE? Penyakit SLE ini adalah singkatan daripada Sistemik Lupus Eritematosus atau diringkaskan kepada SLE. Apa itu Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)? Jika di Malaysia anda pasti akan menemui istilah LUPUS jika anda mencari maklumat berkaitan Sistemik Lupus Eritematosus (SLE). Apa itu LUPUS pula? LUPUS adalah singkatan kepada Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) manakala Malaysian SLE Association (PLSEM) adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE).

Sejarah penubuhan Jabatan Kimia Malaysia

Sejarah penubuhan Jabatan Kimia Malaysia| Setiap perkara yang berlaku di dalam dunia ini pasti ada permulaannya. Semakin jauh kita meninggalkan titik permulaan maka perkara yang kita tinggalkan itu dipanggil sejarah. Sejarah perlu direkodkan untuk tatapan generasi akan datang sebagaimana sejarah Jabatan Kimia Malaysia direkodkan. Sebagai seorang kakitangan Jabatan Kimia Malaysia tentunya saya tidak boleh lari daripada mengambil tahu serba sedikit berkaitan tarikh-tarikh penting Jabatan Kimia Malaysia, sejak bila diwujudkan, fungsi kewujudannya dan sebagainya. Oleh itu, perkongsian ini adalah untuk manfaat bersama agar kita mengenali Jabatan Kimia Malaysia yang telah berbakti begitu lama dalam memberikan penyelesaian kaedah saintifik begitu banyak masalah berkaitan terutamanya apabila melibatkan kes berkaitan jenayah dan undang-undang di negara ini.

Panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan

Panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan| Pernahkah anda mengalami kesulitan saat anda menilai kadar 1 sudu teh atau seumpamanya kepada nilai yang anda fahami. Barangkali segilintir daripada kita termasuk saya juga tidak biasa dengan kadar sukatan isi rumah dan masakan yang dituliskan dalam kebanyakkan resepi masakan. Apa yang dikongsikan dalam buku resepi masakan mahupun perkongsian resepi masakan di internet terutamanya didapati masih lagi menggunakan kadar sukatan lama yang kurang diajar dalam pembelajaran versi baru di negara ini.

Bilik 51: Temujanji pertama ShockWave Therapy

Bilik 51: Temujanji pertama di hospital| Hari ini adalah temujanji fisioterapi saya di hospital. Kebiasaannya saya jarang untuk berjumpa doktor jika setakat sakit sikit-sikit sahaja. Namun pada kali ini saya terpaksa untuk cuba mencegah awal penyakit 'misteri' ini daripada bertambah buruk. Ditakuti nanti, sudah bertambah teruk, makin susah pula mahu diubati.

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul| Berjaya juga join satu lagi Giveaway hari ini. Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul, tentunya hadiahnya coklat. Mula-mula terfikir juga, entah cair atau tidak jika saya menang coklat tersebut. Jauh juga tuan rumah perlu pos ke Sibu, Sarawak. Itu berangan kalau menang. Angan-angan Mat Jenin tidak salah. Jadi kali ini Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul akan saya sertai.

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my.

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my| Hari ini saya berkesempatan untuk menyertai satu lagi Giveaway daripada blogger iaitu cikLa melalui blognya. Hadiahnya Tudung Preloved Halfmoon by Hajra. Sejujurnya saya tidak tahu apa itu Tudung Halfmoon melainkan saya Google sahaja bentuk rupanya. Walau bagaimanapun, hadiahnya tidak berapa penting kerana apa yang saya belajar daripada perkongsian sahabat blogger, menyertai Giveaway, Segmen dan sebagainya adalah sebagai salah satu langkah memberi sokongan dan memeriahkan industri blogger-blogger di Malaysia. Industri?

Dulu bodoh kini lebih berjaya

Dulu bodoh kini lebih berjaya| 10 perkara untuk peroleh kejayaan setelah gagal sebelumnya| Pernah kita terfikir bahawa orang yang dikategorikan sebagai kurang cerdik pada zaman persekolahannya, berkemungkinan suatu hari nanti mereka akan lebih berjaya daripada kita? Tentunya tidak. Pada zaman persekolahan pastinya perkara ini tidak pernah berlegar di ruang pemikiran apatah lagi saat itu minda sebagai seorang remaja belum benar-benar matang untuk berfikir sejauh itu. Adakah anda kini menjadi seorang yang lebih berjaya daripada rakan-rakan persekolahan sedangkan anda berada dalam kategori kurang cerdik?

Hashtag #jangantakutnuklear by KP Nuklear

Hashtag #jangantakutnuklear by KP Nuklear Malaysia| Baru-baru acapkali saya melihat hastag #jangantakutnuklear daripada Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Mohd Ashhar Bin Hj. Khalid dalam posting beliau di laman sosial rasmi Facebooknya. Agak tertarik dengan hastag #jangantakutnuklear tersebut, entri ini ditulis untuk mengulas isu berkaitan perkara #jangantakutnuklear tersebut. Ini hanya pandangan kecil daripada orang kecil sahaja.

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet| Cuti hujung semalam dimanfaatkan sepenuhnya oleh saya untuk menyiapkan projek DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet. Sebenarnya secara kebetulan, ada peralatan saintifik baru diterima oleh pejabat. Oleh kerana peralatan saintifik tersebut berat dan besar, maka disertakan sekali dengan kayu pallet untuk memudahkan kerja-kerja pengangkutan peralatan tersebut. DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet sebenarnya tidak sukar namun memerlukan kreativiti tinggi untuk mereka bentuk, menyusun semula kayu serta menukul paku. Saya tidak berapa kreatif dan mahir jika melibatkan penukangan tetapi boleh juga anda lihat hasilnya.

Kumpulan Underground melayu popular satu masa lalu

Kumpulan Underground melayu popular satu masa lalu| Sebelum wujudnya secara melata kumpulan-kumpulan "underground" melayu yang terdapat di negara pada masa ini, sebenarnya budaya berkumpulan secara underground telah menjadi sinonim bagi sekumpulan remaja pada masa lalu. Sesekali terimbas kenangan zaman persekolahan, teringat pula berkenaan perkara ini.

Tahap perkembangan kanak-kanak dari 2 hingga 7 tahun

Tahap perkembangan kanak-kanak dari 2 hingga 7 tahun| Tahap perkembangan kanak-kanak jika diperhatikan secara menyeluruh, terdapat perbezaan ketara dari masa ke semasa dan menyeronokkan untuk diulang semula jika boleh. Untuk dinilai dari hari ke hari sangat sukar memandang perubahan yang sangat kecil skalanya. Sebagai contoh, mustahil untuk mencari perbezaan pertambahan jumlah kuantiti dalam tempoh singkat berbanding jarak masa setahun atau dua.

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST| Balik tengahari tadi maklumkan kepada isteri. Ada blogger anjur contest. Hadiahnya tuala bersulam. "Bagus juga tu pa. Boleh gantikan tuala lama kita". Dia tidak pula cakap suruh turut serta contest. Tapi sebagai lelaki, kita fahamlah kan. Oleh sebab itu, hari ini adalah hari contest sahaja. Banyak contest, giveawar dan segmen dapat saya turut serta. Sebelum ini mampu tengok sahaja.

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST ini dianjurkan oleh Kak Nor dengan kerjasama Sis Hawa. Maklumat berkaitan SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST boleh baca seperti di bawah.

Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017

Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017| Perkara pertama menarik perhatian saya untuk turut serta dalam segmen ini adalah Surprise Gift berupa Review Blog. Teringin juga ingin melihat blog daripada kaca mata orang lain. Sama ada menarik kah, membosankan kah, menyampah kah. Tentu sekali kadang-kala kita berasa ego atau syok sendiri kan. Tidak banyak sedikit pasti ada. Jadi ada baiknya kalau rezeki saya menang Review Blog tu. (Angan-angan).

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious| Satu lagi buat hari ini. Rasa bersemangat pula mahu turut serta dalam Contest, Giveaway, Segmen dan sebagainya. Bertuah atau tidak, bergantung kepada rezeki masing-masing kan. Jadi untuk Giveaway kali ini, saya akan menyertai Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious. Elsaalicious nama pena bagi Shaidatul Aireen. Boleh klik banner seperti di bawah jika ingin menyertainya.

Giveaway Instant Shawl By MamaPipie

Giveaway Instant Shawl By MamaPipie| Kalau anda semua perasan, saya jarang ikut serta dalam kebanyakkan Contest, Giveaway, Segmen atau apa juga yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain. Ini semua sebab oleh entri INI. Namun setelah perkara dalam entri INI telah selesai, saya akan mula menyertai Contest, Giveaway, Segmen atau apa juga yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger pada masa hadapan. Namun jika syaratnya terlalu sukar, saya ada kekangan untuk menyertainya. Maklumlah, talian internet di pejabat melarang penggunaan beberapa media sosial. Tapi pepatah ada berkata "Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih kan?". Oleh itu saya akan cuba untuk menyertai Contest, Giveaway, Segmen atau sebagainya selepas ini.

Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video

Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video| Sesuai untuk mereka yang suka mengabadikan kenangan seharian melalui rakaman video. Jika hobi merakam video ragam anak-anak, bukan sahaja meraih populariti melalui viral sahaja, sebenarnya anda mampu mendapat lebih daripada itu dengan manfaat pengiklanan Google Adsense.

Ulang tahun persandingan Azlan-Dewi

Ulang tahun persandingan Azlan-Dewi| Pada tarikh ini 01.08.10 adalah hari sangat indah dan bahagia bersama isteri. Persandingan bahagia ini berlangsung pada petang dengan cuaca agak redup dan tidak terik. Pada waktu itu, impian menginjak ke jinjang pelamin telah terlaksana. Termeterainya perjanjian sehidup semati telah diceritakan pada entri Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Noor Azlan. Bagi setiap pasangan yang berkahwin, tentunya tarikh-tarikh penting dalam rumah tangga harus diperingati. Dikesempatan ini, wajarlah saya juga meraikan ulang tahun persandingan saya bersama isteri pada 7 tahun yang lalu.

Hati perempuan bila disakiti

Hati perempuan bila disakiti| Orang perempuan diciptakan daripada tulang rusuk lelaki. Bengkok, lemah dan mudah patah. Hati perempuan juga tidak kuat untuk menahan tekanan tetapi mereka tabah seperti telah saya sebutkan dalam entri ciri-ciri wanita paling tabah. Rata-rata mereka mampu memikul beban yang sangat hebat seperti hebatnya Sumayyah dalam salah satu kisah dalam Islam.

5 Sikap pemandu kenderaan buat panas hati

5 Sikap pemandu kenderaan buat panas hati| Semasa balik kerja petang semalam, sempat juga memerhati gelagat pemandu lain. Saya juga manusia biasa, kadang-kadang bawa perlahan, sesekali ada juga bawa laju tetapi tengok keadaan dan tempat juga. Bila jalan lengang, saya bawa laju sedikit. Lebih laju lagi jika waktu masa masuk bekerja sudah hampir-hampir warna merah. Apa yang saya perasan dan alami sendiri, 5 sikap pemandu kenderaan boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan lain.

Cara ubat anak demam panas

Cara ubat anak demam panas| Entri saya berkenaan ubat demam cucuk punggung nampaknya laris dalam keadaan cuaca tidak menentu ini. Apatah lagi selepas musim perayaan, tentunya pelbagai juadah yang dimakan oleh anak-anak kita bersama rakan, sepupu sepapat serta sanak saudara yang lain seperti ais krim dan sebagainya. Apakah rawatan demam panas terbaik yang boleh ibu bapa lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut? Cara merawat demam panas anak kecil terutamanya bayi perlu melalui pemantauan pegawai perubatan sama ada di klinik mahupun di hospital. Mengapa?

Periksa dapur: Makanan bertarikh luput

Periksa dapur: Makanan bertarikh luput| Adakah anda periksa makanan yang dibeli bertarikh luput ataupun tidak? Seringkali kita akan terlepas pandang pada barang-barang dapur yang sangat jarang kita guna. Kebiasaannya barang-barang dapur tersebut dibeli hanya untuk kegunaan perayaan, majlis atau program tertentu sahaja dan bukan digunapakai secara kerap. Malahan mungkin ada dikalangan kita yang membiarkan barangan bertarikh luput itu kekal tersimpan di dalam almari mahupun peti sejuk.

Akhirnya lulus Google Adsense juga

Akhirnya lulus Google Adsense juga| Setelah sekian lama menunggu, akhirnya lulus juga Google Adsense di blog Bila Lelaki Berbicara. Berbulan juga menunggu kelulusan daripada pihak Google Adsense. Pada tarikh 25 Julai 2017, akhirnya saya lulus Google Adsense. Secara kebetulan, tarikh hari ini juga bersamaan Hari Jadi isteri saya. Berita gembira yang tidak disangka telah diterima pada pagi ini disebalik ketidakselesaan kerana sistem penghawa dingin tidak berfungsi di pejabat. Alhamdulillah.

Selamat Hari Jadi Isteriku

Selamat Hari Jadi Isteriku| Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk dalam kerjaya saya, sehinggakan untuk menyediakan satu entri juga agak kelam kabut. Saya tidak boleh menunggu demi hari ini maka saya gagahi juga untuk menyiapkan entri ini sempena hari kelahiran isteri yang tercinta. Selamat Hari Jadi Isteriku. Tarikh 25 Julai adalah tarikah kelahiran isteri dan oleh sebab itu saya tetapkan tarikh pernikahan saya berdekatan dengan tarikh kelahirannya agar saling berdekatan supaya menjadikan minggu penghujung Julai adalah hari meraikan kebahagiaan saya tanpa putus. Tarikh kelahiran anak sulung saya juga tidak jauh. Julai adalah bulan kegembiraan pada tahun ini lebih-lebih lagi hari ini adalah hari gaji penjawat awam.

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Noor Azlan

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Noor Azlan| Sebenarnya saya baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan saya yang ke-7 pada tahun ini. Alhamdulillah, masih bersama dengan isteri walau berbagai dugaan datang melanda. Setiap masalah yang datang menjadikan saya dan isteri pasangan yang kuat. Semua dugaan adalah kelemahan dan kekurangan saya sendiri dan yang baik datangnya daripada Allah SWT. Tiada sambutan apa-apa sempena ulang tahun perkahwinan kami kerana keadaan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan.

Sejarah entri pertama blog

Sejarah entri pertama blog| Pernahkah anda melihat kembali entri pertama blog yang pernah anda tulis sebelum ini? Hari ini, saya belum mahu tulis apa-apa entri terbaru. Maklumlah semalam baru publish entri Buat produk kosmetik jenama sendiri, oleh itu, saya gunakan masa yang ada untuk menjenguk seketika blog sendiri dan blogwalking blog rakan-rakan. Sambil pusing-pusing dalam blog sendiri, terbaca kembali entri pertama dalam blog yang saya tulis sebelum ini iaitu Anak Sakit Kuning? (Jaundice). Sebenarnya entri tersebut telah disemak semula memandang entri terlalu sedikit berbanding kini. Entri sebelum itu telah dipadamkan kerana saya sendiri juga tidak faham apa yang telah saya tulis dan cuba saya sampaikan.

Buat produk kosmetik jenama sendiri

Buat produk kosmetik jenama sendiri| Rentetan kisah seorang blogger disaman oleh syarikat kosmetik baru-baru ini, saya berminat untuk menyentuh sesuatu berkenaan produk kosmetik. Bukan mengulas berkenaan apa yang terjadi secara spesifik terhadap kes tersebut tetapi secara umumnya apa yang perlu kita tahu tentang buat produk kosmetik jenama sendiri. Pertumbuhan produk baru kosmetik sangat cepat dan pantas. Lantaran itu, pelbagai jenama produk kosmetik boleh kita dapati di pasaran tempatan daripada harga produk yang mampu milik sehingga harga produk dengan mampu tengok sahaja. Namun isu penting kepada pengguna adalah jaminan produk selamat digunakan dan berkesan.

Ucapan ulang tahun buat anak

Ucapan ulang tahun buat anak| Selamat Hari Lahir yang ke-6 buat anak saya, Naufal Ammar Rifqi pada hari ini, 13 Julai. Lahirnya dia pada tahun 2011 adalah satu rezeki dan anugerah yang sangat tidak mampu dinilaikan. Biarpun dalam keadaan serba kekurangan, Alhamdulillah, dia membesar dalam keadaan yang sihat dan tidak membebankan saya dan isteri. Semakin hari berlalu sambil menyaksikan setiap perubahan demi perubahan dalam hidupnya, membuatkan kami gembira, bahagia, geli hati, marah dan sakit hati pun ada juga. Itulah perasaan yang saya dapat apabila menjadi seorang bapa. Walau apapun, sebagai seorang ayah tetap berbangga dengan usahanya untuk menjadi anak yang baik walaupun kenakalan kadang-kala mengundang marah.

Enuresis: Penyakit kencing malam si anak kecil

Enuresis: Penyakit kencing malam si anak kecil| Segelintir daripada ibu bapa pasti mengalami kesulitan berkaitan kegagalan anak mengawal kencing sehingga terkencing dalam seluar. Kegagalan tersebut sama ada berlaku pada waktu siang atau juga semasa tidur malam. Pada usia sangat kecil, adalah normal sekiranya lampin pakai buang masih dipakaikan kepada anak tetapi jika berlaku pada usia 5 tahun ke atas, adakah kanak-kanak berada dalam keadaan normal atau sebaliknya?

Kisah tular meninggal semasa berpantang

Kisah tular meninggal semasa berpantang| Semalam berkesempatan berborak santai bersama rakan sekolah isteri saya di rumah. Isteri saya diserang penyakit gastrik hampir tengah malam semalam. Anak-anak pula sudah tidur, makanya saya terpaksa meminta bantuan rakan baik sekolah isteri saya untuk menghantarnya ke bahagian kecemasan hospital. Mujur beliau masih belum tidur lagi. Saya amat berterima kasih padanya. Seorang yang sangat baik dan ringan tulang serta suka memudahkan urusan orang lain. Moga Allah SWT memberi rezeki seluas-luasnya kepada beliau.

Contoh soalan temuduga kerajaan 2009

Contoh soalan temuduga kerajaan 2009| Saya telah mendapat maklumbalas berkenaan contoh soalan temuduga kerajaan melalui SPA di dalam ruangan komen entri bertajuk Contoh soalan temuduga kerajaan saya. Dalam entri tersebut saya tidak menyatakan secara terperinci berkenaan soalan temuduga saya memandangkan temuduga tersebut telah berlalu terlalu lama. Walau bagaimanapun saya akan cuba memerah kotak ingatan otak saya untuk cuba menyenaraikan beberapa soalan temuduga kerajaan yang mungkin menyamai soalan yang saya terima daripada penemuduga SPA pada waktu saya ditemuduga. InsyaAllah.

Rezeki yang bukan hak dan haq

Rezeki yang bukan hak dan haq| Kerap kali saya memerhatikan tingkah laku semut di bahagian dapur rumah. Bentuk fizikal semut adalah sangat kecil, jadi semut mudah 'mencuri' makanan kami walaupun bekas telah ditutup atau tersimpul rapi di dalam plastik makanan. Anehnya, jika makanan bersifat baru dimasak atau dibeli, sukar untuk saya melihat semut menghurunginya walaupun bekas tidak bertutup rapat. Namun jika makanan tadi telah melewati usia beberapa jam, semut akan mula 'mencuri'nya. Pada pandangan peribadi saya, apabila rezeki yang dibiarkan dan boleh mendatangkan mudarat kesihatan kepada kami sekeluarga, maka kedatangan semut kepada makanan terbiar tadi seolah-olah memberi petanda bahawa rezeki itu bukan 'hak' lagi kepada kami. Maka saya biarkan semut-semut tadi menerima haknya yang sepatutnya.

Webe: Unlimited 4G data terbaik

Webe: Unlimited 4G data terbaik| Dunia kini melalui zaman teknologi komunikasi tanpa had. Walau dimanapun anda berada, hampir mustahil untuk tidak dapat dihubungi kecuali anda langsung tidak mempunyai alat komunikasi sebagai medium perhubungan. Namun begitu setiap transaksi komunikasi memerlukan anda membayar sejumlah kos tertentu. Waktu dahulu, penyedia talian komunikasi tidak terlalu banyak dan sangat dimonopoli. Namun, melalui SKMM (MCMC) serta kebijaksanaan pengguna membuat pilihan sedikit sebanyak merubah pola penyedia perkhidmatan / permintaan terhadap talian prabayar mahupun pascabayar.

Memilih pengukus Food Steamer terbaik

Memilih pengukus Food Steamer terbaik| Juadah Hari Raya Aidilfitri di Sarawak tidak lengkap sekiranya tiada sajian pelbagai aneka jenis kek. Jika di sebelah barat Malaysia lebih menghidangkan pelbagai biskut raya, di sebelah timur Malaysia terutamanya anda boleh melihat begitu banyak jenis kek dihidangkan. Kek Lapis Holiday Inn, Kek Coklat Moist, Kek Lumut Cheese, Kek Drinking Chocolate dan sebagainya. Proses pembuatannya juga agak lama berbanding biskut raya selain bahan-bahan acuan yang banyak membuatkan harganya boleh mencecah puluhan ke ratusan ringgit bagi satu jenis kek beracuan 8x8 atau 9x9.

Menjaga silaturrahim di Aidilfitri

Menjaga silaturrahim di Aidilfitri| Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru masuk hari ke-4 Syawal. Tidak lama lagi, masyarakat mula berpusu-pusu kembali ke rutin kehidupan harian. Bekerja, berniaga dan sebagainya. Maka, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan mula ditinggalkan kecuali cerita, kenangan dan kemeriahannya yang akan mula dibicarakan kemudian. Walau dimana pun perayaan ini diraikan, pasti ada kisah menarik untuk dikongsikan kepada orang di sekitaran selepas berlalunya cuti perayaan.

Sourvenier wajib dari Sarawak

Sourvenier wajib dari Sarawak| Sektor pelancongan di Sarawak tidak kurang hebatnya. Banyak tempat-tempat menarik perlu dilawati dan menjadi tarikan kepada pengunjung ke Negeri Sarawak. Bagi mereka yang suka melancong, pasti "sambil menyelam sambil meneguk air". Melancong dan membeli sourvenier atau cenderahati.  Cenderahati daripada produk keluaran tempatan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang selain mengambil gambar sebagai kenang-kenangan waktu percutian. Apatah lagi, keluarga, sanak saudara mahupun kawan-kawan memesan sesuatu sebagai sourvenier daripada anda.

Jangan ikut nafsu, ukur kemampuan

Jangan ikut nafsu, ukur kemampuan| Apabila cuti sekolah telah bermula. Ramai ibu bapa membawa anak-anak ke tempat percutian menarik di sekitar negara iaitu, Malaysia. Ada juga berkemampuan membawa keluarga melancong ke luar negara. Walau di mana pun lokasi percutian, pastinya memerlukan sedikit kos untuk perbelanjaan semasa dalam tempoh percutian.

Perasaan ketika isteri di Labour Room

Perasaan ketika isteri di Labour Room| Saat isteri di Labour Room, bertarung nyawa demi zuriat seorang lelaki. Labour Room adalah sebuah bilik di hospital tempat di mana para isteri melahirkan anak. Apa istimewanya Labour Room? Tiada istimewa apa pun melainkan di situlah tempat keluarnya cendekiawan, pemimpin, profesor, Dr dan sebagainya. Ketika isteri bertarung nyawa di Labour Room, bagaimana pula dengan suami?

Hutan dan manusia bergabung: Kem Balak

Hutan dan manusia bergabung: Kem Balak| Perjalanan ke Kapit diteruskan dengan memasuki kawasan hutan Sarawak bagi menyempurnakan objektif utama saya ke Bahagian Kapit, Sarawak. Sebenarnya Bahagian Kapit adalah bahagian terakhir Borneo (Sabah dan Sarawak) yang perlu diselesaikan selepas seluruh bahagian Sabah telah diselesaikan sebelum ini. Setelah selesai tugas di seluruh Bahagian Kapit, maka sempurnalah misi Isodose Mapping Project bagi seluruh Sabah dan Sarawak (Borneo). Projek kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui LPTA, Nuklear Malaysia, MOSTI, UTM, Sarawak Forest dan saya berbangga menyumbang sesuatu ke arah kebaikkan penduduk di negeri Sarawak.

Kenapa anak bongsu lebih disayangi?

Kenapa anak bongsu lebih disayangi?| Saya bukan seorang anak bongsu tetapi anak sulung. Namun saya cuba mencari jawapan kenapa anak bongsu paling disayangi oleh kebanyakkan ibu bapa dan keluarga. Pendapat asas ini mengambil kira pandangan ramai dan bukan fakta yang sesuai untuk diambil secara bulat-bulat berkaitan kenyataan saya. Mungkin anda tidak bersetuju dengan entri saya, oleh itu saya sedia mendengar hujah anda di ruangan komen bagi entri ini.

Lelaki jujur, setia tak perlu menunjuk

Lelaki jujur, setia tidak perlu menunjuk| Segelintir lelaki berada dalam situasi dituduh melakukan kecurangan walhal mereka tidak melakukannya. Bukan semua lelaki jujur, setia tetapi jika pihak lelaki sudah melakukan yang terbaik untuk bersikap jujur dan setia, wanita haruslah bersyukur memiliki lelaki tersebut. Lelaki tidak jujur, setia? Memang ada tetapi ibarat pepatah melayu lama "tidak akan melayu hilang di dunia", oleh itu lelaki jujur dan setia tetap sentiasa ada. Jadi wanita jangan gusar berkenaan hal itu.

Perjalanan ke Kapit Sarawak: Unsung places

Perjalanan ke Kapit Sarawak| Semalam saya bertolak ke Kapit Sarawak bersama kawan saya. Perjalanan ke Kapit Sarawak bukan menggunakan bas, kereta atau pengangkutan lain seperti kebiasaan. Kali ini saya terpaksa menggunakan sebuah bot ekspres memandangkan ianya satu-satunya pengangkutan yang boleh sampai ke Kapit Sarawak.

Cara servis kipas angin

Cara servis kipas angin sendiri| Servis kipas angin? Bukan kipas angin yang dekat atas syiling tu tapi kipas angin berdiri, duduk, melekat kat dinding dan kipas angin seumpamanya. Harga kipas angin murah dan tidak mahal. Boleh dapat harga serendah RM50 sahaja. Namun kalau setiap 6 bulan perlu beli kipas angin, ianya akan menjadi pembelian sia-sia kan. Kenapa?

Resepi serunding halia Sarawak

Resepi serunding halia Sarawak| Serunding halia Sarawak mungkin mempunyai berbeza rasa. Selama ini saya telah menikmati serunding buatan ibu saya dan serunding Kelantan pemberian kawan sekerja di Nuklear Malaysia dulu. Kedua-duanya berasaskan kelapa. Tetapi serunding halia? Halia boleh buat serunding?  Pengalaman baru saya setelah merantau untuk hidup sendiri di bumi Sarawak yang bertuah ini.

Naik dua tocang pula

Naik dua tocang pula| Hari ini dia minta tocang pula. Selalu susah benar mahu kemas rambutnya. Entah apa pula mood hari ini, pagi-pagi lagi minta tocang. Dia memang suka melawa, ada nampak minat dia untuk mendandan diri. Kadang-kadang pelik, baju dan seluar yang dia ambil sendiri dalam almari semuanya tak sepadan, baju lain, seluar pun lain. Biarlah, asalkan dia bahagia. Kalau dia sudah ambil apa yang dia mahu, asalkan dia diam dan tidak merengek. Dia kalau sudah merengek memang melekat lah kat badan maknya. Susah pula maknya mahu buat kerja rumah. Memang tunggu dia tidurlah.

Bila kita sudah tua

Bila kita sudah tua| Bila kita sudah tua, terasa rindu kita saat muda. Rasa ingin kembali pada masa lalu untuk membetulkan semua setiap kesalahan yang pernah kita lakukan. Jika berdaya, kita ingin mengubah semuanya agar menjadi lebih sempurna. Bila kita sudah tua, kita boleh lihat kehidupan dengan lebih luas lagi. Sekecil-kecil perkara hingga ke perkara besar, akal sentiasa diberi kelebihan dan mampu mencari jalan penyelesaian. Sebab kita sudah lebih tua. Matang dan tenang dalam membuat keputusan untuk diri sendiri.

Keburukan guna domain sendiri

Keburukan guna domain sendiri| Dahulu saya menggunakan domain percuma daripada blogger.com sebagai url blog ini. bilalelakiberbicara.blogspot.com. Mengapa bilalelakiberbicara.com? Saya pun tidak ingat kenapa saya guna nama domain ini. Lama kelamaan, saya ada peluang guna nama domain lain termasuk menggunakan nama saya. Namun saya tetap gunakan bilalelakiberbicara sebab saya sayang untuk meninggalkannya.

Prestasi blog bilalelakiberbicara.com

Prestasi blog Bila Lelaki Berbicara| Alhamdulillah blog saya masih dapat bertahan sehingga hari ini walaupun pernah mengalami zaman merudum tanpa entri. Saya ucapkan terima kasih juga buat rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog kecil saya ini. Tanpa usaha berterusan anda membaca setiap entri saya, blog saya ibarat blog usang ditepi jalan. Bagaimana prestasi blog Bila Lelaki Berbicara di Malaysia dan dunia? Wah, bukan mahu mengangkat diri tetapi setiap blogger pasti akan gembira dengan prestasi blog masing-masing kan. Usaha berterusan pasti berbaloi dan merasa kepuasan apabila prestasi blog semakin bertambah baik dari masa ke semasa.

Sunshine Blogger Award

Sunshine Blogger Award| Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sis Shikin Razali melalui blognya Starlavenderluna kerana mencalonkan nama saya bagi menyertai Sunshine Blogger Award. Terima kasih sekali lagi kepada beliau. Setelah Sis Shikin Razali tag nama saya, saya pun mencari apakah sebenarnya maksud sebenar Sunshine Blogger Award ini.

Dapat hadiah daripada LZ

Dapat hadiah daripada LZ| Alhamdulillah semalam petang, abang posmen dengan gigih menghantar bungkusan yang dihantar oleh pemilik blog Lady In Red Planner iaitu LZ. Bungkusan telah disambut oleh isteri saya adalah bungkusan hadiah kerana menjadi pemenang Top Commentator di blog milik LZ. Terima kasih saya ucapkan kepada LZ atas pemberian hadiah yang cukup berharga ini.

Selamat Hari Wanita Sedunia: All My Love

Selamat Hari Wanita Sedunia: All My Love| Mungkin tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada orang yang saya sayangi dalam hidup saya. Baru berkesempatan menulis sesuatu pada hari ini. Mungkin saya tidak seromantik Fattah Amin ataupun Aaron Aziz tetapi saya cuba menjadi romantik pada entri hari ini. Jangan gelakkan saya. 

Bekerja di Jabatan Kimia Malaysia

Bekerja di Jabatan Kimia Malaysia| Bekerja di Jabatan Kimia Malaysia adalah pengalaman baru buat saya selepas bekerja di Nuklear Malaysia. Namun pada mulanya, jabatan kimia adalah jabatan yang menemuduga saya ketika seisi temuduga SPA di Putrajaya. Ketika zaman belajar dulu, subjek kimia bukan subjek cari makan saya, tetapi ketentuan Allah SWT telah membawa saya ke sini. Alhamdulillah kepada rezekiNya.

Buah hati jantung seorang lelaki

Buah hati jantung seorang lelaki| Kalau ditanya kepada seorang lelaki, apakah buah hati jantung mereka? Dalam senarai jawapan yang akan diberikan, tentunya ibu bapa, isteri dan anak-anak. Begitu juga saya. Hidup tidak lengkap tanpa mereka semua. Bangun pagi, celik mata, bila nampak mereka masih berada disamping saya, membuatkan hari saya sungguh sempurna. Tanpa mereka entah bagaimana saya. Mereka adalah tempat saya berkasih sayang, melemparkan senyuman, bersuka duka dan susah senang bersama. Jarang benar untuk saya berkongsi perihal isteri saya dan anak-anak. Memandangkan entri ini sudah mendapat kelulusan secara lisan penerbit (isteri), jadi tidak salah untuk saya kongsikan kepada sahabat semua.

Cara bantu mangsa kemalangan

Cara bantu mangsa kemalangan| Kesalahan orang awam semasa menyelamatkan orang yang mengalami kemalangan. Cara menyelamatkan orang kemalangan atau disebut eksiden dalam bahasa pasar biasanya memburukkan lagi keadaan. Saya tidak begitu mahir kerana bukan pakar perubatan tetapi sedikit pengalaman semasa menjalani Kursus Asas Lanjutan Bantuan Kecemasan (Advance First Aider) eloklah dikongsi agar bermanfaat kepada anda semua pada masa hadapan.

Cara bantu mangsa kemalangan, eksiden, bantu mangsa eksiden

Mengapa saya berkata begini? Niat orang awam baik tetapi caranya salah. Kemalangan yang berlaku di depan mata kadangkala membuatkan anda terkejut, panik dan tidak tahu berbuat apa-apa. Ada orang sanggup membantu mangsa kemalangan, ada juga setakat merakam dan lain pula memerhatikan sambil mengundang kesesakan. Pengetahuan amat penting dalam menguruskan keadaan kemalangan dan bukan semua orang layak menguruskannya. Biarpun saya pernah menjalani latihan, tetapi sifat 'blur' dan panik tidak dapat dipisahkan dalam diri saya.

Apa yang boleh orang awam lakukan? Pertama, jangan keluarkan mangsa dengan sewenang-wenangnya selain dapat dipastikan dengan jelas bentuk kecedaraan pada mangsa. Jika cedera ringan pada kaki, tangan atau badan dan mangsa boleh berkata-kata, tidaklah salah cara apa pun untuk mengeluarkannya. Jika cedera di kepala dan mangsa tidak sedar diri? Ada satu bahagian di belakang leher yang terletak di dalamnya saraf-saraf penting tubuh manusia. Ada juga kes patah leher yang mana jika ditarik keluar tanpa kaedah yang betul boleh mengundang kematian kepada mangsa. Oleh itu bentuk keterukan kecederaan adalah faktor utama dalam misi menyelamat mangsa.

Keduanya jika mangsa mengalami pendarahan yang banyak. Seringkali orang awam hanya menenangkan mangsa dan menunggu bantuan kecemasan tiba. Seeloknya kaedah memperlahankan atau cuba memberhentikan pengaliran darah adalah menjadi keutamaan. Tekap tempat mengalirnya darah dengan sesuatu agar mengurangkan penaliran darah adalah salah satu kaedah menyelamatkan mangsa. Lebih cepat darah berhenti mengalir keluar, lebih tinggi peratusan mangsa mampu diselamatkan.

Ketiganya, banyak merakam daripada memohon bantuan kecemasan. Kadangkala kita sibuk mengeluarkan mangsa tetapi lupa menelefon ambulans. Masa adalah sangat berharga buat mangsa, semakin lama mangsa terbiar semakin sukar tugas menyelamatkannya. Seeloknya jika terlihat kejadian kemalangan baru berlaku, pertama telefon dahulu ambulans dan baru memberi bantuan kepada mangsa. Ingat masa itu emas bagi mangsa. Tindakan yang cepat oleh orang awam mampu menyelamatkan satu nyawa berharga biar mangsa berlainan bangsa dengan kita.

Keempatnya adalah memberi mangsa minum air seperti yang diminta. Sebaiknya jangan lakukan hal seperti itu. Hal ini kerana amalan pembedahan pihak hospital kebanyakkan menuntut pesakit berpuasa daripada makan dan minum. Sebab terperincinya saya kurang ingat, tetapi wajar orang awam tidak menuruti kehendak mangsa jika diminta. Tenangkan mangsa dan tunggu pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian. Punca kemalangan motorsikal berlaku.


Kelima adalah bantuan pernafasan. Orang awam sangat jarang melakukan ini kerana tidak tahu cara memberikan bantuan kecemasan. Jika tahu sekalipun, sikap tidak yakin membataskan tindakan orang awam untuk menyelamatkan mangsa lemas atau sebagainya. Sebenarnya jika kita mengambil sedikit pengetahuan berkaitan CPR membolehkan orang awam menjadi hero pada situasi tertentu. Cara-cara melakukan CPR banyak dikongsi dalam internet dan anda boleh belajar serba sedikit mengenainya. Lebih elok, di tempat kerja, anjurkan Kursus Asas CPR demi kegunaan masa hadapan.

Keenamnya, apa yang boleh anda lakukan adalah membantu melancarkan bantuan kecemasan tiba dengan segera. Rakyat Malaysia sangat prihatin. Kadangkala sifat keprihatinannya tidak membantu langsung. Berapa cepat bantuan kecemasan boleh tiba jika laluan mereka dihalang? Mungkin mangsa bukan ahli keluarga anda, tetapi jika berlaku kepada ahli keluarga sendiri, baru anda tahu betapa pentingnya membuka laluan seluas-luasnya. Ambulans bukan pembuka jalan semasa jalan sesak. Ianya membahayakan untuk mengekori terlalu rapat di belakang ambulans.

Sikap tidak mementingkan cara yang betul dalam memberi bantuan kepada mangsa kemalangan akan memburukkan lagi situasi yang berlaku. Jika kita tidak mampu membantu sekali pun, wajarlah mengikuti beberapa cara yang patut dilakukan oleh orang awam yang telah saya senaraikan di atas. Walau pun satu cara, ianya banyak memberi manfaat kepada mangsa. Jangan jadi seperti ibu ayam, baru bertelur sebiji sudah riuh sekampung. Jika tidak berdaya melakukan sesuatu, beredar adalah jalan terbaik daripada merakam mangsa yang sedang berada dalam keadaan mengaibkan. Kita hanya merancang, Allah SWT jua menentukan segala-galanya. Saya hanya menyampaikan, moga banyak memberi manfaat kepada semua.

Antara Indonesia dan Indon

Antara Indonesia dan Indon| Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis sesuatu berkenaan antara Indonesia dan Indon. Baru hari ini saya berkeyakinan untuk siarkan entri ini di dalam blog saya. Peringatan ini tidak bertujuan menyakitkan hati sesiapa malah bertujuan memberi peringatan buat anak-anak saya juga apabila sudah mencapai usia dewasa.

Memilih kerjaya yang sesuai

Selepas beberapa tahun berada di Nuklear Malaysia, akhirnya saya memilih Jabatan Kimia Malaysia sebagai destinasi kerjaya saya seterusnya. Walau berat saya meninggalkan Nuklear Malaysia, namun atas beberapa faktor, saya terpaksa berpisah jua. Saya merasakan pilihan saya tidak salah dan redha dengan takdir Allah SWT.

Cara hadapi orang tidak suka dengan anda

Bagaimana cara hadapi orang tidak suka dengan anda? Sukar untuk mengetahui sama ada orang itu suka pada diri anda atau tidak. Maksud suka yang saya maksudkan bukan suka dalam konteks cinta tetapi suka berkawan, suka menjadikan diri anda sahabatnya atau berteman. Namun beberapa petunjuk boleh dinilai sama ada seseorang itu suka pada diri anda atau tidak.

Tugas ibu bapa tugas guru

Tugas guru adalah mendidik. Mendidik supaya anak murid cerdik dalam pendidikan dan elok sahsiah diri seorang murid. Bermula jam persekolahan, guru mengambil peranan ibu bapa dalam memberikan segala ilmu yang ada kepada anak murid dan membantu membentuk sahsiah diri muridnya. Istilah membantu saya gunakan dalam entri kali ini.

Pengalaman berkursus di Fukushima, Japan

Peluang sekali lagi bagai menunaikan impian saya sejak kecil. Meminati Naruto dan deretan watak kartunnya, impian menjejakkan kaki ke Japan tercapai apabila ditawarkan sekali lagi untuk mengikuti kursus selama seminggu di Fukushima. Fukushima adalah satu daerah yang ditimpa bencana letupan loji kuasa nuklear akibat gempa bumi dan tsunami pada tahun 11 Mac 2011, jam 14:46 petang. Kursus telah dijalankan pada bukan Oktober 2013. Anda boleh baca maklumat selanjutnya melalui enjin carian Google  jika ingin mengetahui kejadian ini. Allah SWT menciptakan dunia, dan dia berhak ke atasnya.

Blogger terpaksa menjadi ikon

Blogger adalah kata ganti nama diri bagi seorang penulis blog. Biar apapun kategori sebuah blog itu dibangunkan, setiap blog tentunya mempunyai pengisian maklumat dan informasi tertentu untuk dikongsi kepada pembaca agar bermanfaat. Blog ini terhasil melalui pelbagai peringkat pembaharuan bagi tujuan berkongsi sebanyak mungkin informasi dengan harapan memberi solusi kepada kesulitan pembaca.

Pengalaman berkursus di China

Berkesempatan berkursus di Beijing, China membuka mata saya tentang dunia luar. Pada waktu yang singkat, saya dapat melihat bagaimana perbezaan budaya dan cara hidup di negara China yang tentunya satu pengalaman berharga dalam hidup saya. Terima kasih kepada bekas bos dan majikan saya di Agensi Nuklear Malaysia kerana mengusulkan nama saya sebagai salah seorang peserta kursus di Beijing, China pada tahun 2012.

Recaptcha i'm not robot menyusahkan

Baca tajuk entri saya pasti anda sudah dapat membayangkan perihal yang saya akan ulas pada kali ini. Ya, I'm not robot pada ruangan komen yang kebanyakkan blogger memasangnya. Terdapat pro dan kontranya dalam mengaktifkan ciri-ciri recaptcha i'm not robot pada ruangan komen.

Ubat demam cucuk punggung

Paracetamol Suppository 125mg, ubat demam anak, cucuk punggung,Ubat cucuk punggung disebut suppository dan ianya digunakan pada waktu anak sukar memakan ubat jenis cecair. Terdapat dua jenis ubat masuk punggung yang kerap disimpan oleh ibu bapa di rumah iaitu ubat demam dan ubat tahan sakit yang boleh digunakan untuk menurunkan suhu dengan cepat. Entri ini adalah panduan asas bagi mengetahui jenis ubat demam yang diberikan oleh pegawai perubatan sahaja.

Nasihat ibu bapa pada anak

Ibu melahirkan tuannya tanda dunia hampir kiamat. Seringkali kita dengar kata-kata tersebut. Ucapan itu bukan kosong tetapi memberi peringatan jelas kepada kita bahawa perkara itu memang sudah lama berlaku. Dalam kes terkini kita boleh saksikan bagaimana anak-anak muda berbasikal dilanggar oleh sebuah kereta dan menyebabkan kemalangan maut dan ngeri yang berlaku di Johor Baharu. Punca kemalangan motorsikal berlaku

Cara susun barang kedai runcit

Sesiapa pun pasti pernah masuk ke dalam kedai runcit walau pun hanya membeli sebungkus gula-gula. Kedai runcit tidak seperti pasaraya. Keluasannya kecil dan biasa terdapat di bangunan lot kedai atau pun di kawasan kampung, pinggir bandar. Ketika pasar raya besar membangun semakin hampir dengan kawasan perumahan, kedai runcit tetap memiliki pelanggannya sendiri. Tidak hairanlah banyak kedai runcit masih dapat bertahan walaupun keuntungan tidak seperti dahulu.

Merantau untuk hidup sendiri

Saya merantau untuk hidup sendiri. Hidup merantau di negeri orang. Jauh di sudut hati berat mahu meninggalkan ibu bapa tersayang. Namun apakan daya, takdir telah membawa saya sejauh ini di perantauan. Semenjak saya berada di tingkatan satu lagi, saya sudah kerap berjauhan daripada keluarga. Niat hati mahu berada dekat disamping ibu. Rasa masakannya setiap hari. Namun kini sudah beristeri. Masakan isteri makanan ke syurga. Rasa masakan ibu ibarat menu hotel. Jarang-jarang dapat makan dan eksklusif. Tersimpan di hati juga ingin meringankan kudrat bapa, apatah lagi beliau sudah berumur. Kekuatannya bukan sama macam dahulu. Tapi apakan daya. Saya merantau untuk hidup.

Punca kemalangan motorsikal berlaku

Saban tahun, peratusan kemalangan maut yang melibatkan motorsikal tidak menampakkan keberkesanannya. Pelbagai kempen keselamatan jalan raya telah dijalankan termasuk operasi penguatkuasaan oleh pihak polis. Kemalangan jalan raya melibatkan motorsikal tetap berlaku. Di mana silapnya? Umum mengetahui, motorsikal adalah jenis pengangkutan yang memudahkan tetapi sukar dikendali jika berhadapan situasi mencemaskan oleh kerana pemandu dan pembonceng tidak dapat dilindungi seperti berada dalam kenderaan berbadan seperti kereta, lori dan sebagainya.

Pengalaman kerja bahaya nuklear radioaktif

simbol nuklear, simbol radioaktif, radioactive signage, nuclear signageMungkin sebelum ini, anda keliru dengan majikan tempat saya bekerja. Entri sebelum ini Nuklear Malaysia: Kerjaya kakitangan awam saya maklumkan saya mendapat tawaran bekerja sebagai kakitangan awam di Agensi Nuklear Malaysia Bangi-Dengkil. Baru semalam saya post berkenaan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016. Takkan baru bekerja sudah boleh dapat anugerah APC kan? Dalam ruangan komen entri sebelum ini saya telah maklumkan bahawa saya sedang mengejar pengalaman kerjaya saya hingga sampai ke kerjaya saya yang terkini. Pengalaman kerja klinik, menjadi penternak kambing, kerja di Nuklear Malaysia telah dan akan saya kongsikan kepada anda.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016, anugerah perkhidmatan kakitangan kerajaanAlhamdulillah pada saat ini, baru terbuka hati ingin menulis tentang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 kakitangan kerajaan. Sebenarnya telah lama saya draft entri ini dalam fikiran saya. Selain itu saya juga menunggu kepastian kelulusan daripada Mesyuarat Panel Jabatan berkenaan perkara ini. Apa itu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang? Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau lebih dikenali sebagai APC adalah penghargaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan awam bagi tahun semasa dinilai atas sebab khidmatnya.

Idea menulis artikel datang dan pergi

idea menulis artikel, idea menulis entri, menulis artikel, membuat blog artikel

Kerap kali saya mengalami situasi ilham dan idea menulis artikel untuk blog datang dan pergi. Sebelum memegang keyboard, rasa macam bersusun idea untuk membuat entri blog. Bila tiba saat memegang keyboard, semua idea hilang. Bila hilang idea, mula lah buat entri yang lebih kurang dan point tidak cukup kuat.

Antara tulah daulat dan balasan

Titisan air mata ibu bapa, ibu bapa menangis kerana anak, derhaka pada ibu bapaTulah, daulat dan balasan membawa maksud yang hampir sama. Mungkin setiap negeri menggunakan istilah yang berbeza. Kebiasaannya yang saya guna di Johor adalah daulat tetapi bahasa pasarnya dolat. Contoh ayat yang kerap diucapkan "Daulat dengan mak! Orang tua cakap tak nak dengar". Penggunaan tulah, daulat dan balasan merujuk kepada kesan buruk yang berlaku sejurus melanggar ketetapan, halangan, peraturan atau arahan daripada pihak tertentu. Pihak tertentu boleh jadi sesiapa pun.

Contoh teks ucapan program sekolah

Contoh teks ucapan program sekolah, contoh teks, teks ucapan program sekolahPagi tadi telah selesai satu program di sekolah tadika anak. Majlis suai kenal antara ibu bapa dan Jawatankuasa Penyelaras Tadika Perpaduan (JPTP) a.k.a PIBG jika di sekolah rendah, sambutan hari lahir murid (Jan dan Feb) serta majlis perpisahan pegawai penaung JPTP. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Program ini adalah program pertama bersama ibu bapa bagi tahun 2017. Banyak lagi program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan ibu bapa.

Senarai kerja suri rumah

tugas suri rumah, senarai kerja harian, suri rumah, kerja hakikiSaya cuba memahami tugas seorang suri rumah seperti isteri saya. Saya mahu senaraikan kerja-kerja yang dilakukan untuk membandingkan kerja yang perlu saya buat di pejabat. Saya kadang kala terkeluar kata-kata kepada isteri saya "Ma buat apa je kat rumah?". Betapa dayusnya saya. Biasalah saya hanya manusia biasa. Oleh itu, saya cuba senaraikan kerja suri rumah dalam entri kali ini supaya saya lebih menghargai kerja suri rumah isteri saya.

Nuklear Malaysia: Kerjaya kakitangan awam

Agensi Nuklear Malaysia, Nuklear Malaysia, Bekerja di Nuklear Malaysia, bahaya nuklear, radioaktifSelesai temuduga kerajaan saya dimaklumkan bahawa saya diletakkan sebagai calon menunggu. Rasa sedikit kecewa kerana bukan calon yang lulus temuduga kerajaan. Calon simpanan boleh dikatakan masih dalam pertimbangan dan sekiranya ada jabatan yang perlu penambahan kakitangan, berkemungkinan saya akan dihantar ke jabatan tersebut. Saya ditemuduga untuk jabatan lain tetapi mendapat kerja di jabatan lain. Akhirnya Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) memilih saya sebagai salah seorang kakitangannya. Saya sangat gembira kerana impian mendapat kerja akhirnya termakbul. Syukur alhamdulillah.

Buang perasaan blog tidak dibaca

blog tidak dibaca? blog tiada pengungjung? Artikel blog, cara membuat blog, cara jana wang blogBila kita menulis artikel di blog, sudah tentu kita mahu orang membacanya kecuali blog pada mode private. Biar sepatah pun perkataan yang dipaparkan pada satu posting, ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis blog. Jika tidak mahu orang baca, ianya disebutkan menulis diari dan bukan menulis blog. Setiap penulis blog tentu akan mengambil kira statistic blog, berapa orang sedang membaca, berapa banyak komen daripada pembaca dan terus menulis dengan apa pun tujuannya.