Ruang Iklan

Atasi perasaan gugup ketika berucap

gugup, perasaan gugup, tips berucap, susun kataPada mulanya saya bukan seorang yang mudah tampil kehadapan untuk bertanyakan soalan, atau melontarkan idea semasa bermesyuarat juga semasa majlis keramaian. Apabila mula melafazkan sesuatu, lutut mula menggeletar dengan sendirinya. Jika saya memegang kertas, kertas ibarat ditiup angin. Perasaan gugup tidak dapat dibendung. Saya berfikir, ini tidak bagus bagi diri saya. Saya perlu mengatasinya untuk faedah diri sendiri pada masa hadapan.

Perasaan gugup bukan perasaan yang boleh kita buang dalam tempoh sehari dua. Siapa mahu gugup. Semua orang tentu tidak mahu. Bila kita lihat orang menjadi pengacara majlis, kita mahu juga jadi sepertinya. Bila orang berani tampil kehadapan dalam apa jua majlis, kita juga rasa kita boleh lakukan perkara yang sama. Namun apabila peluang diberikan pada kita, kita gugup! Tentu ianya sesuatu yang tidak bagus. Hakikatnya kini, saya masih lagi cuba untuk membuang perasaan gugup walaupun masih belum cukup memuaskan hati saya. Jadi bagaimana cara saya cuba mengatasi perasaan gugup? 

Beranikan diri. Lawan perasaan gugup semampu yang boleh. Jika tidak ada orang tampil kehadapan, kita cuba tampil. Biarlah orang mahu berkata apa. Buang perasaan malu adalah salah satu cara yang boleh saya lakukan. Selagi saya tidak melawan sifat malu, selagi itu saya akan duduk dibahagian paling belakang, menyorok dibelakang orang hadapan.

Buat persedian. Sesuai dengan program yang kita hadiri, buat persedian yang secukupnya. Fikirkan soalan-soalan yang berkaitan yang mahu ditanya dan tuliskan pada satu kertas. Jika tidak ditulis, barangkali pertuturan kita akan jadi tidak teratur dan sukar difahami oleh orang yang mendengarnya. Jika menghadiri mesyuarat dan sebagainya, siapkan diri dengan maklumat mesyuarat yang ingin dihadiri. Setelah semua telah disediakan, jangan lupa mengangkat tangan jika peluang dibuka. Jika tidak, maka sia-sia persediaan yang telah dibuat.

Latih diri. Biarpun majlis atau program yang kecil, latih diri terlebih dahulu dirumah. Semakin banyak latihan dilakukan hasilnya lebih baik. Latih diri untuk mengingati apa yang perlu dicakapkan supaya lebih yakin untuk menyatakan sesuatu. Latih diri juga bagus untuk melancarkan setiap bait-bait kata yang ingin disampaikan.

Mula dari kumpulan kecil. Mulakan memberi taklimat, ucapan pada kumpulan yang kecil terlebih dahulu. Jika tidak dapat berada dalam mana-mana kumpulan, mulakan dengan kumpulan dirumah terlebih dahulu. Beri ucapan pada majlis hari jadi, majlis bersama rakan-rakan, program kecil bersama rakan pejabat. Sebelum berucap pada kumpulan yang kecil, pastikan tiga langkah diatas dilakukan terlebih dahulu. Kumpulan kecil boleh jadi dua orang pendengar atau tiga, empat atau lima. Jangan lebih dari itu. Makin banyak ahli makin banyak soalannya. Apabila anda tidak dapat menjawab, maka perasaan gugup akan menghantui diri anda.

Ukur kemahiran diri. Jika saya seorang jurutera, saya perlu bercakap dalam lingkungan perkara kejuruteraan. Jangan bercakap pada perkara yang kita tidak tahu. Maksudnya, mulakan bercakap pada perkara yang menjadi rutin harian atau kerja seharian. Hal ini membantu anda mengeluarkan idea dengan mudah. Jika anda cuba berkata-kata pada perkara yang tidak pasti, anda mungkin ditertawakan oleh orang yang lebih mahir. Contoh dalam media sosial facebook, setiap apa yang dinyatakan pasti ada orang akan membalas kenyataan tersebut. Ini bermakna, ada orang yang lebih mahir tentang perkara itu. Oleh itu, jangan cuba memandai-mandai melebihi kemampuan diri.

Ambil tanggungjawab. Cuba ambil tanggungjawab sekiranya diamanahkan dan buat yang terbaik. Jangan mengharapkan anda berjaya melaksanakan 100% perkara kerana semua manusia bukan sempurna. Sentiasa perbaiki diri semasa menjalankan tugas. Apabila anda berjaya melaksanakan sesuatu tugas, disitulah anda membina keyakinan diri dan mengetahui potensi diri. Selagi tidak memegang satu amanah, kita mampu menyalak sahaja dari luar. Jika sudah berada dalam mana-mana jawatankuasa, baru tahu proses bagaimana satu-satu keputusan akan dibuat. Tetunya jika sudah berada dalam jawatankuasa, anda perlu berkata sesuatu supaya tidak dikatakan ahli tidur.

Perasaan gugup ketika berucap dalam mana-mana acara adalah perkara biasa. Ada orang boleh bercakap dalam telefon, tetapi tidak berani bercakap berhadapan. Ada juga orang pandai bercakap menggunakan keyboard tetapi tidak bila berjumpa. Jika anda ingin meningkatkan kemahiran diri boleh cuba tips diatas. Tips diatas tidak sesuai pada yang lebih pakar terutamanya salesman. Salesman. Salesman adalah orang yang terbaik semasa berucap walau apapun barang yang mereka jual. Jika tidak mampu menjadi seperti salesman, sekurang-kurangnya jadikan diri anda supaya tidak perlu menyorok andai anda ada idea yang lebih bernas daripada orang lain.

10 Comments

Terima kasih Shahida Dzulkafli...

kalau primadona bila wanita bebicara.. blog ni ape nama ? haha primasado ke ? hihi salam kelanan and follow

PR1MA... Hehe... Thanks dan salam perkenalan juga....

Hi... Terima kasih singgah ye...

Saya ada anxiety yang teruk juga, kadang-kadang berlawanan dengan sifat saya yang redah je relax-relax...So setiap kali presentation, saya bercakap macam biasa, tak takut, berinteraksi semua, tapi anxiety ni tak nak kasi chance, dia bagi suara yang ketaq. cis. redah jelah...

Kalau suara dah menggeletar tu mulalah audience senyum sinis je kan... :-)

Mrs. A pun ada masalah gugup bila kita yang menjadi tumpuan.

Itulah bukan semua orang mampu berucap di hadapan audience walaupun dah practice berkali-kali. Walaupun boleh tapi gugup tetap ada.

Betul tu, nak kena mandi bunga kot baru dapat baik. Kalau gugup tak berapa ketara ok. Rasanya perlu banyak praktis supaya menjadi biasa...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon