Menternak kambing sebab menganggur

Menternak kambing, bela kambing, ternak lembu, ternak kambingSetelah berhenti kerja klinik, saya pulang ke kampung halaman di Johor. Ayah seorang peneroka Felda. Oleh itu, kebun lebih kurang 10 ekar itulah punca rezeki ayah selama ini. Cita-cita ayah ingin menggantikan salah seorang menteri. Pernah jadi Top Student area Batu Pahat dan terpilih masuk ke Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada zamannya. Tetapi, apakan daya, nenek belum sedar kepentingan ilmu pada masa itu. Niat ayah terhalang. Cerita lama. Dia tetap 'hero' kami anak beranak.

Dalam kebun 10 ekar itulah ayah mendirikan sebuah kandang kambing untuk menambahkan pendapatannya. Memang seronok bela kambing selepas beralih daripada membela lembu. Lembu besar, makan banyak, jadi 10 ekar rumput tidak mencukupi bagi lembu kami. Terpaksa masuk kebun orang nak bagi makan lembu. Kadang-kadang lembu tidak faham bahasa. Bila petang letih pusing kebun seluruh Felda cari lembu. Sebab itu, ayah tukar bela kambing. Makan kurang sedikit daripada lembu. Tapi bijak sikit daripada manusia.

Menternak kambing, bela kambing, ternak lembu, ternak kambingBela lembu dengan bela kambing sama susah. Sebab kambing pun ada sifat boring juga. Semakin lama dia duduk kandang, pandai 'merengek' juga nak minta keluar. Maklumlah rumput kat luar nampak semua segar-segar. Ayah tak dapat nak ikut kemana kambing pergi. Sebab itu dia wujudkan peluang kerja. Pengembala kambing. Jadi sayalah pengembala kambing itu!

Kerja bermula dari pagi sampai petang. Tengahari balik makan. Makanan disediakan oleh majikan (Mak). Bila cuaca cantik bagi kambing, dapat keluarkan kambing dari kandang. Kambing pandai beratur. Bila keluar dari kandang semua beratur. Manusia bila beratur ada juga yang potong barisan. Yang belakang sekali tentulah saya. Ikut kemana sahaja kambing pergi. Dia pergi ke kanan, saya ke kanan. Itulah rutin harian selepas lari daripada menjadi pembantu klinik swasta.

Menternak kambing, bela kambing, ternak lembu, ternak kambingMasa jadi pengembala kambing ada juga desakan cari kerja lain. Tetapi masa tu, niat nak bermuhasabah. Rehatkan minda. Sambil duduk tengok kambing meragut. Kadang-kadang cakap dengan kambing. Orang tak pernah bela haiwan mana tau. Cuba tengok orang bela kucing. Pernah nampak tak diaorang bercakap dengan kucing? Itulah komunikasi antara kami.

Berbulan juga bela kambing. Sepenuh jiwa ayah nak bela kambing. Sanggup besarkan lagi kandang kambing. Tapi apa manusia buat? Sebelum nak raya, beberapa kambing disembelih dalam kandang. Ada yang dibawa lari entah kemana. Kambing yang disembelih tetapi sempat menyelamatkan diri pun ada. Pagi bila datang, kesian tengok leher sudah terbelah. Sebab itu saya cakap kambing lebih bijak daripada manusia.

Memang rasa down masa itu. Penat kami berusaha, untuk tambah pendapatan, tapi 'pencuri' senang-senang buat duit. Ramai orang cakap peneroka Felda senang. Tak senang kalau tak berusaha. Tanam pisang, orang tebang, bela kambing orang sembelih. Itulah realiti peneroka Felda. Tetapi rezeki itu Allah sudah siapkan. Bersabar dan terus berusaha. Jangan putus semangat. Masa itu sudah pasang azam dalam diri sendiri. Kalau tidak berjaya mendapat kerja yang tetap dan stabil, sudah pasang niat mahu buat rumah tepi kandang kambing demi keselamatan kambing. Jadi pengusaha kambing berjaya. Penternak berjaya.

Pengajaran yang saya perolehi semasa menjadi pengembala kambing. Walaupun kamu mengembala kambing, orang akan tetap panggil kamu menganggur. Sedangkan ilmu yang berkesan perlukan teori dan praktikal. Oleh kerana mengembala kambing bukan satu kerjaya yang bersih. Sebenarnya menternak kambing lebih bersih berbanding pencuri kambing. Mentaliti orang kampung.

12 Comments

Semoga terus berjaya. Nie bukan sebarang penganggur tau. Nie pengangur bakal jutawan. InsyaAllah. :)

Terima kasih. Tak sempat nak jadi jutawan dah kena sembelih...Hehe...

selamat berjaya membela kambing. harga kambing makin mahal skrg ni..

Betul tu Abam Kie... Harga kambing makin mahal... Ada peluang memang boleh buat duit....

Teruskan usaha.
Semoga berjaya.

Terima kasih Warisan Petani...

Hahaha comel je bersembang dengan kambing... Saya mampu membela kucing je setakat ni. Pepatah orang putih pernah kata. "Tangan yang kotor itu lambang duit yang bersih." Begitulah, kerja yang halal memang susah,tapi berkat. Cewahh kemain motivasi dari saya hari ini.

Dah tunggu sorang2 dapatlah bersembang dengan kambing... :-)

Hurm.. Saya juga tak setuju dengan kenyataan bahawa orang felda senang (Saya bukanlah orang Felda).. Manakan datang senang kalau tidak berusaha.. Yeah, mentaliti rakyat kita kerja mestilah ke pejabat.. kalau menternak ataupun bercucuktanam bukanlah kerjaya.. Walhal menternak itu satu perkerjaan juga..
semoga terus bersemangat dan berusaha..

Penternak sekarang sudah modern, ada komuniti, banyak tips dikongsi dalam internet, dah ada facebook, mungkin pendapatan lebih tinggi lagi, paling penting selalu menghirup udara segar dan dapat ketenangan dengan kehijauan sekali..

penternak berjaya rupanya... tahniah :D

Kerjaya sebelum ni masa menganggur... Hehe

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon