Ruang Iklan

Tiada lagi nama putera dunia

Bila Lelaki Berbicara, bilalelakiberbicara, putera dunia, blogger Putera DuniaSudah bertahun saya menggunakan nama Putera Dunia sebagai nama pengantara saya dengan sahabat-sahabat maya saya. Saya juga lupa bagaimana kisah asal usul nama Putera Dunia ini. Mungkin pada masa itu, saya masih belum matang lagi untuk memilih nama pena yang sesuai. Tetapi pada hari Jumaat yang mulia ini, saya memutuskan untuk tidak lagi menggunakan nama Putera Dunia sebagai nama pengantara saya dengan sahabat dunia maya.

Motivasi diri sendiri mendorong saya meninggalkan nama Putera Dunia untuk memulakan langkah setapak ke hadapan. Saya ada berfikir, mengapa saya menggunakan nama Putera Dunia. Mengapa saya tidak menggunakan nama sendiri. Saya patut berbangga menggunakan nama yang telah diberikan oleh ibu bapa saya. Mereka telah memilih nama anak, mungkin bukan sehari dua mereka memutuskan nama anak yang bakal diberikan kepada saya. Terima kasih ayah dan ibu!

Dalam hidup kita perlu ada perancangan. Perancangan dan strategi hidup. Sebagai contoh, dalam perniagaan juga ada strategi perniagaan. Mungkin kita bukan perancang yang baik. Tidak seperti orang lain. Tidak seperti orang hebat. Oleh itu, jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Jangan ikut cara orang lain jika tidak mampu. Buat cara sendiri, ikut cara sendiri, yang penting sentiasa memperbaiki diri.

Apa yang saya ingin buat? Saya ingin menjenamakan semula kehadiran saya dalam dunia blogging. Saya akan tukar nama pena saya Putera Dunia kepada nama sebenar, Noor Azlan. Demi diri saya sendiri untuk berbangga memiliki nama seperti yang saya maklumkan tadi.

Saya juga ingin membina imej yang baru. Imej bukan rupa tetapi imej seorang blogger. Walaupun sebagai blogger separuh masa, saya perlu menjaga imej blog saya, imej penulis blog Bila Lelaki Berbicara, serta jenama diri saya. Begitulah salah satu cara kita menjaga diri sendiri. Dalam adab dalam penulisan blog, adab yang perlu kita jaga adalah tidak mengundang kemarahan orang lain terhadap setiap posting yang kita buat. Tidak berunsur fitnah yang membolehkan kita dikenakan hukum dunia.
Bila Lelaki Berbicara, bilalelakiberbicara, putera, putera dunia

Setiap blogger ada kecenderungan dalam penulisan blog yang tersendiri. Ada macam-macam kategori. Begitu juga untuk blog ini. Apa yang tuan/puan nampak dan baca, ini lah hasil penulisan saya. Saya jarang membaca penulisan orang lain untuk menulis artikel pada satu topik yang sama. Supaya tiada unsur curi hak cipta. Oleh itu saya mengubah nama pena saya untuk saya menjadi lebih bertanggungjawab terhadap semua artikel yang saya tulis. Ada juga artikel yang memerlukan informasi dan fakta diambil daripada laman sesawang rasmi dan sebagainya.

Untuk gaya penulisan saya dalam blog ini, saya akan meneruskan gaya penulisan dengan bahasa malaysia yang hampir menyamai buku bahasa malaysia di sekolah. Maksud saya, bukan bahasa pertuturan seperti biasa. Hal ini kerana saya mahukan pembaca dari luar negara dapat menggunakan terjemahan dengan baik. Setiap blogger ada cara sendiri. Oleh itu ini cara saya dan saya menghormati cara penulisan blogger lain.

Nama Putera Dunia sudah tidak ada lagi kecuali pada link yang belum dapat saya kemaskini. Untuk masa hadapan, saya memperkenalkan diri saya, Noor Azlan. Seorang blogger kecil dalam dunia kecil. Salam sahabat dan salam perkenalan buat semua. Terima kasih semua yang menyokong!

7 Comments

Maju setapak kehadapan dalam dunia blogging. Tahniah

Terima kasih Sue Bee... Ye, setapak je... Sikit je... :-)

Salam perkenalan blogger Noor Azlan :D

Salam perkenalan juga blogger Noor Maizan...

Seiring dengan peningkatan usia manusia berubah.
Alhamdulillah berubah ke arah yang lebih baik itulah yang sebaik-baiknya.

Betul tu Mrs.A, semakin kita berusia baru kita nampak segala-galanya...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon