Pertukaran domain blogspot ke dot com

bilalelakiberbicara.com, tukar domain blogspot ke dot.com, kesan tukar domainHari ini selesai urusan pertukaran domain daripada blogspot.com ke domain dot.com. Sebenarnya domain bilalelakiberbicara.com sudah saya beli bulan Disember 2016 lagi. Cuma saya baru redirect kepada blog BILA LELAKI BERBICARA disebabkan ianya memerlukan masa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berfungsi sepenuhnya. Saya juga hampir terlupa juga tentang domain yang saya beli daripada GoDaddy.com memandangkan sibuk dengan hal-hal lain.

Secara jujurnya pada mulanya saya tidak begitu memikirkan secara serius untuk menukar domain dot.com memandangkan ianya berbayar dan menulis blog cuma sekadar hobi serta medan berkongsi pendapat saya sahaja. Apa yang bermain di fikiran saya sebelum ini hanya post artikel dan lihat respons daripada pembaca. Ianya kepuasan peribadi apabila mampu menulis sesuatu untuk blog.

Kawan baik saya, Encik Rosli (Malas mahu sebut nama sebenar) membuatkan saya mula berfikir untuk bertukar kepada domain dot.com. Dorongan beliau membuatkan saya mula mengoptimasikan blog saya ke arah peranan yang lebih besar selain hanya sekadar hobi sahaja. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau.

Apa perubahan penting jika bertukar kepada domain sendiri dot.com berbanding domain lama blogspot.com Sama seperti apa yang dialami oleh blogger berpengalaman yang lain. Trafik blog menjunam teruk. Saya juga alami perkara yang sama. Makin hari makin susut. Trafik dari enjin carian juga semakin susut tidak seperti kebiasaannya.

Saya juga perlu menukar kembali url blog untuk iklan Nuffnang. Maknanya, link lain yang mengalami masalah setelah penukaran domain juga perlu dikemaskini semula. Mujur bagi blog saya tidak terlalu banyak yang perlu saya tukar supaya semua link tidak mengalami masalah capaian pada masa akan datang.

Semua link pada laman aggregator seperti babab.net juga perlu dikemaskini supaya artikel dapat dihantar untuk di'aggregate' semula. Laman babab.net amat sesuai bagi blogger baru memperkenalkan blog selain mendapat trafik hasil bantuan aggregating babab.net. Saya meletakkan blog ini adalah baru juga kerana masih banyak perkara perlu dipelajari daripada blogger yang berpengalaman.

Apabila blog sudah bertukar kepada domain berbayar bilalelakiberbicara.com ini, saya akan cuba mengekalkan domain ini sentiasa diperbaharui memandangkan terdapat banyak blog yang saya jumpa setelah bertukar kepada domain dot.com tidak memperbaharui tempoh domain setelah tamat tempoh hosting. Semoga semua berlaku dengan lancar dan blog ini akan terus wujud di arena blogger.

2 Comments

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon