Maksud suami isteri sweet

jenis pasangan couple sweet, sweet couple, maksud sweetBagaimana suami isteri jenis 'sweet? Adakah manis seperti madu, atau manis-manis buah? Definisi 'sweet' bagi pasangan suami isteri bukanlah bermaksud manis, harum, wangi, sedap didengar, merdu, bersih, segar dan lain-lain seperti yang diterjemahkan oleh kamus bahasa. 'Sweet' bagi pasangan suami isteri adalah satu bentuk luahan ekspresi orang untuk menyatakan kekaguman dan penghargaan kepada pasangan suami isteri jenis 'sweet' ini.

Kategori suami isteri jenis 'sweet' biasanya dinilai daripada penglihatan orang ramai dengan melihat perbuatan tingkah laku antara suami isteri. Tidak perlu untuk menyatakan bahawa kamu adalah pasangan suami isteri yang 'sweet' di mata orang ramai kerana ianya akan menjadi perbuatan menunjuk-nunjuk pula. Perbuatan 'sweet' berlebihan seperti berkucup di tempat awam juga bakal meloyakan tekak orang disekililing kamu. Sebagai contoh sikap 'sweet' apabila suami isteri melintas jalan dan suami memimpin tangan isterinya juga dikira 'sweet'.

Interaksi antara pasangan juga boleh menggambarkan tahap ke'sweet'an pasangan suami isteri. Panggilan aku-kau pun boleh jadi 'sweet' jika dengan nada yang betul. Jika Ayang-Sayang, Awak-Saya, Mama-Papa, malah panggilan nama juga boleh jadi 'sweet'. Walau apa pun panggilan pendek yang digunakan boleh menyerlahkan lagi pasangan suami isteri untuk 'sweet'. Sweet boleh berkurangan juga. Jika sebelum perkahwinan menggunakan nama panggilan saya-awak, 0-5 tahun perkahwinan pula papa-mama, bila masuk fasa atuk-nenek boleh jadi "Senah...Oh Senah!" dengan panggilan nama sahaja. Nama tak 'sweet' tapi sebenarnya mereka love strong.

Bagaimana pula dengan komunikasi antara suami isteri. Lemah lembut, nada hormat menghormati, tiada memotong percakapan sesama suami isteri juga menggambarkan betapa 'sweet' nya kamu bersama pasangan. Bukan yang jenis cakap 'slow' macam dalam selimut walaupun di stadium bola sepak. Itu bukan 'sweet' tetapi pasangan jenis nak bisik-bisik ditempat awam ini boleh dikatakan pasangan gedik. Sebenarnya untuk menggambarkan bahawa komunikasi pasangan suami isteri yang sweet ini adalah bagaimana berkomunikasi dengan penuh hormat, adab bahasa digunakan. Sebagai contoh jika isteri ingin bertanya dengan suami dengan berkata begini "Minta maaf abang, adakah abang nampak tudung saya" dan suami membalas " Ya sayang, abang minta maaf, abang tidak nampak". Bukannya berkomunikasi dengan "Bang, nampak tudung saya tak?" dan dijawab "Tak..". Tidak 'sweet' kan?

Tindak balas dan respons antara suami isteri juga boleh menceritakan segala-galanya. Sama ada bahagia, suka dan berduka atau saling faham memahami antara satu sama lain. Orang lain dapat menilainya. Contoh mudah untuk dilihat adalah tindak balas di laman sosial. Bagaimana 'sweet' kamu dengan pasangan kamu. Berbalas post status dengan memerlikan bukan contoh 'sweet' yang diharapkan. Namun itu perkara asam garam dalam hidup suami isteri bukan?

Mahu jadi pasangan 'sweet' atau tidak itu terpulang kepada pasangan suami isteri masing-masing. Ada pasangan tidak suka menunjukkan tahap ke'sweet'an mereka kepada umum, ada juga yang jenis 'show off' 'sweet' mereka, ada juga suami atau isteri suka pasangan menunjukkan 'sweet' sekali sekala, ada juga suami atau isteri langsung tak nak pasangan 'sweet' depan orang ramai kerana dianggap memalukan dan macam-macam jenis lagi cara menggambarkan pasangan suami isteri  yang 'sweet'. Bagi saya tidak perlu ber'sweet-sweet' dihadapan saya, kerana saya lebih suka pasangan  suami isteri jenis 'sporting' dari jenis 'sweet'.

4 Comments

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon