Ruang Iklan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016, anugerah perkhidmatan kakitangan kerajaanAlhamdulillah pada saat ini, baru terbuka hati ingin menulis tentang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 kakitangan kerajaan. Sebenarnya telah lama saya draft entri ini dalam fikiran saya. Selain itu saya juga menunggu kepastian kelulusan daripada Mesyuarat Panel Jabatan berkenaan perkara ini. Apa itu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang? Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau lebih dikenali sebagai APC adalah penghargaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan awam bagi tahun semasa dinilai atas sebab khidmatnya.

Saya merujuk artikel berkaitan daripada pihak JPA dan Pekeliling Kerajaan berkenaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002, syarat pemberian APC kepada seseorang pegawai adalah seperti genap setahun berkhidmat pada hari terakhir tahun penilaian, LNPT 85% dan lebih layak dipertimbangkan serta mengambil kira kegiatan dan sumbangan pegawai.

Asas penilaian bagi kakitangan awam adalah berpandukan kepada markah yang diperolehi dalam penilaian prestasi tahunan dengan menggunakan borang laporan penilaian prestasi yang ditetapkan dan anggota yang mendapat markah 85% dan lebih layak dipertimbang. Sumbangan kepada organisasi, perkhidmatan awam, komuniti serta kepada daerah, negeri dan negara juga diambil kira dan penting semasa penilaian.

Walau bagaimanapun terdapat pengecualian jika memenuhi syarat seperti di atas iaitu kepada Pekerja IRPA, Pekerja kontrak, Pegawai Kumpulan JUSA, Calon yang disyorkan untuk naik pangkat, Pegawai yang baru dinaikkan pangkat, Pegawai yang dinaikkan pangkat pada tahun yang dinilai , Pegawai yang berkhidmat kurang setahun pada tahun yang dinilai, Pegawai yang telah menerima APC pada 3-5 tahun sebelumnya, Pegawai yang belum disahkan dalam jawatan, Pegawai yang telah menghadapi kes tatatertib 1 tahun sebelum, Pegawai yang sedang menghadapi kes tatatertib, Pegawai yang menerima anjakan gaji pada tahun yang dinilai. Bukan mudah untuk mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang rupanya. Tapisan, penilaian, pertimbangan dan macam-macam lagi.

Lain-lain syarat dan keputusan muktamad tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia yang terdiri dari Ketua Pengarah - Pengerusi Timbalan Ketua Pengarah (R&I) - Ahli Timbalan Ketua Pengarah (D&O) - Ahli Ketua UPSM - Urusetia. Jika jabatan mempunyai banyak cawangan, jumlah senarai calon telah diperuntukkan mengikut nisbah penjawatan jabatan itu sendiri. Jika jumlah kakitangan sedikit, lagi beruntung kerana peluang untuk mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) buat kali kedua adalah cerah. Namun perlu berkhidmat dengan cemerlang terlebih dahulu sebelum dapat memperolehinya.

Apa yang bakal diperolehi oleh penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)? Penerima akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi sebanyak RM1,000.00. Pada tahun ini, jumlah yang diberi dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP). Penerima juga berpeluang dan diberi keutamaan dalam memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerjaya. Peluang dan keutamaan juga bagi pencalonan unuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan negeri. Nama dan gambar penerima dipamerkan di pejabat di lokasi yang strategik atau yang biasa dikunjungi orang ramai.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016, anugerah perkhidmatan kakitangan kerajaan

Alhamdulillah, rezeki saya pada tahun 2017 ini dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Moga Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang saya terima mampu membantu menguatkan lagi azam saya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. Orang kata kalau sudah rezeki kita terima sahaja walau pun masih banyak ruang yang perlu saya perbaiki. Kita manusia biasa. Saya juga manusia biasa. Sumber Rujukan

31 Comments

wahhh.. dpt APC ye.. tahniah Lan..

Alhamdulillah... Rezeki tahun ni... Thanks Lea Azleeya...

Alhamdulillah, rezeki anak2, happy for you. Teruskan prestasi cemerlang.

Wah wah tuan... Dpt APC ye.. tahniah beribu tahniah.. boleh lah buat giveaway dlm blog ni sebagai giveaway kesyukuran. Alhamdullilah... Semoga consistent memperolehi kejayaan, tuan Noor Azlan.

wowww hebatnya! tahniah. semoga terus berusaha mengekalkan kecemerlangan tersebut.

Alhamdulillah rezeki tu. Tahniah tuan 👍

Amin...rezeki baju raya anak tahun ni... hehehe... InsyaAllah akan cuba untuk konsisten...

Alhamdulillah Amer Jaya... Rezeki tahun ni... Tahun depan orang lain pula... Tak pernah buat giveaway... InsyaAllah jika ada rezeki boleh buat giveaway...

Tak hebat Syed... biasa aje... cuma rezeki tahun ni.. terima kasih...

Amin sis Ana Suhana... terima kasih...

This comment has been removed by the author.

Wahhh. Tanniah Tuan APC. Bagi sy, kalu dapat APC ni ibarat menang Album Terbaik AIM atau Bintang Paling Popular ABPBH. Mmg gembira tak terkata. Tahniah sekali Tuan kerana menjadi staf awam terbaik tahun ini. Syukur alhamdullilah. Aamin. :D

Amin... terima kasih galaksi... wah grand sangat ABPBH tu... kita majlis kecik je...

Alhamdulilah... Tahniah! Hebat! Semoga menjadi pemangkin utk kejayaan yg lebih gemilang

tahniah dapat APC ya. kerja bagus2 ya

Terima kasih sis Raihanah... InsyaAllah akan terus berusaha...

SubhanAllah..alhamdulillah..tahniah..tahniah tahniah ya...moga terus berdidikasi dalam menyumbang tenaga..teruskan kesungguhan itu..moga ini juga menjadi motivasi kepada orang lain..insyaAllah.

Amin. Terima kasih PC, InsyaAllah akan terus berdedikasi dan memberi inspirasi kepada orang lain...

Tahniah! InshaAllah memang tuan layak mendapatnya. Semoga terus sukses dalam kerjaya.

alhamdulillah & xlmbt lg nak ucap tahniah kan =D
hsbnd ju perna dpt juga ni tp sekali la, rasa nya tahun 2015 kalo xsilap. Perlu juga ada anugerah mcm ni dlm mhargai kakitangan, bkn kita nak kejar hadiah tu tp bila di angkat sebegini, kita lebih rasa semangat nak mlakukan kerja =)

Terima kasih Ana Fatihah... InsyaAllah akan teruskan momentum usaha...

Tahniah juga buat suami... Iya, anugerah begini buat kita semakin bersemangat untuk bekerja dan ianya sebagai salah satu motivasi dalam bekerja baik kerajaan atau pun swasta...

Alhamdulillah.. Tahniah ye encik..

Thniah lan :) Mek doakan disamping dpt APC, dapat jugak hdiah drp BSN dgn cabutan bertuah SSP :) Kalau ade rzeki lebih, tambah ler lagi rm2000 (layak untuk cabutan jutawan)

Terima kasih Ayunie... InsyaAllah memang ada niat menyimpan lebih lagi... mana tau ada rezeki lain kn...

Tahniah bro !! Keepp it up. bestnya.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon