Menjadi pembantu klinik swasta

kerja pembantu klinik swasta, pembantu klinik, klinik swastaMenjadi pembantu klinik selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah kerjaya yang sangat mencabar bagi diri saya. Apa tidaknya, terpaksa bermain dengan darah, nanah, luka dan sebagainya. Banyak perkara yang tidak dipelajari semasa pengajian kerana mengambil jurusan berlainan dengan kerjaya di klinik. Namun demi mencari sesuap nasi, bekerja di klinik telah menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang perubatan.

Bekerja di klinik memerlukan seorang pekerja memahami beberapa keperluan dan peraturan dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dalam bidang perubatan, saya sentiasa perlu bersedia membantu doktor yang bertugas pada bila-bila masa. Pekerjaan yang sentiasa melibatkan nyawa orang ramai. Biarpun ajal dan maut ketentuan Illahi namun sebagai hambaNya kita perlu sentiasa berusaha yang terbaik.

Pada mulanya kerjaya saya sebagai pembantu klinik swasta, rasa sakit kepala dan macam mahu mabuk juga. Apa tidaknya, pergi sana sini bau ubat, lama kelamaan Alhamdulillah sudah lali. Seperti biasa, sebagai pekerja baru, perlu belajar bagaimana operasi sebuah klinik berfungsi. Saat mula pesakit mendaftar, daftar pada sistem, cari buku pesakit, hantar maklumat kepada doktor bertugas dan standby untuk rawatan pesakit.

Apabila bekerja dalam bidang perubatan, masa adalah emas intan permata berlian. Tidak boleh berlengah, sambil lewa dan mempunyai sikap acuh tak acuh. Pesakit pula perlu dilayan ibarat raja sehari. Jika sesiapa mempunyai sifat panas baran, elok tidak mencuba kerjaya dalam bidang ini. Walau siapa pun anda diluar, pesakit adalah pelanggan yang perlu diutamakan kecuali bekerja di hospital kerajaan. Bukan untuk menidakkan perkhidmatan hospital kerajaan tetapi entiti syarikat swasta mendapat pendapatan melalui pelanggan. Ada pelanggan ada duit pendapatan.

Kerja pertama yang paling sukar adalah mengingati semua nama ubat dan fingsinya yang terdapat di klinik. Contohnya ubat demam, paracetamol. Ada pula perbezaan gram (dose) iaitu 125mg, 250mg, 500mg. Semua ikut peringkat umur. Itu baru ubat demam. Belum lagi batuk, selsema, semput atau luka lagi. Semua kategori ubat kena ingat. Hal ini disebabkan apabila doktor baru yang bertugas, mereka tidak tahu ubat apa yang ada dan tidak ada. Semua itu menjadi tugas pembantu klinik. Nampak senang jadi pembantu klinik kan? Sebenarnya kerja yang sangat tertekan.

Saya sempat berkerja selama satu tahun. Bagi saya cukuplah tempoh saya bekerja di klinik. Saya perlu terus bergerak kehadapan. Tidak mampu menunggu terlalu lama di klinik. Saya akan berkongsi macam-macam pengalaman berkenaan menjadi pembantu klinik swasta pada entri yang akan datang. Ianya pengalaman kerjaya saya, saya kongsi dengan anda untuk kita bina 'hubungan maya' di dalam blog ini.

10 Comments

Entri sulung lan sempena new year. Mmg historic. #kipidap lan!

kipidap tuan penghulu lan .

now nape tak nak continue kerja ngan klinik swasta?

Dapat kerja lain, nanti saya akan sambung sekuelnya... :-)

As salam. Saya baru interview untuk kerja pembantu klinik swasta. Saya dapat. Tapi doktor macam garang. Harapnya saya dapatlah hafal ubat2 tu nanti. Nervous.😥😥

Tahniah nurul, bila dah lama bekerja nanti nurul akan biasa dengan nama ubat, doktor nampak je garang, tapi tak pukul orang... cuma jangan buat silap je, bahaya buat pesakit nanti...

nk tnye jgak.... sya tak kisah pasal ubat ubat tu... tpi klaw part dressing tu terok sgat ke... klaw geli2 mcm mana ?

Masa dressing turoom memang ada darah... kalau geli sikit2 ok... nanti lama2 biasalah tu... biasanya untuk dressing berat, doktor yang akan buat... pembantu assist je...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon