Ruang Iklan

Ragam pesakit bila datang klinik

Ragam pesakit bila datang klinik, pesakit, klinik swastaPesakit bila datang klinik memang tentulah sebab sakit. Tapi ada juga yang bukan sakit tetapi sengaja datang ke klinik. Bila pesakit yang tidak sakit datang, saya memang sudah faham sangat. Minta cuti sakit atau mahu habiskan peruntukan medical card syarikat. Itu perkara biasa. Jadi sebagai pembantu klinik swasta, saya layankan sahaja sebab keutamaan kita adalah pelanggan.

Masih ada pesakit datang semata-mata ingin mendapatkan cuti sakit. Mula-mula masuk klinik, memang nampak teruk sangat keadaannya. Dengan gaya lakonan yang tersendiri, masuk mendaftar di klinik. Menjadi polisi klinik kita akan layan setiap karenah pesakit. Untuk cuti sakit? Belum tentu diluluskan oleh doktor. Kebiasaannya doktor akan periksa pesakit dengan mengikut prosedur yang betul. Tambahan lagi, klinik adalah perniagaan dan doktor tidak akan melanggar undang-undang untuk menghancurkan perniagaannya.

Bila pesakit beria mahu cuti sakit tetapi doktor tidak benarkan, kami pula reka macam-macam alasan untuk menyokong usaha doktor tersebut. Kadang-kadang pesakit nampak sihat sangat. Bila petang nampak jalan sana sini di taman. Saya pun tidak pasti mengapa mereka perlu cuti dengan kekerapan yang tidak masuk akal. Jika tidak mahu bekerja lebih baik berhenti sahaja.

Ada juga pesakit dengan latar belakang negara yang berbeza datang ke klinik. Warga Bangladesh, Pakistan, India, Myanmar, Vietnam dan warga Indonesia paling mendominasi jumlah pesakit. Maklumlah berdekatan dengan kawasan pembinaan dan industri. Tambahan lagi, klinik saya memberikan perkhidmatan Foreign Workers' Medical Examination Monitoring Agency (FOMEMA), jadi memang jadi macam International Medical Hospital sebab macam-macam kewarganegaraan yang datang.

Bila melibatkan warga asing, bahasa adalah penghalang pertama dalam menjalankan tugas. Saya ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan X-Ray kepada pesakit setelah lulus ujian Kursus Operator X-Ray anjuran Nuklear Malaysia, Bangi. Jadi macam-macam bahasa asas kena belajar. Tarik nafas, lepas nafas. 1, 2, 3. Bersedia. Kalau tidak ambil tahun tentang bahasa, memang 2, 3 kali kena ulang x-ray pada orang yang sama. Itu akan menyebabkan mereka mendapat dos sinaran yang tidak perlu.

Walau bagaimanapun betapa sukarnya kerja di klinik, pengalaman itu sebenarnya sangat seronok. Jika kita lakukan kerja dengan seronok, ianya akan menjadi kenangan manis dalam hidup kita. Saya seronok belajar satu perkara yang baru dalam hidup. Ianya akan kekal sentiasa dalam minda saya. 

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon