Naluri hati sixth sense perempuan

naluri perempuan, gerak hati perempuan, deria keenam perempuan, sixth sense wanitaSixth sense atau deria keenam kerap digambarkan sebagai naluri atau gerak hati seseorang mengesan sesuatu perkara yang sukar diterangkan dalam persepsi normal. Maksudnya selain daripada 5 deria merasa, melihat, mendengar, bau dan keseimbangan, seseorang boleh memiliki satu lagi deria yang disebut 'Sixth Sense' atau deria keenam. Dalam satu perhubungan, ianya sinonim bagi perempuan. Adakah lelaki tidak mempunyai kehebatan naluri keenam seperti perempuan? Bagaimana perempuan mendapat 'kuasa' deria keenam?

Orang perempuan mesti berkata "Apa yang aku fikirkan memang betul-betul terjadi, naluri aku memang sentiasa tepat". Dan pada masa itu, mereka sentiasa mempercayai naluri sendiri tanpa menyelidiki dengan lebih waras dan mendalam lagi. Ditakuti perkara itu akan membuatkan mereka mungkin mudah terperdaya pada satu perkara khabar angin berkenaan lelaki yang boleh dipertikaikan kebenarannya.

Saya selalu mendengar isteri menyebut karma apabila beliau menonton drama melayu. Biasalah orang perempuan. Emosi sama macam lelaki ketika menonton perlawanan bola sepak. Mulut terkumat-kamit membebel sebab emosi melihat adegan yang ditontonnya. Apakah karma juga membantu perempuan mendapat kuasa deria keenam?

Jika dari sudut agama pula, ianya disebut hidayah atau ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya supaya menemui jalan penyelesaian kepada masalah tertentu. Ilham boleh datang dengan berbagai cara. Perkara terkait secara kebetulan adalah ilham juga. Sebagai contoh anda berada dalam kesusahan dan secara kebetulan kawan yang sudah lama tidak jumpa datang menyapa untuk memberi bantuan. Ianya ilham dan penyelesaian yang diberikan oleh Allah SWT. Tetapi kalau secara tiba-tiba kawan ajak masuk MLM disebabkan anda berada dalam kesempitan itu bukan ilham. Itu menangguk di air yang keroh. Pucuk dicita ulam mendatang.

Bagi saya ada beberapa faktor sebenarnya yang disumbangkan oleh lelaki tanpa lelaki sedari. Oleh sebab itu orang perempuan merasakan mereka mendapat kuasa deria keenam. Pertama, kecuaian lelaki sendiri. Nobody perfect. Kecuaian menyembunyikan salah laku yang dilakukan oleh lelaki membuatkan perempuan mendapat bukti berdasarkan gerak hati seorang perempuan untuk memeriksa. Ianya karma. Buat jahat jangan sekali, kali terakhir mesti 'ditangkap'.

Kedua, perubahan sikap lelaki. Perempuan amat mengambil serius dalam setiap perhubungan yang dilaluinya. Bagi lelaki, setiap perhubungan adalah mencari calon yang benar-benar sesuai menjadi teman hidupnya. Apabila perempuan terlalu mengambil serius, perkara-perkara kecil yang dianggap tidak penting bagi lelaki boleh menimbulkan syak wasangka kepada perempuan. Apabila timbul perasaan syak wasangka, maka kertas siasatan akan dibuka tanpa lelaki sedari. Sebagai contoh perempuan akan mula menyemak akaun facebook lelaki dan sebagainya.

Akhir sekali, bagi pasangan yang belum berkahwin mungkin tiada elemen ini. Bagi pasangan rumahtangga, suami dan isteri memiliki ikatan yang sukar diterjemahkan. Ianya seperti perasaan si kembar yang memiliki gerak hati yang sama. Cuit peha kiri, peha kanan akan terasa. Gerak hati ini adalah ilham yang saya nyatakan sebelum ini. Jika suami melakukan sesuatu yang salah, lambat laun isteri akan menghidunya. Tetapi selidik terlebih dahulu sebelum 'menyerang' tanpa fakta. Ianya mungkin boleh merosakkan hubungan suami isteri dalam rumahtangga.

Lelaki juga tidak kurang hebatnya. Diam-diam lelaki, gerak hatinya juga ada benarnya. Pemerhatiannya tajam dan otaknya ligat mencari bukti. Oleh itu, tidak semua perempuan boleh menipu lelaki kerana mereka juga boleh memiliki deria keenam. Walau apapun, deria keenam ini tidak boleh digunapakai sebagai alasan kukuh untuk membuktikan kesalahan lelaki atau perempuan. Bukti adalah bahan yang paling efektif untuk melawan hujah. Hujah tanpa bukti dan hanya mengikut gerak hati, emosi berlebihan akan menyertai seisi perdebatan. Maka tiada masalah dapat diselesaikan. Maka akan lahirlah dendam antara lelaki dan perempuan.

4 Comments

woww setuju sgt perempuan punye 6th sense mmg takleh disanggah lagi..
follow sini #100

Ye memang betul. Gerak hati perempuan memang kadang-kadang boleh diterima pakai... Terima kasih follow sini...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon