Ruang Iklan

Berhenti kerja klinik dan lari

berhenti kerja, pembantu klinik, klinik swasta, lari dari majikanSetelah hampir setahun bekerja sebagai pembantu klinik swasta, saya rasa sudah cukup masanya untuk saya mengorak langkah ke satu fasa yang baru. Persediaan telah dilakukan sebelum berhenti bekerja di klinik. Borang permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diisi untuk mencuba nasib jika ada rezeki. Walaupun berat hati ingin meninggalkan rakan sekerja, tetapi perjalanan hidup harus diteruskan.

Saya tidak menghantar permohonan untuk berhenti kerja kepada majikan saya kerana saya tidak mahu dipujuk dan sebagainya. Saya kenal majikan saya. Oleh itu, saya perlu lari meninggalkan kerja saya. Hanya rakan-rakan sekerja terdekat sahaja yang mengetahui rancangan saya. Saya terpaksa mengkhianati majikan saya. 

Selepas saya lari, kebetulannya keesokan harinya pihak berwajib KWSP datang membuat pemeriksaan atas aduan yang diterima oleh pihak mereka berkenaan pemotongan caruman pekerja. Tentu bekas majikan menyangka saya yang membuat aduan. Saya senyum sahaja. Biarlah saya dituduh. Saya rela sedangkan saya tidak akan sesekali menikamnya sebegitu rupa. Saya tinggalkan semua dokumen berkaitan kerja saya tanpa saya bawa lari supaya ada orang akan menyambung tugas saya. Saya ada prinsip untuk tidak menyusahkan rakan sekerja saya.

Saya pulang ke kampung halaman di Johor. Bersedia menjadi penganggur sejati. Berharap sesuatu yang belum pasti. Tujuan untuk merehatkan minda selain mencari kerja lain yang ada. Dengan adanya sijil diploma bukan mudah mencari kerja. Kilang berdekatan rumah pun tolak permohonan saya. Masa itulah ibu bapa adalah punca kewangan yang ada. Mereka adalah 'bank' saya ketika itu. Nasib saya bukan kaki shopping atau berjalan. Jadi tidak besarlah kos untuk mereka tanggung. Yang penting ada makan.

Berbalik kerja klinik tadi, saya sempat bekerja sebagai Operator X-Ray, Farmasi dan Kecemasan. Walaupun saya bukan doktor untuk pakar dalam bidang ini, saya berterima kasih atas ilmu yang saya perolehi. Sedikit ilmu perubatan yang saya ada saya gunakan sehingga kini untuk keluarga saya. Jika melibatkan penyakit biasa, saya masih dapat atasi seperti luka-luka kecil, anak demam panas, jenis-jenis ubat yang biasa ada di farmasi, prosedur hospital.

Pengalaman bersama rakan-rakan di klinik memang menyeronokkan. Maklumlah tempat kecil. Jadi kami semua jadi rapat. Kadang-kadang, bila kita bekerja di satu tempat, kita akan lebih ingat perkara manis berbanding perkara negatif kerana kita merinduinya. Merindui rakan-rakan yang pernah bersama-sama kita. Saya tidak mahu mengambil perkara negatif sebagai motivasi saya. Walau apapun majikan saya seorang yang baik hati. Tetapi visi kita berbeza. Apabila kita berbeza visi dalam hidup, kita terpaksa berpisah. Bukan kerna kita tidak sehaluan, tetapi rezeki kita berbeza.

Saya tinggalkan kerjaya saya di klinik swasta pada April 2009 dan menjadi Pengembala Kambing!

6 Comments

Sekarang nie kerja apa? Menarik cerita..

Terima kasih. Sekadar berkongsi pengalaman. Jauh lagi nak sampai cerita kerja sekarang... Nanti saya cerita...

Sampai sekarang mmg ingat ko yg report epf. Hahaha.

Biarkan dia... Dah tu memang hak pekerja... Hehe...

Iya Warisan Petani... Sedang kejar sampai cerita kerja sekarang... hehe...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon