Ruang Iklan

Antara tulah daulat dan balasan

Titisan air mata ibu bapa, ibu bapa menangis kerana anak, derhaka pada ibu bapaTulah, daulat dan balasan membawa maksud yang hampir sama. Mungkin setiap negeri menggunakan istilah yang berbeza. Kebiasaannya yang saya guna di Johor adalah daulat tetapi bahasa pasarnya dolat. Contoh ayat yang kerap diucapkan "Daulat dengan mak! Orang tua cakap tak nak dengar". Penggunaan tulah, daulat dan balasan merujuk kepada kesan buruk yang berlaku sejurus melanggar ketetapan, halangan, peraturan atau arahan daripada pihak tertentu. Pihak tertentu boleh jadi sesiapa pun.

Bagi negeri Sarawak, istilah tulah kebiasaannya digunakan oleh masyarakat tempatan. Contoh ayat seperti "Ya lah kitak, tulah ngan kamek" mempunyai maksud yang sama seperti maksud ucapan daulat tadi. Perkataan balasan juga biasa digunakan dalam bahasa tempatan. "Itulah balasan yang kau dapat sebab tak dengar cakap aku". Hal ini membuktikan tulah, daulat dan balasan merujuk kesan perbuatan yang satu iaitu melanggar nasihat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Mengapa saya membuat entri tulah daulat dan balasan pada kali ini? Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk muhasabah diri. Moga entri ini mampu memberi pesanan yang bermanfaat kepada sahabat semua. Kita sama-sama jahat, tapi jangan lupa berbuat baik. Kita semua pendosa di dunia ini, tapi jangan lupa berusaha untuk bertaubat.

Sebagai seorang anak, elakkan melakukan sesuatu yang mengguris hati ibu bapa. Ibu yang melahirkan, ayah yang memberi perlindungan dan mereka bersama membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Walau pun hati kita dilukai oleh orang lain seperti teman lelaki, tetapi bahu ibu dan ayah adalah tempat paling sesuai untuk menongkat dagu. Setiap titis tangisan ibu dan bapa kerana perbuatan anak adalah dosa derhaka bagi seorang anak. Tulah, daulat dan balasan daripada ibu bapa sangat besar kesannya. Hidup tidak berkat, rezeki tidak pernah cukup, hidup tidak tenteram, bagai anak terbuang, tiada rahmat daripada Allah SWT dan lebih malang lagi, sangat jauh untuk mendekati salah satu daripada 8 tingkat syurga. Walau bukan saya yang menentukan syurga dan neraka tetapi ini adalah janji Allah SWT yang Maha Adil lagi Bijaksana. Sebagai seorang anak, jangan bermimpi untuk terus hidup jika tidak dipelihara keselamatan kamu oleh ibu bapamu.

Daulat kepada sultan, maksud daulat, daulat tuanku, daulat tuanku sultan,

Ungkapan "Daulat Tuanku" adalah menjadi ucapan khas Ke Bawah Duli Yang Mulia Sultan di Malaysia. Berkenaan balasan, tulah atau daulat daripada Sultan jika rakyat melakukan sesuatu yang dimurkainya tidak akan saya kaitkan pada kali ini. Namun saya merujuk istilah Daulat bersamaan "Kedaulatan" bagi negeri-negeri jajahannya bagi setiap Sultan yang memerintah sebagai contoh ungkapan daulat agar anda memahami maksudnya.

Balasan kerap digunakan oleh masyarakat. Balasan derhaka kepada ibu bapa, balasan menganiaya orang lain dan sebagainya. Balasan daripada seseorang atau balasan daripada Allah SWT atas perbuatan yang dilakukan sama ada cepat atau lambat. Bagi terma undang-undang bagi tulah, daulat dan balasan kebiasaanya disebut hukuman. Hukuman ke atas perbuatan seseorang. Definisi yang sama.

Biarpun penggunaan istilah berbeza bagi tulah, daulat dan balasan, namun tidak dapat dinafikan kesan perilaku buruk seseorang kepada orang lain pasti ada habuannya. Akibat perbuatan derhaka kepada ibu bapa, penganiayaan suami kepada isterinya, pengkhianatan kepada orang lain telah banyak ditunjukkan contoh oleh penceritanya. Barangkali ada yang tidak percaya berkenaan dengan hal ini tetapi bagi saya "Jika kita menuang racun kepada sesuatu tempat, pasti kita akan terbau racunnya juga". Paling malang jika perbuatan yang kita lakukan tidak mendapat kemaafan daripada mangsa. Sama ada pembalasan datang dengan kadar segera atau lambat, tapi ingatlah bahawa janji Allah SWT itu benar dan doa orang teraniaya itu dimakbulkan. MasyaAllah.

30 Comments

Derhaka dengan ibu bapa atau suami, maka tak berkat lah hidup kita ni. Kaya macam mana pun, hati tetap tak kan tenang dan tenteram.

Kalau area (Seremban/Lubok China/Rembau) Mrs. A panggil ketulahan samalah kot dengan tulah tu.

Benar Sis Ana Suhana... Kaya macam mana pun takkan bahagia..

Rasanya sama tu, ketulahan atau tulah...

Peringatan dna perkongsian yang bagus.. Tambah zaman sekarang, anak2 makin melupakan ibu bapa.. malah mendabik dada seolah-olah mereka besar tanpa pengorbanan ibu bapa.. Sedih melihat perkara ini terjadi..

Kalau dekat Kelantan biasanya balasan je atau dengan bahasa pasar 'balase'. Tulah first time dengar dalam kelas Sejarah masa sekolah menengah dulu.

Dan, sememangnya kalau derhaka terhadap kedua ibu bapa akan mendapat balasan dari Allah. Kalau bukan kat dunia, pasti di akhirat sana. Naudzubillah.

Moga kita terpilih menjadi anak yang soleh-solehah.

Betul tu, sudahlah melupakan, melukakan lagi tu... Betul kata pepatah, ibu melahirkan tuannya...

Oh ok "balase" tu saya faham... ya, balasan2 Allah SWT bermacam2 bentuk... antaranya nikmat ditarik satu persatu...

Satu perkongsian yang menarik. Tulah tu ingatkan penggunaan untuk raja-raja sahaja. Rupanya digunakan dalam bahasa Melayu sarawak.

Kat Sarawak biasa sebut tulah tu dalam bahasa seharian... Maksud merujuk seperti yang saya maklumkan...

samalah sy pun ingat tulah untuk raja-raja je. nice sharing.

Ingatkan kalimat tu untuk raja-raja, sultan-sultan. Baruku tahu, hehe thank you sharing!

www.neezalife.com

Kalau saya tak merantau ke Sarawak saya pun tak tau istilah tulah....

Hehe tak da masalah... sama-sama kongsi ilmu... terima kasih singgah sini...

nice sharing .. aril singgah lagi kat sini

Alhamdullilah. Nice Sharing... betul, orang sarawak memang cakap tulah selepas membuat sesuatu perbuatan tidak baik...

Terima kasih Aril singgah sini... akan dibalas kunjungan nanti...

Auk nang benar Amer Jaya... Tulah perkataan biasa bagi orang Sarawak...

Daulat kepada ibu bapa, di dunia dh dapat balasannya.

Assalamualaikum Noor Azlan,

Hahahaha teringat perkataan 'dolat' ayat org Johor tapi tak semua tempat.. Biasa guna tulah, pernah terbaca tulah dari Sultan, ngeri jugak..

Nice sharing..

Setuju... cuma cepat atau lambat je...

Waalaikumussalam LZ ... dolat mungkin orang Jawa je selalu guna kot... tak pasti...

derhaka! sebut perkataan ni terus teringat pada si tanggang

Ya... cerita rakyat yang penuh pengajaran buat individu bergelar anak...

Paling tak berani dengan mak lah, hahahaha, mulut mak ni masin, kalau jangan katanya, jangan lah berani langgar, kalau tidak menyesal nanti.

Tapi setiap kata mak tu ada benarnya. Kadang2 ambil masa untuk kita sedar kenapa mak melarang kita lakukan sesuatu yang selama ni kita confident kita betul.

Pesanan orang tua sebenarnya untuk kebaikan anaknya. Tiada ibu bapa yang mahukan anaknya mendapat keburukan.

ooh la baru tahu. tapi betul la tu. anak2 tak patut lukakan hati ibu bapa, mesti mereka sedih kan kalau anak yang dibesarkan selama ni tiba-tiba buat macam tu.

Cam tu. Mek pun baru tahu. Selama ni tk tahu pulak daulat tu kat negeri lain mmbwa mksud tulah.

Yg pasal mak bapak tu betul, cuma klau mak kita trsilap (ade je kes yg brlaku) kne tgor and bgtahu dgn cara yg baik. Klau rase tk leh nk tgor, diamkn dlu. Sejuk sejuk nnt bgtahu je

Mana tak sedih kan.. bila diaorang menitis airmata kadang-kadang kita pun tak tahu.... memang sayu hati ibu bapa...

Betul tu... ada cara kita nak bagitau diaorang... ada adab... kena slow talk...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon